Home Design Lawatan Maya Ke Replika ‘Squid Game’ Di Stesen Itaewon

[VIDEO] Lawatan Maya Ke Replika ‘Squid Game’ Di Stesen Itaewon

0

Siri Netflix, ‘Squid Game’ yang ditayangkan pada 17 September lalu telah ‘keluar’ dari skrin dan dibawa ke kehidupan nyata di stesen Itaewon di Korea Selatan.

Namun begitu, set replika ‘Squid Game’ yang dipasang buat sementara di Stesen Itaewon, Seoul ini ditutup lebih awal dari hari yang dijadualkan kerana pengunjung di sana dikatakan tak patuh SOP dan penjarakan sosial, lapor The Korea Herald.

Tak apalah, walaupun dah lama berlangsung dan tutup hari Sabtu lepas, jom lihat apa ada di sana:

Taman Permainan Ceria Atau Mimpi Ngeri?

Sebelum ini, Stesen Itaewon kelihatan biasa-biasa. Cuma baru-baru ini ia meriah dan berwarna-warni apabila diubahsuai untuk menyerupai reka bentuk set Squid Game.

Tidak ketinggalan, patung creepy bertocang dua dari game “Red Light, Green Light” dalam episod satu pun ada di set playground dari game dalgona dalam episod 3 yang turut muncul di stesen Itaewon itu.

Squid Game Pop Up Playground9
Kredit gambar: NetflixKR

Tangga stesen Itaewon dilitupi warna merah jambu, warna ikonik dari Squid Game.

Ini bertujuan untuk membuatkan anda berasa seolah-olah anda lah peserta sebenar dalam permainan tersebut ketika berjalan menuju ke platform kereta api, atau naik ke pintu keluar stesen.

Squid Game Pop Up Playground6
Kredit gambar: NetflixKR

Manakala di luar stesen pula terdapat sebuah bank piggy emas besar yang dipenuhi dengan wang di luar stesen Itaewon.

Ia dijaga oleh dua orang pengawal berpakaian merah jambu dari permainan tersebut, jadi tak boleh datang dekat. Wang di dalam bank itu sebenarnya palsu.

Squid Game Pop Up Playground7
Kredit gambar: NetflixKR

Selain daripada reka bentuk set, permainan tradisional Korea seperti guli dan gonggi juga dipamerkan untuk mengundang nostalgia orang-orang di sana yang membesar dengan permainan tersebut.

Squid Game Pop Up Playground4
Kredit gambar: NetflixKR

Pengunjung juga boleh menyertai ‘game’ tersebut dengan cara jawab kuiz dengan betul dan hashtag di laman sosial serta berpeluang memenangi satu set barangan khas berkaitan permainan Squid Game.

Squid Game Pop Up Playground5
Kredit gambar: NetflixKR

Bagi kita-kita yang tak ada di Korea dan tinggal di luar negara ni, jangan runsing sebab kita masih boleh mengikuti lawatan maya di situ menerusi video di bawah:

Sumber: The Smart Local