Home Entertainment Fakta Menarik Anugerah Oscar Ramai Tidak Tahu

Fakta Menarik Anugerah Oscar Ramai Tidak Tahu

0

15 Fakta Menarik Anugerah Oscar yang Ramai Belum Tahu!!

Pada Isnin, 13 Mac 2023 pagi waktu Malaysia, upacara gilang gemilang penghargaan filem berprestij iaitu Academy Awards ke-95 telah rasmi diadakan. Dalam upacara penganugerahan ini, deretan filem terbaik sepanjang tahun 2022 saling bersaing untuk merebut anugerah-anugerah yang dipertandingkan.

23 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Oscar kali ini dan hampir semua anugerah diungguli oleh filem keluaran A24 iaitu Everything Everywhere All At Once. Filem yang diarahkan oleh Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu ternyata cemerlang meraih 9 pencalonan dan memenangi 7 darinya, termasuk kategori Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Anugerah Oscar benar-benar meletakkan para karyawan di kelas tersendiri, tercalon untuk setiap kategori sahaja sudah dilabelkan sebagai kejayaan besar. Apatah lagi jika memenangi anugerah. Pemenang Anugerah Oscar dianggap antara pengkarya terbaik dunia.

Baca Lagi: SBS Dikecam Kerana Menapis Ucapan Penerimaan Michelle Yeoh Di Oscars 2023

Anugerah Oscar bukan sahaja memberi makna yang cukup besar buat para penggiat industri filem tetapi turut memberi impak kepada para pecinta filem dari seluruh dunia. Kebiasaannya para peminat filem akan berharap supaya pelakon atau filem pilihan mereka untuj memenangi Anugerah Oscar.

Jom kita lihat beberapa kejadian dan fakta menarik tentang Anugerah Oscar yang mungkin ramai belum ketahui:

1. Memulakan kerjaya lakonan sejak tahun 1977, pelakon jelita Meryl Streep berjaya mendapat 21 pencalonan Anugerah Oscar sepanjang kariernya. Dia telah berjaya membawa pulang 3 Anugerah Oscar.

77E9EB4B D0F7 4CE3 A2AE 1B948CCC5C20
2. Heath Ledger adalah pelakon yang memenangi Anugerah Oscar setelah meninggal dunia. Lakonan hebat Heath Ledger sebagai Joker dalam filem The Dark Knight (2008) membuahkan hasil apabila mendiang pelakon ini diumumkan memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Academy Awards ke-81.
467C9B85 C2ED 4D9C BB72 19FD3B70C0EE
3. Walaupun mendapat 5 pencalonan Academy Awards sebagai pengarah terbaik sepanjang kariernya, Alfred Hitchcock tidak pernah memenangi Anugerah Oscar ini sehingga ke hujung usianya pada tahun 1980.
3E9947E0 3FBB 40B9 A28B 57D9909B5F9D
4. Pada tahun 2000, sebanyak 55 buah trofi Oscar yang telah hilang dicuri. Anehnya, 52 trofi tersebut berjaya ditemui di dalam tong sampah dan 3 lainnya telah hilang tanpa jejak.
73072796 35C5 4C6D B3BB AFFA0203F68C
5. Walaupun hanya mendapat satu pencalonan, Grand Hotel (1932) berhasil membawa pulang Anugerah Oscar untuk kategori Filem Terbaik.
5F61DA3A 3276 426D A278 72EF4A1C9F94
6. Melalui filem The Hurt Locker, Kathryn Bigelow menjadi pengarah wanita pertama yang berjaya memenangi Anugerah Oscar dalam Academy Awards ke-82 pada tahun 2010.
BB463AC2 D7FC 455C A0DB 3AD857DA033F
7. Tatum O’Neal adalah pelakon wanita termuda yang berjaya memenangi Anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui filem Paper Moon (1973).

A31036A6 A67C 43A3 9B6D 365168431FB7

8. Marlo Brando dan Robert De Niro memenangi Anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik setelah membawa watak figura yang sama iaitu Vito Corleone. Brando membintangi The Godfather (1972) manakala De Niro dalam The Godfather II (1974).
3205B133 F002 4D8D 80E2 B1A0203B4256
9. Paling mengejutkan dan agak melucukan adalah apbila beberapa pemenang Anugerah Oscar telah terlupa tentang dimanakah mereka meletakkan trofi yang telah dimenangi dan sekaligus “menghilangkan” trofi anugerah ternama tersebut. Antara para pelakon yang telah menghilangkan trofi mereka adalah Angelina Jolie, Jeff Bridges, dan Matt Damon.

84DF9BA0 8B31 414E 8EF5 170512FBA52C

10. Terdapat peraturan dimana pemenang Oscar hanya boleh menjual trofi mereka kepada pihak Academy Awards. Menariknya harganya hanya boleh hanyalah US$1 sahaja. Cara tersebut agak bijak supaya trofi Oscar tidak dijual beli dengan bebas.
1A8EB505 00F3 47D4 8D58 B239D2E7EE02
11. Pada 1929, Harga tiket Academy Awards pertama hanya dikenakan sebanyak US$5.
E54A2B9A FE31 4B92 B7C8 416361FB4391
12. Pada tahun ini, harga tiket Academy Awards melambung secara mendadak iaitu US$150- US$750.
BCA95AD6 9E02 430D 9238 10426944A79C
13. Oscar Hammerstein II adalah satu-satunya pemenang anugerah yang bernama “Oscar” yang berjaya menggondol dua Anugerah Oscar. Dia berjaya memenangi kategori Lagu Terbaik menerusi filem The Last Time I Saw Paris (1942) dan filem Lady Be Good, “It Might as Well Spring” (1946).
FC30105C 2745 4D36 816E 017475921FBD
14. Kevin O’Connell sudah mendapat pencalonan Oscar bagi kategori Penata Muzik Terbaik sebanyak 21 kali sepanjang kariernya. Akhirnya dia berjaya memenangi Anugerah Oscar kategori tersebut pada tahun 2017.
75167977 A51D 4C23 ADFC 34481EAF450E
15. Insiden tamparan Will Smith-Chris Rock pada malam Academy Awards ke-94, tepatnya pada 2022 tentu menggegarkan para peminat. Kejadian ini menjadi peristiwa kontroversi pertama kali dalam sejarah acara perfileman berprestij tersebut.
79C4823D BC0A 44DA B86B 919A7D66BCE0
Demikian sahaja fakta menarik Anugerah Oscar yang selamanini belum diketahui ramai. Sebagai acara penganugerahan yang paling ternama, Academy Awards selalu mencuri perhatian jutaan pasang mata pada setiap tahun.

Baca Juga: Donnie Yen Mungkin Disingkirkan Sebagai Penyampai Anugerah Oscar