Home Entertainment Selepas 22 tahun Priyanka Chopra Mendapat Bayaran Setimpal

Selepas 22 tahun Priyanka Chopra Mendapat Bayaran Setimpal

0

Pelakon wanita Bollywood yang kini bertapak di Hollywood iaitu Priyanka Chopra Jonas mendedahkan bahawa buat pertama kalinya selepas 22 tahun berada dalam industri seni, dia dibayar sama rata seperti pelakon lelaki utama yang bergandingan dengannya.

Saya meletakan usaha dan kerja keras yang sama, namun saya dibayar lebih rendah.”
4C7A3ACF 7C1F 4DEC B844 8531BC3C61BDPriyanka Chopra Jonas mendedahkan pertama kali dia mendapat bayaran yang sama dengan pelakon utama lelaki adalah untuk drama sirinya yang akan datang iaitu drama siri jenis penyiasatan dan ejen perisik thriller yang bertajuk Citadel. Dalam drama siri Citadel, Priyanka Chopra Jomas bergandingan dengan pelakon terkenal Richard Madden.

Baca Lagi: Priyanka Chopra & Nick Jonas Kongsi Wajah Anak Buat Kali Pertama

Saya mungkin berdepan masalah apabila saya bercerita tentang perkara ini, terpulang kepada sesiapa yang sedang menonton sekarang”, kata pelakon wanita yang kini berusia 40 tahun tersebut dalam sebuah wawancara di Festival Filem SXSW pada 10 Mac yang lalu.

Priyanka Chopra Jonas menyambung lagi, “saya telah bekerja dalam industri hiburan selama 22 tahun, dan saya telah muncul dalam lebih 70 buah filem dan 2 rancangan siri TV. Apabila saya menerima tawaran untuk berlakon dalam Citadel, saya terharu kerana pertama kali dalam 22 tahun ini saya akhirnya dibayar sama rata dengan pelakon lelaki yang bergandingan dengan saya.”

19FC2CE0 6E9B 4048 B6C7 E4DC8827E836Priyanka Chopra Jonas berkata lagi, “selama ini saya hanya mampu ketawa. Segalanya seolah-olah tidak masuk akal. Saya meletakkan usaha dan kerja keras yang sama (dengan pelakon lelaki), tetapi saya dibayar dengan lebih rendah. Saya rasa bersyukur apabila pihak Studio Amazon memberitahu saya bahawa saya layak menerima bayaran yang serupa dengan pelakon utama lelaki kerana saya juga turut memegang watak utama. Betul kan? Barulah adil!

A5374DA7 662F 40EB B004 B175F96D5B29Pelakon ternama seperti Priyanka Chopra Jonas juga tidak terlepas dari sikap diskriminasi di pantas besar seperti Hollywood. Walaupun Priyanka Chopra Jonas menjadi sauh untuk program seperti Quantico, sudah berlakon dalam filem-filem seperti Baywatch dan The Matrix, dan telah berkahwin dengan salah seorang anggota kumpulan Jonas Brothers, dia juga tidak mempunyai sebarang perisai untuk terlepas dari kritikan sexism dan juga body shaming di Hollywood.

Pelakon itu berkata lagi sewaktu sesi soal dan jawab, “seseorang berkata kepada saya semalam bahawa saya tidak bersaiz sample (saiz badan model). Saya terasa hari dan saya pulang ke rumah bercerita perkara ini kepada keluarga saya. Saya menangis di hadapan suami saya dan saya rasa sangat sedih. Saya rasa sangat teruk kerana saya tidak mempunyai bentuk badan dengan saiz supermodel. Saiz supermodel adalah size 2.”

Kemudian dia bertanya kepada hadirin lagi, “siapa yang badannya bersaiz 2? Tidak ramai bukan?

E4E249DE 8654 4626 B645 369635CFF545

Selain Citadel, Priyanka Chopra Jonas juga akan muncul dalam drama romantik bertajuk Leave Again bersama dengan bintang Outlander iaitu Sam Heughan. Harapnya Priyanka Chopra Jonas mendapat bayaran yang sama untuk drama tersebut juga!

Baca Juga: Brendan Fraser Pernah Jadi Mangsa Seksual dan Disenarai Hitam