Home Concert G-Dragon 2017 World Tour in Kuala Lumpur Post Concert Review

G-Dragon 2017 World Tour in Kuala Lumpur Post Concert Review

0

Pada  17 September 2017 yang lalu telah berlangsungnya konsert G-Dragon World Tour yang telah mendapat sambutan memberangsangkan dari peminat Malaysia.

Konsert tersebut dibahagikan kepada 3 part, iaitu Act 1, Act 2 dan Act 3. G-Dragon memulakan persembahannya dengan Act 1 dan menyanyikan lagu dari album solo pertamanya iaitu Heartbreaker. Persembahan yang energetik diiringi dengan persembahan band boy yang rancak berjaya memukau penonton untuk terus berhibur dengan persembahannya.

19620243 1832403566775810 6209300852851076793 o 21641182 1832403473442486 5828867215761620949 o

21765530 1832403750109125 5377617495426399010 o

 

Act 1 kemudiannya tamat dan bersambung dengan Act 2 di mana lagu dari album G-Dragon One of A Kind dan Coup d’Etat menjadi penghibur untuk sesi kedua tersebut. Lagu-lagu hit G-Dragon seperti Michigo, R.O.D, One of A Kind mendapat sambutan yang meriah dari penonton terutama sekali lagi Crayon.

Tetapi, kemuncak untuk Act 2 tersebut adalah apabila G-Dragon menyanyikan lagu Missing You. Rata-rata penonton terkejut dengan kemunculan Sandara Park dan gembira apabila part chorus sepatutnya dinyanyikan oleh Kim Yoon Ah (Jaurim) di part chorus itu kemudiannya dinyanyikan sendiri oleh Sandara Park.

21686742 1832403713442462 7346587007752200315 o 21686798 1832403816775785 8723889223008899374 o

 

Setelah habis Act 2, konsert bersambung dengan Act 3 di mana penonton disajikan dengan video mengenai siapa G-Dragon yang sebenarnya dan ucapan dari rakan-rakan Big Bang dan artis YG yang lain. Untuk Act 3, penonton disajikan pula dengan lagu dari album terbaru G-Dragon, Kwon Ji Yong.

Walaupun hujan semakin lebat, tetapi penonton tetap bersemangat untuk nyanyi bersama melalui lagu hit G-Dragon seperti Bullshit, Middle Fingers Up dan Divina Commedia. G-Dragon kemudiannya memberi ucapan terima kasih yang panjang kepada peminatnya di Malaysia dan memberitahu yang mereka sedang mencari idea untuk projek baru ahli-ahli Big Bang.

21686460 1832403873442446 2420942073998680310 n 21686284 1832403576775809 8638136732021221277 n

Suasana konsert kembali gelap dan penonton menyangkakan konsert telah tamat tetapi G-Dragon kembali semula ke atas pentas dengan membawakan lagu Crooked menyebabkan semua penonton bersorak menyanyikan lagu itu bersama. Konsert itu kemudiannya diakhiri dengan lagu Untitled, 2014 di mana G-Dragon telah turun ke bawah pentas untuk berada rapat dengan peminatnya.

Sememangnya pengalaman ini adalah once in a lifetime kepada admin kerana demi G-Dragon admin sanggup fly dari Sarawak untuk join concert tu. Hahaha… Terima kasih juga admin ucapkan kepada IME Malaysia sebab memberi peluang kepada DaebaKing untuk menyertai konsert tersebut.

Photo credit : IME Malaysia