Home K - Pop Industri K-Pop Rekrut Orang Luar Negara Untuk Masuk Kerja

Industri K-Pop Rekrut Orang Luar Negara Untuk Masuk Kerja

0

Industri K-pop bukan saja tentang penyanyi, tetapi juga mengenai hero tak didendang, pekerja di sebalik tabir yang diperah keringat dan air mata bagi menghasilkan dan mempromosi album serta menguruskan kerjaya artis.

Dalam keadaan dunia muzik yang sedang disapu K-pop masa kini, semakin banyak tenaga kerja diperlukan dalam industri ini. Contohnya syarikat HYBE yang lahirkan kumpulan fenomena, BTS pernah buka sampai 60 jawatan kerja kosong sehari.

Sekiranya anda merupakan salah seorang penggemar muzik K-Pop, mungkin anda pernah membayangkan untuk bekerja dalam industri ini.

Kini cita-cita itu makin dekat kerana beberapa agensi K-pop mula buka peluang kerja kepada orang asing, menurut sumber Koreaboo dan The Korea Times.

Syarikat K-Pop Giat Menarik Orang Luar Korea

Umum mengetahui bahawa industri K-pop sedang mendunia. Kini beberapa syarikat hiburan dari negara tersebut sedang mengembangkan perniagaan mereka di luar negara. Ada yang mula masuk ke pasaran dan buka cabang baru.

1623687351 untitled 1 allkpop 61ede3364196163d49402cc719fb03bf
Kredit: AllKpop

Dek kerana permintaan tinggi, ada agensi yang melancarkan kumpulan penyanyi luar Korea. Contohnya kes group NiziU- semua gadis Jepun yang bernaung di bawah label JYP.

Oleh itu, industri ini memerlukan lebih ramai pekerja daripada sebelum ini. Mereka turut mengalu-alukan orang luar Korea untuk join sebab kemahiran menguasai pelbagai bahasa dan budaya. Inilah membezakan pekerja tempatan Korea dan antarabangsa.

Beberapa jawatan untuk pekerja global yang sedang dipertimbangkan termasuk pengurus artis, peranan dalam pemasaran dan perniagaan.

Bimbingan Disediakan

Saya ada terbaca dalam satu ayat artikel ni (maaf, lupa sumber mana), K-pop ni memang power buat konten tapi pengurusan manusianya macam ke laut sikit.

Jadi ada sebuah agensi K-pop khusus untuk sumber manusia dan karier diwujudkan iaitu Conexus Labs di bawah pimpinan CEO Lee sang Hwan.

unnamed 1 1
Kredit: Korea Times

Mereka buka kuliah online untuk bantu pencari kerja di seluruh dunia yang berminat nak kerja dalam industri ini. Tenaga pengajar merupakan orang kuat K-Pop atau berpengalaman bekerja di agensi besar-besar sana.

Pihaknya turut merancang untuk buka Program Study Luar Negera bekerjasama dengan universiti-universiti Korea. Setelah membantu kira-kira 300 orang Korea mendapatkan pekerjaan di agensi K-Pop, mereka komited untuk bawa hal yang sama kepada pencari kerja antarabangsa.

Kena Bersaing Dengan Orang Korea

Walaupun tak mustahil untuk bekerja di industri ini, jalannya tetap tidak mudah kerana kenyataannya anda perlu bersaing juga dengan orang Korea itu sendiri.

Lee Sang Hwan mengatakan pemohon perlu pandai cakap Korea, menulis resume dan surat permohonan dalam bahasa Korea, serta memenuhi kelayakan standard seperti yang ditetapkan para pemohon tempatan.

Gaji Dan Pekerjaan Mungkin Tak Sampai Expectation

Realitinya juga mungkin tidak semanis seperti kehidupan dalam drama Korea di mana Lee Sang Hwan menasihatkan orang yang ingin bekerja dengan K-Pop harus mengurus juga expectation mereka.

Jadual kerja tidak semestinya 9 hingga 5, tetapi juga bakal dilambakkan dengan kerja ekstra atau tidur terus di ofis. Ataupun subuh-subuh perlu masuk pejabat terutamanya jika ada kecemasan melibatkan artis jagaan mereka. Mental dan fizikal memang kena kental habis.

unnamed 19
Kredit: Koreaboo

Selain itu, gaji permulaan dalam industri K-Pop dikatakan lebih rendah daripada yang diharapkan. Misalnya gaji tahunan di HYBE hanya 30.9 juta KRW (sekitar $27,300 USD atau RM 113, 472.45).

Manakala gaji secara puratanya normal di Korea Selatan untuk ‘bernafas’ di sana dilaporkan kira-kira $42, 000 USD atau RM 174, 573 setahun.

Namun begitu, sekiranya bagus, pekerja akan dinaikkan gaji yang lebih besar.

Macam mana, berminat ke?