Rupanya sudah 15 tahun berlalu sejak Big Bang debut di bawah naungan YG Entertainment. Inilah boy band di sebalik lantunan lagu hit seperti Fantastic Baby dan Monster

Asalnya grup ini terdiri daripada lima ahli: G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri. Seungri pencen awal daripada industri hiburan pada tahun 2019 setelah dikaitkan dengan skandal ‘Burning Sun’.

1

Sebelum itu, Big Bang berjaya mengumpul jutaan peminat (yang dipanggil VIP) dari seluruh dunia. Sejak debut tahun 2016, lagu-lagu mereka merajai carta muzik dan tiket konsert laris macam pisang goreng sambal kicap.

Setelah keempat-empat member Big Bang yang tinggal ini tamatkan khidmat tentera, para peminat bersemangat tunggu mereka buat comeback tetapi hampa.

Tak tahan tunggu lama-lama, kelab peminat Big Bang di Korea menghantar trak protes yang menuntut kemunculan semula kumpulan itu sebagai empat ahli.

2

“YG Entertainment tidak memenuhi tanggungjawabnya sebagai label muzik. Kami menuntut agensi untuk mula menggerakkan Big Bang sebagai kumpulan yang ada empat orang ahli dan mula menguruskan fandom.”

Selanjutnya, mereka meminta supaya agensi berkenaan mengambil tindakan undang-undang terhadap khabar angin dan komen tidak elok.

3

Mereka turut menuntut agensi untuk mengesahkan Seungri telah meninggalkan kumpulan itu sepenuhnya dan kini hanya ada empat anggota Big Bang, dan mula menguruskan akaun media sosial rasmi serta fandom.

Lagi artikel mengenai anggota Big Bang:

Bekas Anggota Big Bang, Seungri Dihukum Penjara 3 Tahun

G-Dragon 2017 World Tour in Kuala Lumpur Post Concert Review

T.O.P, Big Bang Memberitahu Dia Tidak akan Mempromosikan Dirinya Di Korea Lagi.

Sumber: [1], [2]

Previous article[Video] Apa Rasanya Jadi Juruvideo Untuk Video Muzik K-Pop?
Next articleNetizen Komen Gaya Maryam Durian Kimchi Berpantang, Bagaimana Cara Orang Korea Berpantang?