Home Entertainment Filem dan Drama TV Terbaik Lakonan Lee Byung-hun

Filem dan Drama TV Terbaik Lakonan Lee Byung-hun

0

Siapa tidak kenal pelakon kacak serta berbakat besar dari Korea Selatan iaitu Lee Byung-hun. Lee Byung-hun boleh dikategorikan sebagai lagenda perfileman Korea Selatan, pelakon yang kini sudah berusia 52 tahun itu telah membintangi banyak filem dan juga drama siri yang memang meletup-letup dan mendapat sambutan ramai.

Setakat ini Lee Byung-hun sudah berlakon dalam 38 buah filem dan sekurang-kurangnya 25 buah siri drama TV. Seniman ini bukan sahaja popular di Korea Selatan malah turut mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila wajahnya muncul dalam beberapa filem popular Hollywood seperti G.I Joe: The Rise of Cobra, G.I Joe: Retaliation, Red 2, Terminator Genisys, dan juga The Magnificent Seven.

Lee Byung-hun memulakan karier sebagai anak seni dengan menghadiri sesi ujibakat di stesen TV ternama Korea Selatan iaiatu KBS. Penampilannya yang memikat hati ramai adalah dalam drama siri aksi the Asphalt Man dan juga sebuah Kdrama romantik iaitu The Harmonium in My Memory.

Bintang filem yang terkenal dengan bakat yang boleh membawa pelbagai watak tanpa mengira genre ini memecah pasaran Korea Selatan melalui lakonan hebatnya dalam filem arahan Park Chan-wook iaitu Joint Security Area.

Berikut merupakan filem dan drama siri TV terbaik yang telah dilakonkan oleh Lee Byung-hun:

1) MASQUERADE(2012)

MASQUERADE adalah antara filem genre drama/ period terbaik dari Korea Selatan. Mencatat kutipan box office kesembilan terbanyak di Korea Selatan, filem ini telah memenangi 15 kategori di Anugerah Grand Bell ke-49. Lee Byung-hun membawa 2 watak berbeza yang sangat kontra iaitu sebagai seorang maharaja yang angkuh dan juga seorang ahli akrobat yang baik hati.

17996922 ACE3 41FE A8A9 19C973E43050


2) A BITTERSWEET LIFE (2005)
Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Kim Jee-woon. Filem dengan genre neo-noir aksi ini dibintangi oleh Lee Byung-hun dengan watak sebagai Sun-woo. Sun-woo adalah seorang pembunuh upahan yang telah diarahkan oleh ketuanya untuk membunuh perempuan simpanannya yang curang. Sun-woo melepaskan kedua kekasih itu dan menyebabkan dia menjadi target ketuanya yang kejam.

638F3765 F97D 4F2A 9C92 1BC7AB4D90C2


3) THREE…EXTREMES (2005)
THREE…EXTREMES adalah merupakan sebuah filem antologi seram yang menggabungkan tiga negara iaitu Cina, Jepun, dan juga Korea Utara.

E6A11D10 233C 4349 8F3B 897DB72650FA

4) MR. SUNSHINE (2018)
Drama siri ini merupakan antara drama siri yang mendapat rating paling tinggi pada tahun 2018. Drama siri MR. SUNSHINE dicatat sebagai drama dengan catatan rating ketiga tertinggi dalam sejarah di Korea Selatan. Siri ini menyaksikan Lee Byun-hun dan Kim Tae-ri sebagai pelakon utama.

3807F65B 4829 45BD A69A 36448E78475D


5) THE MAN STANDING NEXT (2020)
Filem politikal drama ini membawa sisi lain dalam lakonan Lee Byung-hun. Tetapam masa pada tahun 1970an di Korea Selatan, filem ini berkisar tentang politik dan dan pembunuhan Park Chung-hee iaitu presiden Korea Selatan waktu itu.

D1C786F3 7B50 4989 8458 59E73FB29C10


6) I SAW THE DEVIL (2010)
I SAW THE DEVIL menjadi sebutan ramai peminat filem genre psikologikal thriller dan jenayah. Kisah yang penuh gelap mengenai Kim Soo-hyun (Lee Byung-hun) yang mengejar pembunuh tunangnya yang dilakonkan oleh pelakon lagenda Choi Min-sik.

4565278C 3BF8 4551 93DF 583EEF37430F

Sudah tentulah masih banyak lagi filem dan drama TV lakonan Lee Byung-hun yang perlu dibincangkan, boleh dikatakan kebanyakan filem dan drama TV lakonan aktor ini memukau hati setiap penonton.

Baca Lagi: Priyanka Chopra & Nick Jonas Kongsi Wajah Anak Buat Kali Pertama

Baca Juga: Lindsay Clansy Cekik Mati Anak-Anaknya Akibat Postpartum Anxiety