Home Entertainment Gigi Hadid Kini Hos Next in Fashion Musim 2

Gigi Hadid Kini Hos Next in Fashion Musim 2

47
0

Gigi Hadid Tukar 6 Persalinan dalam Tempoh Satu Hari untuk Promosi Next in Fashion. Supermodel ini tampil menawan dengan gaya yang berbeza-beza!’

Next in Fashion kembali menemui para peminat untuk musim kedua sejak 3 Mac yang lalu. Program realiti ini merupakan sebuah rancangan keluaran Netflix yang melibatkan 12 orang pereka fesyen dari pelbagai negara yang akan bersaing untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam rekaan fesyen. Menggantikan peranan Alexa Chung pada musim pertama, Gigi Hadid diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara bersama bergandingan dengan pereka fesyen terkenal iaitu Tan France.
681B8433 A46B 4DD5 9C7E B70C533BE223Dalam rangka press tour untuk mempromosikan Next in Fashion musim ke-2, Gigi Hadid disoroti dengan lensa kamera dan kelihatan sedang menyinari Kota New York dengan 6 persalinan dengan gaya yang berbeza pada hari yang sama. Bekerja sama dengan pereka fesyen Elizabeth Sulcer, Gigi Hadid sangat mencuri perhatian dengan penampilannya yang sangat elegan dan ranggi.

Baca Lagi: Brendan Fraser Pernah Jadi Mangsa Seksual dan Disenarai Hitam

1. Gigi Hadid tampil di Good Morning America, Gigi Hadid mengenakan busana serba kelabu dengan baju panas crop top, skirt bercorak, dan sarung tangan opera dari Valentino. Kasut tumit tinggi berwarna merah memberikan gaya kontra pada penampilannya pada hari itu.
CA983466 BB0D 434D BE39 620055B9D995
2. Meninggalkan studio, Gigi Hadid tampil lebih ranggi dan segar dengan memakai bodysuit berwarna hitam pekat koleksi Mugler Fall 2022 dengan mengenakan jaket kulit, kasut but, dan juga kaca mata hitam sebagai pelengkap fesyen supermodel itu.
CA3694D5 E863 4A40 B19B 0557C4875BB0
3. Menghadiri Today Show, Gigi Hadid menampilkan gaya monokrom yang anggun dengan mengenakan suit pendek dari Brandon Maxwell Fall 2023 yang dipasangkan dengan stokin dan kasut tumit tinggi berwarna beige.
835F9CE3 74DB 495B A3D0 8E5149393EB1
4. Mempamerkan gaya yang berbeza lagi, Gigi Hadid memakai persalinan blaus crop dan denim beggy bercorak dari KidSupper dengan subang lanjut yang elegan dan kasut but.
83BF7513 9588 46C5 B3AE 4BA263E9C846
5. Gigi Hadid tampil di The Tonight Show with Jimmy Fallon dengan busana satu warna, persalinan warna hijau yang sangat menawan rekaan Alexandre Vauthier dari koleksi Spring Haute Couture 2023, menawan!
9BDBACA5 C631 4C04 A63A 975B9C14B96B
6. Mempamerkan penampilan terakhirnya pada hari itu, Gigi Hadid tampak glamor dalam balutan gaun longgar dengan sulaman mata raksasa dari Alexander McQueen koleksi Spring 2023. Gayanya makin sempurna dengan kasut tumit tinggi dari Christian Louboutin.
20D0EDC9 2DBB 41DB A603 CBA0E64C11D8

Next in Fashion musim pertama telah dimenangi oleh pereka fesyen dari Korea Selatan iaitu Minju Kim. Minju Kim membawa pulang hadiah utama iaitu dana sebanyak US$ 250,000 dari Net-a-Porter untuk melancarkan koleksi fesyen untuk dijual.

Sebelum memenangi program Next in Fashion musim pertama pada tahun 2020, Minju Kim pernah meraih anugerah dalam H&M Design Awards pada tahun 2013. Jika anda ingin tahu siapakah pemenang untuk program rancangan Next in Fashion musim kedua kali ini, jom kita sama-sama saksikan program ini di platform penstriman Netflix.

Baca Juga: 7 Anugerah Oscar Milik Everything Everywhere All at Once