Home Entertainment Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Joo Won

Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Joo Won

0

Pada 9 Mac 2023, tvN secara rasmi telah melancarkan poster utama kdrama terbaru mereka yang bertajuk Stealer: The Treasure Keeper. Kdrama dengan genre aksi ini dijadualkan akan muncul ke udara pada bulan April 2023.

Stealer: The Treasure Keeper bakal menjadi kemunculan semula bagi Joo Won. Selain Joo Won, Kdrama tersebut juga turut dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama yang lain.

Jom kita baca beberapa info mengenai Kdrama Stealer: The Treasure Keeper!

1. Kemunculan semula drama untuk pelakon Joo Won pada tahun 2023
5BDA308B B4C0 4C97 8398 1B8811D08C8DMoon Joon Won atau lebih dikenali sebagai Joo Won merupakan salah seorang pelakon yang memulakan debutnya pada tahun 2006. Pelakon ini lahir di Seoul, Korea Selatan pada 30 September 1987. Minatnya pada bidang nyanyian telah membawa Joo Won untuk debut sebagai pelakon muzikal pada tahun 2006-2009.

Dia semakin dikenali ramai semasa membawa watak antagonis Hwang Tae-hee dalam drama siri King of Baking pada tahun 2010. Drama tersebut juga telah membawa tuah kepada Joo Won apabila dia berjaya mendapat anugerah KBS Drama Awards 2011 sebagai Pelakon Lelaki Baru Terbaik.

Drama popular lain yang pernah dibintangi oleh Joo Won ialah seperti Doctor (2013), Naeil’s Cantabile (2017), Yongpal (2015), My Sassy Girl (2017), dan Alice (2020).

Kdrama Stealer: The Treasure Keeper adalah “comeback” Joo Won dalam dunia lakonan pada tahun 2023 ini. Bukan hanya itu, Joo Won akan membawa dua watak sekaligus iaitu sebagai seorang pegawai kerajaan dan juga sebagai seorang pencuri.

Baca Lagi: Lee Min Ho & Song Hye Kyo Dipilih Sebagai Pelakon Korea Paling Diminati Di Dunia

2. Dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama Korea Selatan!
D0613BD0 9769 40ED 8B16 F992B84AB09DBukan hanya Joo Won, Stealer: The Treasure Keeper turut dibintangi oleh pelakon berbakat lain seperti Lee Joo Woo, Jo Han Chul serta Kim Jae Won. Jo Han Chul sendiri merupakan pelakon senior yang telah berlakon dalam banyak drama siri popular seperti Vincenzo dan Jirisan.

Dalam drakor Stealer: The Treasure Keeper, Jo Han Chul akan membawa watak sebagai pengasas pasukan pemulihan aset budaya yang dikenali sebagai Karma. Dia juga akan bergandingan dengan Lee Joo Woo yang membawa watak sebagai anggota polis dan juga bekas detektif iaitu Kim Jae Won.

3. Merupakan drama aksi yang diselang-seli dengan komedi
F48E98CD ABD6 411B 8A4E 74AFA0A3E444Drama Stealer: The Treasure Keeper menceritakan tentang seorang pencuri aset budaya yang tidak pernah tertangkap yang bernama Skunk (Joo Won). Pada masa yang sama, Skunk juga merupakan seorang pegawai kerajaan yang bernama Hwang Dae Myung. Pada Suatu hari dia tiba-tiba dituduh bersekongkol dengan Skunk si pencuri misteri, dia akhirnya menyertai kumpulan Karma.

Kumpulan Karma merupakan kumpulan pemulihan aset budaya tidak rasmi yang mempunyai misi penting dalam mengembalikan aset budaya yang telah hilang serta menghukum para penjenayah.

Kumpulan ini diasaskan oleh Jang Tae In (Jo Han Chul) iaitu seorang pegawai polis yang sangat cekap dan menjalankan misi rahsia untuk menangkap Skunk. Drama siri ini semakin menarik kerana turut menampilkan aksi kumpulan Karma dalam sewaktu menangkap Skunk, lagi pula Kdrama ini turut diserikan dengan genre komedi yang pasti membuat para penonton tidak merasa bosan!

4. Diarahkan oleh Choi Joon Bae dan ditulis oleh Shin Kyung Il
4D9F9E83 F69E 46B2 AFC0 82DDC78EA628Stealer: The Treasure Keeper menjadi salah satu Kdrama yang digarap oleh pengarah terkenal iaitu Choi Joon Bae. Pengarah ini telah terlibat dengan banyak Kdrama pelbagai genre.

Kdrama yang pernah mendapat sentuhan Choi Joon Bae adalah seperti Mouse (2021), Come and Hug Me (2018), The Dearest Lady (2015-2016), The King’s Daughter, Soo Baek Hyang (2013) serta Late Night Hospital (2011).

Lakon layan Stealer: The Treasure Keeper ditulis oleh Shin Kyung Il yang juga menulis skrip untuk Kdrama The Battleship Island (2017).

5. Bakal bersiaran pada April ini!
6F28EF4C 1121 499D 8385 9A70501A91D0Drama Stealer: The Treasure Keeper akan ditayangkan pada 12 April 2023 dan tayangannya adalah pada setiap hari Rabu dan Khamis di platform tvN. Kdrama aksi dan komedi ini akan menemui penonton dengan 12 episod sahaja.

Pasti ramai peminat-peminat yang sudah tidak sabar mahu menonton Stealer: The Treasure Keeper, pasti juga ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya jalan cerita dan lakonan setiap pelakon, kita nantikan sahaja tayangannya di tvN dan juga Viu Malaysia!!

Baca Juga: 5 Pelakon Yang Pernah Menolak Tawaran Berlakon Dalam Kdrama Saeguk