Home Concert Taeyang 2017 World Tour “White Night” in Kuala Lumpur Post Concert Review

Taeyang 2017 World Tour “White Night” in Kuala Lumpur Post Concert Review

0

Pada 15 Oktober 2017 yang lalu, telah berlangsung konsert ‘White Night’ Taeyang di Stadium Negara, Kuala Lumpur dan DaebaKing telah mendapat undangan media dari IME Asia dan berpeluang hadir pada konsert tersebut.

Seawal pagi lagi, peminat yang membeli tiket ‘free standing’ sudah mula beratur di perkarangan stadium bagi mendapatkan tempat di hadapan pentas. Admin mengambil tiket pada pukul 4 petang. Ketika ini, kawasan stadium sudah di penuhi dengan peminat dan peniaga-peniaga cenderahati untuk konsert.

Pada pukul 6 .30 petang, peminat dibenarkan masuk ke dalam stadium. Mungkin peminat di Malaysia patut mengubah cara dan etika ketika hendak masuk ke dalam stadium kerana masih ramai lagi yang berlari dan saling bertolakkan walau pihak Rela mengarahkan untuk berjalan ketika masuk ke dalam stadium.

Admin dapat lihat yang hampir keseluruhan tempat duduk dipenuhi dengan peminat. Nampaknya, walau banyak kumpulan baru muncul, ternyata lagenda seperti Taeyang masih mendapat tempat dihati para peminat di Malaysia.

Pada jam 7.15 mlm, Konsert pun bermula. Taeyang yang muncul dengan lagu pertamanya bertajuk ‘Ringa Linga’ berjaya menghangatkan suasana dan mendapat sorakkan dari peminat di stadium. Selepas lagu tersebut, Taeyang yang sememangya sudah fasih berbahasa English membuat ucapan kepada peminat. Selepas itu, dia menyanyikan lagu ‘Body; dan ‘Superstar’.

TAEYANG KUALA LUMPUR 04

 

Selepas itu, Taeyang menukar baju dan muncul lagi dengan lagu ‘Break Down’, ‘Only Look at Me’ dan lagu kegemaran ramai iaitu ‘Wedding Dress’. Ketika ini semua peminat di stadium turut menyanyi bersama.

Taeyang membuktikan yang dia sememangnya sangat rendah diri apabila sentiasa bercakap dengan sangat lembut dan dekat dengan peminat. Selepas itu, dia menyanyikan lagu ‘1AM’ , ‘You’re My’ dan menyanyikan lagu ‘I Need A Girl’ bersama semua peminat di Satdium. Dapat dirasakan yang lagu-lagunya mendapat tempat di hati peminat walaupun telah lama lagu tersebut diterbitkan.

Sewaktu lagu ‘Darling’, seluruh stadium terdiam kerana menghayati lagu tersebut. Ternyata walau telah berberapa jam Konsert berlangsung, vokal Taeyang masih lagi bertenaga. Antara lagu dari album terbaru yang di nyanyikan ialah ‘Amazin’ , ‘Naked’ dan ‘Tonight’.

TAEYANG KUALA LUMPUR 03

TAEYANG KUALA LUMPUR 01

 

Perkara yang pasti sangat memberi kesan pada malam itu ialah selepas menyanyikan lagu ‘Last Dance’ dari Big Bang, Taeyang membuat ucapan mnyatakan apabila menyanyikan lagu Last Dance, dia pasti merindui semua ahli kumpulan Big Bang. Paminat di stadium turut memberikan respon menyatakan mereka juga merindui Kumpulan Big Bang.

Sewaktu Encore, Lagu ‘Good Boy’, ‘Stay With Me’, ‘Bang Bang Bang’, ‘ Fantastic Baby’ ternyata menggamit memori Bersama Taeyang dan Big Bang. Semua peminat menyanyi bersama dan menghayunkan ‘Lightstick’. Kehangatan suasana ini sememangnya jarang untuk didapati walau telah banyak konsert yang amin hadiri. Kehangatan suasana ini di teruskan dengan lagu terakhir pada malam itu iaitu dengan lagu ‘Eyes Nose Lips’. Penghayatan Taeyang sewaktu menyanyikan lagu tersebut ternyata menambat hati peminat dan admin sendiri merasakan tidak mahu konsert itu berakhir. Sewaktu lagu ini juga, peminat bertuah telah mendapat scarf dan perhiasan kepala dari Taeyang yang dibaling kepada peminat di hadapan pentas.

TAEYANG KUALA LUMPUR 05

 

TAEYANG KUALA LUMPUR 02

300 peminat bertuah telah dipilih untuk ‘Send Off’ Taeyang. Admin menemu ramah beberapa peminat bertuah tersebut dan mereka menceritakan pengalaman mereka dapat bercakap dengan Taeyang secara dekat dan ada yang berpeluang selfie bersamanya.

Apa yang dapat admin simpulkan ialah, sewaktu menghadiri konsert ini, ternyata peminat Taeyang bukan saja terhad mengikut peringkat umur, ada juga peminat yang berusia 40an datang membawa keluarga menonton konsert ini. Terdapat juga peminat dari Jepun, Singapura, Indonesia dan Brunei hadir pada konsert tersebut.

Konsert Taeyang ini admin berikan 5 bintang dan inilah konsert terbaik sepanjang tahun 2017. Terima kasih kepada IME Asia kerana memberikan peluang kepada admin untuk hadir ke konsert ini. Di harapkan Daebaking akan terus diberikan peluang membuat liputan untuk konsert yang akan datang.