Home Uncategorized Kalau Dulu Ji-Hyo Tak Reject Gary, Mesti Dah Masuk ‘Return of...

[VIDEO] Kalau Dulu Ji-Hyo Tak Reject Gary, Mesti Dah Masuk ‘Return of Superman’.

0

Masa bila sahaja rancangan ‘Running Man’ ini tak kelakar? Sejak 10 tahun lepas lagi, pihak produksinya pasti ada sahaja idea untuk mengenakan kesemua selebriti terlibat hinggakan rancangan hiburan Korea Selatan menjadi fenomena hampir di seluruh dunia. Selain adegan lawak spontan, gelagat sakat-menyakat antara satu sama lain serta mempamerkan daya saing yang cukup tinggi, gosip cinta hangat antara ahli-ahlinya juga sering mencuri hati peminat setia program tersebut.

Susulan itu, Song Ji-hyo lantas menasihati pemuda berkenaan supaya sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dengan skandalnya itu. Namun tanpa disangka-sangka, perkara itu juga pantas dipertikai oleh Kim Jong-kook dengan menyatakan bahawa aktres berusia 39 tahun itu pernah menolak cinta Kang Gary suatu ketika dahulu. Tak cukup dengan itu, dia juga sempat berseloroh bahawa Ji-hyo mungkin boleh muncul dalam rancangan ‘The Return of Superman’ bersama-sama bekas ahli Running Man itu serta zuriat mereka.

“Rindu Monday Couple…tapi kalau dengan Ji-hyo takdela anak dia Ha oh tu”

Rata-rata netizen di laman Twitter berasa amat terhibur apabila mendengar ‘teguran sentap’ daripada Jong-kook tersebut. Meskipun ada di antara mereka masih merindui detik-detik bahagia antara pelakon wanita cantik itu dan Kang Gary hingga mendapat jolokan ‘Monday Couple‘ suatu ketika dahulu, namun ada juga yang berpendapat bahawa keluarga penyanyi rap terbabit sudah cukup bahagia saat ini.

 

Dah baca? Tolong like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Erinsakura