Home Entertainment Isteri Baharu Marc Anthony, Nadia Ferreira Berusia 23 Tahun

Isteri Baharu Marc Anthony, Nadia Ferreira Berusia 23 Tahun

1862
0

Bintang tersohor Puerto Rico-American iaitu Marc Anthony baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya iaitu Nadia Ferreira pada hari Sabtu, 28 Januari 2023. Gadis jelita yang baru menjengah usia 23 tahun itu ialah bekas ratu cantik Uruguay 2021.

Kini Nadia Ferreira aktif sebagai seorang model yang memperagakan busana mewah pereka fesyen terkenal di beberapa pertunjukan fesyen berprestij seperti New York Fashion Week dan Milan Fashion Week.

F98FFF9A C625 48DF A715 B13F1D32EC52Perkahwinan Marc Anthony dan Nadia Ferreira menjadi bualan ramai kerana Nadia kelihatan terlalu muda buat jejaka seusia seperti Marc anthony, malahan anak-anak Marc Anthony ada yang jauh lebih berusia daripada Nadia Ferreira.

Marc Anthony yang kini berusia 54 tahun mempunyai 6 orang anak melalui perkahwinan dan perhubungannya sebelum ini. Anak pertama dan kedua penyanyi dan pemuzik berbakat besar itu ialah Ariana, 28 dan juga Chase, 26 tahun hasil perkongsian hidup dengan Debbie Rosado.

Selain itu Marc Anthony juga mempunyai anak melalui perkongsian hidup dengan bekas isterinya Dayanara Torres. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki bersama-sama iaitu Cristian, 21 dan Ryan, 19. Sepasang kembar hasil bermadu kasih dengan Jennifer Lopez iaitu Emme dan Max, masing-masing 14 tahun adalah anak-anak paling bongsu buat figura pemuzik ini.

Jarak umur antara Marc Anthony dan isteri barunya adalah 30 tahun jauhnya. Nadia Ferreira dilahirkan pada 10 Mei 1999. Jarak usia ini pastinya tidak menjadi penghalang untuk kedua pasangan sejoli ini mengikat tali perkawinan bersama. Mereka telah bertunang secara rasmi pada tahun 2022.

57DB2990 E4A6 40DD AF16 B9EE7483A140Marc Anthony telah menjemput tetamu kenamaan terdiri dari golongan VVIP, artis tersohor dan juga pempengaruh yang dikenali ramai. Nama-nama besar seperti David Beckham, Victoria Beckham, Salma Hayek, Lin-Manuel Miranda, dan Luis Fonsi hadir bagi meraikan pasangan pengantin baru tersebut. Upacara perkahwinan gilang-gemilang itu berlangsung di Muzium Seni Perez di Miami, Florida. Walau bagaimanapun, kelibat Jennifer Lopez dah anak kembar mereka iaitu Emme dan Max tidak kelihatan.

Desas-desus mengatakan Jennifer Lopez kurang senang dengan berita perkahwinan bekas suaminya itu kerana Marc Anthony membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nadia Ferreira hanya setelah 6 bulan mengenali gadis tersebut.

Jennifer Lopez bimbang jika Nadia tidak dapat menjaga dan memberi perhatian kepada anak kembar mereka Emmet dan Max. Marc Anthony dan Jennifer Lopez sebelum ini berjaya menjaga bersama-sama anak mereka tanpa sebarang isu, jadi kehadiran orang baru yang begitu muda mungkin membuatkan Jennifer Lopez kurang selesa.

Pasangan Marc Anthony dan Nadia Ferreira telah berkongsi gambar mereka berdua di akaun Instagram masing-masing dan mengumumkan kepada umum tentang hubungan romantik mereka.

Nadia dilaporkan telah memuat naik gambar cincin pertunangan mereka pada bulan Mei 2022. Gambar rasmi perkahwinan mereka berdua belum dilepaskan oleh pihak pengantin, walau bagaimanapun paparazzi telah berjaya mengambil beberapa keping gambar pengantin perempuan yang kelihatan sangat mempesonakan dalam busana Galia Lahav.

Baca Lagi: “Sombong dan Tidak Beradab !”-Jennie BLACKPINK Dibela Oleh Netizen Atas Penyataan Itu

Baca Juga: “Adakah Ini Hanya Publisiti?”- HyunA Dan DAWN Kini Kembali Semula? Betul Ke?