Home Entertainment Ulasan Episod 1 Strong Girl Nam Soon, Siapakah Lelaki Misteri yang Muncul...

Ulasan Episod 1 Strong Girl Nam Soon, Siapakah Lelaki Misteri yang Muncul di Lapangan Terbang?

0

Episod pertama drama siri komedi Strong Girl Nam Soon sudah ditayangkan di saluran JTBC pada Sabtu, 7 Oktober 2023.

Strong Girl Nam Soon ini juga turut ditayangkan di platform streaming Netflix. Spin off kepada drama Strong Woman Do Bong Soon ini mendapat respon positif dari para penonton.

Artikel ini mengandungi spoiler!

IMG 8489

Drama ini dibuka dengan adegan Nam Soon (Lee Yoo-mi) sewaktu kecil yang menyertai pertandingan gusti dengan nama penyertaannya sebagai Tsegtseg. Kemudian ditunjukkan bahawa Tsegtseg merupakan anak perempuan kepada Geum Joo dan Bong Go yang hilang di Mongolia.

Strong girl nam soon

Dalam episod ini juga ditunjukkan babak imbas semula kisah hubungan ibu bapa kandung Nam Soon. Kedua-duanya jatuh cinta ketika Geum joo menjalankan perniagaan kedai sup, dan Bong Go merupakan pekerja bank. Selepas mendirikan rumah tangga, Geum Joo melahirkan anak kembar. Namun kehilangan Nam Soon ketika sedang bercuti telah membuatkan mereka berdua bercerai.

IMG 8490

Selama menghilang, Tsegtseg dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang berasal dari Mongolia, dan diberi nama Gang Nam Soon. Nama itu diberikan setelah pasangan itu mendengar lagu Korea Selatan, Gangnam Style dan tanda yang ada di pakaian Nam Soon.

IMG 8486

Selepas beberapa tahun kemudian, Geum Joo memutuskan untuk mengadakan pertandingan untuk mencari gadis yang paling kuat di dunia, dengan harapan anak perempuannya akan turut menyertai pertandingan tersebut. Semasa pertandingan berlangsung, Geum Joo berjaya menemui seorang gadis yang kuat yang bernama Hwa Ja, dan dia yakin bahawa gadis itu merupakan anak perempuannya yang hilang.

IMG 8488

Namun Bong Go merasa curiga bahawa Hwa Ja adalah anaknya. Lelaki itu membantah dan mengatakan bahawa Hwa Ja bukan anak mereka. Memang jelas bahawa Hwa Ja hanya berpura-pura menjadi Nam Soon. Sayangnya Geum Joo menolak untuk mendengar penjelasan sesiapa pun dan tetap memanjakan Hwa Ja.

IMG 8487

Sementara itu, Nam Soon memutuskan untuk kembali ke Korea Selatan selepas kuda peliharaannya mati. Namun dalam penerbangannya terjadi kejadian yang berbahaya dan mencemaskan, dan dia mengambil keputusan untuk membantu dan mengelakkan kemalangan yang dahsyat!

IMG 8476 1 IMG 8473

Geum Joo akhirnya menyedari identiti anak perempuannya Nam Soon beraksi dan mengeluarkan tenaga super mengagumkan untuk menyelamatkan nyawa ramai orang di lapangan terbang.

8c987aae 374a 4fa7 b6cf 9976e194a69b

Terdapat sebuah hubungan unik diantara kuasa Nam Soon, ibunya dan neneknya, dan Geum Joo akhirnya sedar bahawa Hwa Ja bukanlah anaknya.

IMG 8484

Episod pertama ditutup dengan adegan munculnya seorang lelaki misteri bernama Ryu Shi O. Watak ini menyaksikan aksi Nam Soon dengan senyuman licik dan sinis, menunjukkan plot yang lebih dalam yang akan terungkap dalam drama ini nanti.

907a5920 49b0 434f 847d c4a857edbff2

Jangan lupa untuk menyaksikan Strong Girl Nam Soon setiap hari Sabtu dan Ahad selepas jam 11 malam waktu Malaysia, hanya di Netflix ya!!

Baca lagi: “Strong Girl Nam Soon” Raih Rating Tinggi, Lebih Berjaya dari Strong Woman Do Bong Soon
Baca juga: 5 Fakta Pelakon Utama Strong Girl Nam Soon, Tayang 7 Oktober Ini