Home Entertainment 9 Watak Pembunuh Bersiri Dalam Kdrama 2022-2023 Bikin Hati Panas

9 Watak Pembunuh Bersiri Dalam Kdrama 2022-2023 Bikin Hati Panas

0

Pada tahun 2022-2023 nampaknya terlalu banyak drama siri dari Korea Selatan yang disajikan! Drama siri yang terdiri daripada bermacam jenis genre ini boleh ditonton di pelbagai platform penstriman yang tersedia.

Pembunuh bersiri merupakan karakter jahat yang sering ditakuti dan digeruni dalam mana-mana drama siri thriller, jenayah, dan juga psikologikal. Banyak juga drama siri baru yang menampilkan cerita pembunuhan dengan watak pembunuh bersiri sebagai watak jahat yang dibenci!

CFD8BBF8 D0BD 4A62 AFA6 A8213D535565

Kang Yeong Cheon (Lee Moo Saeng) adalah salah satu karakter dalam drama siri The Glory. Dia merupakan psikopat yang telah membunuh ramai orang, termasuk doktor yang telah menyelamatkan hidupnya dan juga sekaligus ayah Joo Yeo Jeong (Lee Do Hyun).

Selain psikopat dalam drama siri The Glory tersebut, terdapat banyak lagi watak pembunuh bersiri lain dalam Kdrama yang ditayangkan pada akhir tahun 2022 hingga awal tahun 2023. Semua watak jahat ini berjaya menghasilkan rasa gerun dalam hati para penonton.

Baca Lagi: 9 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton

Berikut merupakan deretan watak pembunuh bersiri yang paling kejam dalam beberapa buah Kdrama terbaru:

1. Ji Dong Hee (Shin Jae Ha) dalam Crash Course in Romance (2023) telah membunuh ramai orang dengan alasan mangsa-mangsa telah mengganggu tuannya.

715FC19F 3047 46EB 93CB 9B4841B3796A
2. Kang Yeong Cheon (Lee Moo Saeng) dalam The Glory (2022-2023) sanggup membunuh doktor yang pernah menyelamatkan hidupnya.

A289CB0D 5916 4705 8135 7142348F7F3B
3. Dalam Our Blooming Youth (2023), Kim Moon Seon (Lee Chae Kyung) adalah dukun yang membunuh beberapa orang mangsa untuk menyempurnakan pemujaan sumpahan!

53329A38 28FA 4E08 AD88 C71204522AD1
4. Merupakan seorang doktor haiwan, Cho Doo Chil (Yoon Seok Hyun) telah menculik dan membunuh ramai wanita dalam The First Responders (2022-2023).

B487EC55 0EAA 43C4 8A34 C1E6FC82DEC9
5. Disebalik kekayaan dan sikap ramahnya, Won Sang Ah (Uhm Ji Won) ternyata merupakan seorang psikopat yang telah membunuh banyak mangsa dalam Little Women (2022)!

B0D12180 B1C1 415F A69F 05C1CBA7E8D3
6. Sung Yun Oh (Kim Young Kwang), yang merupakan seorang arkitek dalam Somebody (2022) rupa-rupanya adalah pembunuh bersiri yang mencari mangsa melalui aplikasi dating!

FEAC272E F2AD 44B3 9A4D 98FC49981A8D
7. Senyumnya boleh membuatkan bulu roma menegak, Jung In Seong (Park Ji Bin) dalam drama siri Blind (2022) membunuh ramai mangsa tanpa rasa kesal dan bersalah.

3499E033 9A35 49B8 937D ECE1E8344122
8. Menyamar sebagai seorang pekerja pejabat yang introvert, Oh Jin Seop (Go Kyung Pyo) rupa-rupanya adalah seorang pembunuh bersiri yang kejam dalam drama siri Connect (2022).

7A4C4264 72C9 4EF5 8BDA 808D8B4AA5DA

9. Bekerja sebagai pendakwa raya, Cha Do Won (Kwon Soo Hyun) membunuh dengan sesuka hati dan menggunakan alasan demi menegakkan keadilan dalam Café Minamdang (2022).

6A93634B 9D50 4B9A B92A 332678A537FFSemua sembilan watak psikopat di atas sanggup membunuh ramai mangsa tanpa sebarang penyesalan atau rasa bersalah. Siapakah di antara mereka yang berjaya membuat anda beremosi sekaligus ketakutan?

Baca Juga: The Glory Carta Pertama TOP 10 Netflix Di 79 Negara