Suatu hari, ketika sedang melayari YouTube, saya ternampak video perkongsian @El Gato yang memaparkan aksi ‘superman’ juruvideo muzik K-pop.

lmmm

Pernahkah anda terfikir, apa rasanya jadi juruvideo muzik K-Pop? Nampaknya mencabar juga kerja ini. Macam menarik juga nak tahu kerja di sebalik tabir pembikinan video muzik (MV).

Dalam satu temu bual dengan The Korea Times, Hong Won-Ki dan Kim Jun-Hong pengasas syarikat penerbitan video Zanybros sejak tahun 2001 berkongsi kerja belakang tabir video muzik dan apa rasanya jadi juruvideo semasa bekerja dengan nama besar dalam K-pop seperti TVXQ, BTS, Super Junior, Girls’ Generation, EXO, MAMAMOO dan ramai lagi.

Bukan Bekerja Sorang-Sorang

Oleh kerana MV merupakan projek besar, ia selalunya turut melibatkan produksi besar yang terdiri daripada pasukan berbeza seperti penggambaran, pengarahan, penyuntingan, CG, penggredan warna dan penerbitan.

dsss
Foto: Zanybros/Instagram

Kerja-kerja ini memerlukan bukan seorang dua tenaga manusia, tetapi lebih daripada satu pasukan. Mereka tidak buat sekali gus sebaliknya berperingkat mengikut sistem yang terbahagi kepada tiga bahagian utama: pre-production, production dan post-production.

Perancangan atau pre-production biasanya perlukan masa seminggu penuh, manakala penggambaran sebenar berlangsung sekitar satu hingga dua hari.

Paling lama adalah proses post-production yang mengambil masa kira-kira dua minggu. Secara keseluruhan, hampir sebulan jugalah untuk hasilkan sebuah video muzik lagu yang berdurasi tiga minit atau lebih.

Bawa Peralatan Yang Berat-berat Dan Mahal

Merakam video muzik untuk K-pop mungkin tidak sama rakam kerana ada babak yang rumit, kreatif dan memerlukan peralatan berkualiti tinggi untuk shoot.

Selain bawa kamera berat-berat dan cari sudut kreatif untuk rakam, mereka juga perlu berhati-hati semasa berjalan supaya tidak terjatuh kerana kamera yang dibawa dikatakan sama mahal dengan kereta.

Perkataan ‘Tidur’ Tiada Dalam Kamus Hidup

“Tak tidur malam bukan senang, saya pernah berjaga selama 15 hari.” kata Hong Won-Ki dalam wawancara tersebut.

Melompat dari satu penggambaran ke penggambaran video muzik lain dan tidur di dalam kereta adalah perkara biasa bagi seorang juruvideo sepertinya. Katanya lagi, dia perlu sorok muka penat di hadapan para penyanyi.

Foto: Zanybros/Instagram

“Kerjaya ini memerlukan ketahanan. Semasa shooting, kami juga tak dapat lari daripada letih dan nak muntah dengar lagu sama lebih 200 kali.

Tetapi bila dah siap, dapat respons positif daripada audiens dan artis yang kita bekerjasama itu berjaya, tiba-tiba semua stress kerja itu hilang.” ujar juruvideo itu.

Tonton wawancara penuh itu di sini:

Baca lagi artikel: Industri K-Pop Rekrut Orang Luar Negara Untuk Masuk Kerja

 

Previous article[Video] Rindu Lee Kwang Soo? Ini 7 Momen Best Dia Dalam ‘Running Man’
Next articlePenat Tunggu Big Bang Buat ‘Comeback’, Peminat Hantar Trak Protes Kepada YG Entertainment