Home Entertainment Rindu Lee Kwang Soo? Ini 7 Momen Best Dia Dalam ‘Running...

[Video] Rindu Lee Kwang Soo? Ini 7 Momen Best Dia Dalam ‘Running Man’

0

Lee Kwang Soo dah tak join ‘Running Man’, tetapi itu tak bermakna peminat berhenti merindui dia; gelagatnya, mimik mukanya dan lawaknya yang sengal-sengal ubi.

Pada Jun lepas, Lee Kwang Soo dengan rasminya keluar daripada rancangan tersebut untuk jaga kesihatannya, setelah mengalami kecederaan kerana kemalangan kereta pada tahun 2020.

Baca lagi artikel: Lee Kwang Soo Terlibat Dalam Kemalangan, Direhatkan Sementara Dari Running Man

Berikut 7 momen kelakar Lee Kwang Soo dalam ‘Running Man’:

1. Game Main Tipu-tipu

Dalam episod ini, Lee Kwangsoo, Jennie dan Jisoo BLACKPINK pakai telinga kucing yang sebenarnya pengesan penipuan. Telinga kucing Kwang Soo asyik tergerak-gerak je bila gadis-gadis itu tanya soalan cepumas kat dia.

2. Persembahan Acapella

Lee Kwangsoo cuba pimpin grup acapella ketika nyanyi lagu ‘The Lion Sleeps Tonight’ dengan member-member lain tapi tak menjadi seperti yang dirancang. Berdekah ketawa semua yang ada di situ termasuk juri dan jurukamera, malah komen savannah yang kemarau di Afrika pun boleh turun hujan tempat tu.

3. Cabaran Sticker

Kwang Soo jadi orang pertama untuk hadap cabaran ini sebab dia paling muda. Dia kena lekatkan sticker sejauh mungkin di papan terjun. Lama betul dia duduk di atas tu sebab gayat. Sempat lagi dia jerit kat penonton, “Please jangan tukar channel lain!”  selepas Jae Suk mengusik dia.

4. Pertandingan Lawan-lawan

Dalam perlawanan ni, Kwang Soo kena lipat dengan Jong Kook. Sempat lagi dia tendang-tendang belakang Tiger itu semasa tag namanya dicarik oleh pihak lawan, sampai Jong Kook jerit, “Aku tak nak main dah dengan mangkuk ni!”

5. Persembahan Opera

Selepas kalah dalam misi, Kwang Soo dan Jihyo didenda nyanyi opera. Runsing betul Kwang Soo semasa kena mekap gaya penyanyi opera Inggeris. Katanya rupa dia dah macam anak patung Annabelle. Comel dan kelakar giler dua orang ni lip sync nyanyi opera di atas pentas.

6. Menari Hula

Pecah ketawa semua orang bila tengok ekspresi muka Kwang Soo semasa nak menari Hula secara berkumpulan. Malah cikgu tarian pun tak boleh berhenti ketawa tengok dia.

7. Duet Karaoke

Kwang Soo dapat tayang lagi skil menyanyi dia. Berduet dengan Junho 2 PM, mereka nyanyi lagu ‘Heartbeat’ sama-sama dengan penuh perasaan sampai skor markah tinggi.

Walaupun dah tak beraksi, Lee Kwang Soo akan tetap selalu jadi sebahagian daripada keluarga ‘Running Man’!

Baca lagi artikel: Lee Kwang Soo Kompelin Tiada Pendapatan Tetap Selepas Keluar Running Man

Sumber: [1]