Home Entertainment 9 Artis Yang Memusuhi Song Hye Kyo

9 Artis Yang Memusuhi Song Hye Kyo

0

Siapa sangka Song Hye Kyo mempunyai ramai musuh? Sehinggakan 9 orang pelakon Korea Selatan memusuhinya.

DFD154F3 83D0 4AB3 9C49 CF33B366A9DC

Jangan salah sangka! Bukan bermusuh dalam dunia realiti tetapi hanyalah lakonan semata-mata. Song Hye Kyo yang sering membawa watak utama pastinya mempunyai ramai musuh dalam setiap drama siri lakonannya!

Song Hye Kyo sedang mencuri perhatian sekarang ini, sejak membintangi drama The Glory ramai peminat seluruh dunia tertunggu-tunggu kemunculannya. Dalam drama siri Netflix ini, Song Hye Kyo muncul untuk membalas dendam dan memusnahkan ‘musuh-musuhnya.’

A5BEEE72 22CF 48CF ADD6 5ED8D98AFFFA

Beberapa orang pelakon, termasuk Lim Ji Yeon dan Kim Ji Won, pernah membawa watak sebagai ‘musuh’ Song Hye Kyo dalam drama siri. Jom kita lihat 9 orang pelakon yang pernah menjadi ‘musuh’ Song Hye Kyo!

1. Lim Ji Yeon

55378F09 BFF7 444F 8F91 512BB253C176Lim Ji Yeon membawa karakter Park Yeon Jin dalam drama siri The Glory (2022-2023). Park Yeon Jin adalah orang yang yang telah membuli Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) sewaktu zaman persekolahan. Moon Dong Eun nekad untuk membalas dendam dan memberi pengajaran kepada Park Yeon Jin.

2. Park Sung Hoon

7C6A7740 2D39 4A93 BA5C 3E236EB19D7DPark Sung Hoon membawa watak sebagai Jeon Jae Jun dalam drama The Glory. Jeon Jae Jun memang tidak pernah secara langsung menyakiti tubuh badan Moon Dong Eun, tetapi dia menyakiti hati gadis itu dengan kata-kata nista. Jeon Jae Jun tidak pernah berusaha untuk membela Moon Dong Eun.

Baca Lagi: Pengalaman Barisan Bintang Utama Dalam The Glory

3. Kim Hieora
7EFBA0BB 146E 4E9B AC7A 6E350ACB0153Kim Hieora membawa watak sebagai Lee Sa Ra iaitu sahabat rapat Park Yeon Jin dalam The Glory. Dia beberapa kali telah melekapkan pelurus rambut panas ke tubuh Moon Dong Eun. Lee Sa Ra pernah meminta Son Myeong Oh (Kim Gun Woo) untuk memukul Moon Dong Eun hanya kerana sikap jahatnya.

4. Kim Gun Woo
536EB882 0B0A 435F A92A 388F8AABACB3Kim Gun Woo membawa watak sebagai Son Myeong Oh dalam drama siri The Glory. Pada dasarnya, Son Myeong Oh adalah orang suruhan Jeon Jae Jun. Dia menjadi salah seorang pembuli yang kerap melakukan kekerasan dan serangan terhadap Moon Dong Eun.

5. Cha Joo Young
1FFD4F6A 8905 4411 96CD 644786742884Cha Joo Young pula membawa watak sebagai Choi Hye Jeong dalam drama siri The Glory. Choi Hye Jeong turut sama membuli Moon Dong Eun, padahal dia hanyalah orang suruhan Park Yeon Jin dan Lee Sa Ra.

 

6. Yoon Jung Hee

41C3EE02 33BC 429E B71F 2AFE5230E6C2Yoon Jung Hee membawa watak sebagai Shin Yoo Jung iaitu pengarah syarikat Hills Department Store dalam drama siri Now, We Are Breaking Up (2021). Dia ingin membalas dendam terhadap Ha Young Eun (Song Hye Kyo) kerana Shin Yoo Jung menganggap kematian adiknya adalah disebabkan oleh Ha Young Eun.

7. Kim Ji Won
F24D6FED DF6B 430C 8B22 508099188863Kim Ji Won membawa watak sebagai Yoon Myeong Joo dalam drama siri popular Descendants of the Sun (2016). Dia adalah musuh ketat Kang Mo Yeon (Song Hye Kyo) semasa di sekolah perubatan. Malahan mereka berdua kerap berselisih faham dan bertikam lidah.

 


8. Bae Jong Ok

BDADE071 862F 4332 ABE6 0D907622B342Bae Jong Ok membawa karakter Wang Hye Jin iaitu ibu tiri kepada Oh Young (Song Hye Kyo). Wang Hye Jin adalah orang yang bertanggung jawab telah menghancurkan rumah tangga ibu bapa Oh Young sehingga bercerai. Dia juga menyembunyikan surat-surat dari kakak kandung Oh Young dalam That Winter, The Wind Blows (2013).

9. Han Da Gam

5BAF9291 3EA0 4815 9A73 2E2A203B2544Han Da Gam membawa watak sebagai Kang Hye Won dalam drama Full House (2004). Dia mencuba segala cara untuk menghalang hubungan Han Ji Eun (Song Hye Kyo) dan Lee Young Jae (Rain). Han Da Gam menjadi seorang yang egois dan manipulatif dalam drama siri ini.

Walaupun telah menjadi ‘musuh’ Song Hye Kyo dalam drama siri, hubungan mereka di dunia nyata adalah sangat rapat. Jadi, dari senarai-senarai atas, lakonan watak antagonis manakah yang paling menyakitkan hati bagi anda?

Baca Juga: Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession