Home Anime 8 Siri Animasi Netflix Paling Ditunggu-tunggu di Penghujung 2023 Ini

8 Siri Animasi Netflix Paling Ditunggu-tunggu di Penghujung 2023 Ini

0

Anda penggemar siri animasi?

Sepanjang tahun 2023, Netflix memanjakan para pelanggan setianya dengan bermacam-macam jenis tayangan berkualiti. Bermula dari filem hingga drama siri, kebanyakan tayangan yang disajikan memang tidak pernah gagal menarik perhatian para peminat setia.

Khususnya siri animasi yang semakin digemari oleh penonton dewasa kerana menyajikan cerita yang lebih matang dan bukan sahaja komedi yang kekanak-kanakan.

Tahun ini, ada beberapa siri animasi yang berjaya memberi kepuasan kepada para peminat siri animasi. Lima diantaranya adalah Junji Ito Maniac: Japanese Tales of the Macabre, Agent Elvis, Skull Island, Ōoku: The Inner Chambers, dan Castlevania: Nocturne.

Menyusul kejayaan kelima-lima siri animasi ini, Netflix telah menyiapkan beberapa buah siri animasi terbaru untuk melengkapkan tayangan bagi tahun 2023 ini.

Dari produksi Hollywood, Perancis, hingga ke Jepun, berikut adalah 8 siri animasi Netflix yang wajib anda tonton di penghujung tahun ini. Salah satunya diinspirasikan dari manga legendar karya Osamu Tezuka iaitu Astro Boy!

 

3be55ba3 2520 42ce a21f 4c1317e5d9b71. Diangkat dari manga karya Uru Okabe, Good Night World (12 Oktober 2023) mengisahkan tentang keluarga kucar-kacir yang terperangkap di dunia game

 

891c2686 733f 49d0 9d50 8a2c0fb814ca2. Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix (19 Oktober 2023) menampilkan berbagai-bagai karakter game Ubisoft, seperti Rayman dan Far Cry

 

8aacc748 0714 4840 84ca 02b06a850db43. Berlatarkan dunia Astro Boy, Pluto (26 Oktober 2023) mengikuti usaha seorang detektif robot dalam memecahkan misteri pembunuhan. Memang tegang!

 

5cdf5a8b 8e29 4d64 bfa0 3d046b1dd1124. Pernah bermain game Onimusha? Anda wajib menonton versi siri animasinya, Onimusha (2 November 2023), yang mempunyai visual yang luar biasa

 

504d2eab 7718 4178 af73 99ff182954c15. Menyamar sebagai seorang lelaki, seorang wanita nekad mencari “ayahnya” untuk membalas dendam dalam Blue Eye Samurai (3 November 2023). Trailer yang disiarkan sangat epik!

 

Animasi6. Akuma-kun (9 November 2023) mengajak penonton mengembara bersama Shingo Umoregi, kanak-kanak lelaki yang dianugerahkan kekuatan sebagai penghapus iblis

 

d03c79a1 9f82 4927 9b71 7d36363392be

7. Peminat filem Scott Pilgrim? Siap sedia! para pelakon kegemaran anda akan kembali sebagai pengisi suara dalam Scott Pilgrim Takes Off (17 November 2023)

 

Anime8. Membawa genre fantasi sejarah, Onmyōji (28 November 2023) menampilkan beberapa seiyuu terkenal, seperti Kenji Hamada, Yui Ishikawa, dan Daisuke Namikawa

Bukan hanya kerana jalan ceritanya yang menarik, lapan buah siri animasi Netflix yang tersenarai di atas wajib ditonton kerana diadaptasi dari karya para seniman berbakat, seperti Naoki Urasawa (Pluto), Michael Green (Blue Eye Samurai), Yoshiki Okamoto (Onimusha), dan Bryan Lee O’ Malley (Scott Pilgrim Takes Off).

Baca lagi: 9 Anime Terbaik, Tema Komedi Gelap dan Suram, Tetap Menghiburkan
Baca juga: 9 Filem dan Siri Fantasi Tayang 2023 selepas One Piece