Home Entertainment 5 Pelakon Lelaki Yang Paling Serasi Dengan Lee Sung Kyung

5 Pelakon Lelaki Yang Paling Serasi Dengan Lee Sung Kyung

0

Pelakon cantik jelita Lee Sung Kyung baru sahaja mengesahkan akan membuat comeback (kemunculan semula) dalam drama siri Dr. Romantic 3

4B1B84A0 F2C9 4EAE 8501 41F89AC6DDB7

Selain membintangi Call It Love (2023), Lee Sung Kyung juga akan kembali muncul dalam drama siri Dr. Romantic 3 yang dijangka disiarkan pada April ini.

Lee Sung Kyung memang berbakat besar dan telah tampil dalam pelbagai drama siri popular. Pelakon terkenal ini telah berlakon dengan ramai hero popular dan ternyata dia sangat serasi dengan semua gandingannya. Lima orang pelakon Korea Selatan berikut ini dianggap berjaya mencipta keserasian terbaik dengan Lee Sung Kyung dalam setiap lakonan. Siapakah mereka?

1. Nam Joo Hyuk
E9E57120 02CA 439B A624 EA4F05B47456Lebih muda 4 tahun, pelakon kacak Nam Joo Hyuk adalah gandingan Lee Sung Kyung dalam drama siri Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016). Dia adalah “pasangan” terbaik buat Lee Sung Kyung dalam drama.

Mereka juga pernah terlibat dengan cinta lokasi dan secara rasmi menjalin hubungan cinta. Sayangnya, hubungan mereka putus pada tahun 2017. Pelakon ini juga berjaya membawa trofi Best Couple Award di MBC Drama Awards pada tahun 2016.

Baca Lagi: 9 Watak Pembunuh Bersiri Dalam Kdrama 2022-2023 Bikin Hati Panas

2. Ahn Hyo Seop
77D05A13 1740 4DA5 9B22 905BCD880F7CLee Sung Kyung dipasangkan dengan Ahn Hyo Seop dalam drama siri Dr. Romantic 2 (2020). Anugerah Best Couple Award dari acara SBS Drama Awards 2020 adalah bukti kedua-duanya memang layak digelar pasangan serasi.

Setelah tiga tahun berlalu, kini keduanya bergandingan semula dalam drama siri Dr. Romantic musim ke-3 pada April 2023 ini. Nantikan penampilan terbaru mereka!

3. Kim Young Kwang
B866975A 313D 4291 B97F DD36C90ECAB0Walaupun baru pertama kali digandingkan untuk berlakon bersama, Lee Sung Kyung dan Kim Young Kwang juga sangat serasi membawa watak sebagai pasangan dalam drama siri Call It Love (2023). Drama yang masih ongoing ini menonjolkan keduanya dalam hubungan yang agak rumit.

4. Seo Kang Joon
C494F55A 258F 48A5 BB48 A3399C8B84A5Walaupun bukan menjadi pasangan, watak Seo Kang Joon sebagai saudara kembar Lee Sung Kyung dalam drama Cheese in the Trap (2016) mendapat sangat banyak perhatian. Penampilan khas Lee Sung Kyung masih sangat melekat di benak fikiran penonton!

Seo Kang Joon yang disebut-sebut lebih menonjol daripada watak utama. Dia berjaya membawa watak sebagai jejaka bad boy yang membantu mengatasi semua masalah saudara kembarnya.

5. Kim Young Dae
7E845B74 D29D 4BBF 9850 827674533E94Lee Sung Kyung memang merupakan salah seorang pelakon wanita yang istimewa sehingga dia berjaya menghidupkan jalan cerita dari benci menjadi cinta. Drama siri lakonannya iaitu Shooting Stars (2022) juga menyajikan kisah cinta yang diawalkan dengan perasaan saling benci.

Babak pertengkaran yang merimaskan hinggalah babak romantik yang menyenangkan membuatkan Lee Sung Kyung dan Kim Young Dae menjadi pasangan serasi dalam drama tersebut. Keserasian mereka dianggap sangat menjadi seolah-olah pasangan bercinta yang sebenar!

Antara semua pelakon lelaki yang pernah bergandingan dengan Lee Sung Kyung, lima pelakon Korea di atas sering dikatakan mampu membina keserasian terbaik. Pasangan manakah yang paling menarik dan secocok bagi anda?

Baca Juga: Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Joo Won