Drama siri terbaru The Worst of Evil menampilkan pelakon terkenal Im Se Mi sebagai salah seorang daripada barisan pelakon utama.

The Worst of Evil menampilkan pelakon berbakat besar dengan menggandingkan bintang terkenal Korea Selatan, Ji Chang Wook dan Wi Ha Joon dalam drama siri ini. Drama ini membawa genre thriller aksi yang pastinya menarik dan dipenuhi dengan adegan yang menegangkan serta mencemaskan.

Selepas drama siri Duty After School, The Worst of Evil merupakan drama siri kedua bagi Im Se Mi untuk tahun 2023 ini. Pelakon ini akan memperlihatkan sisi lain dalam lakonannya apabila kali ini dia membawa watak sebagai seorang anggota polis yang turut menjalankan misi penting.

Jom sama-sama kita lihat fakta watak yang dibawa oleh Im Se Mi seperti berikut ini.

 

1. Selepas membintangi Duty After School, Im Se Mi kembali diberi peluang untuk tampil dalam The Worst of Evil sebagai pelakon utama yang membawa watak Yoo Ui Jung

 

im se mi2. Dia adalah isteri kepada Park Joon Mo (Ji Chang Wook), kedua-duanya bersama-sama bekerja sebagai anggota polis

 

The worst of evil3. Yoo Ui Jung turut terlibat bersama suaminya dalam menyiasat kes pengedaran dadah di Gangnam

 

4. Dia turut sama dalam proses penyiasatan dalam menangkap sindiket pengedaran dadah yang melibatkan negara Korea, Cina, dan Jepun

 

5. Selepas penglibatannya ini, Yoo Ui Jung mula menemui fakta bahawa individu penting dari masa lalunya juga turut terlibat dengan kes ini

 

6. Yoo Ui Jung mula mengetahui bahawa cinta pertamanya iaitu Jung Ki Cheol (Wi Ha Joon) adalah ketua mafia organisasi jenayah tersebut

 

7. Semua fakta ini membuatkan Yoo Ui Jung berada pada kedudukan yang sukar yang melibatkan cinta pertamanya dan penyiasatan suaminya pada masa yang sama

Peranan dan watak Im Se-mi kali ini sangat berbeza dengan drama-drama siri yang pernah dilakonkan olehnya sebelum ini. Pelakon jelita ini akan terlibat dalam aksi penyiasatan organisasi jenayah yang sangat berbahaya. Jangan terlepas peluang dan jangan lupa untuk menonton aksinya pada 27 September 2023 yang akan datang nanti!

Baca lagi: “The Worst of Evil”, Menampilkan Kegilaan Ji Chang Wook dan Wi Ha Joon
Baca juga: 10 Kdrama Terbaru Tayang September 2023
Previous article10 Aktor Pernah Berlakon dalam Kdrama Bersama Baek Jin Hee
Next articleDestined With You, Misteri Sumpahan Yang Mengikat Rowoon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here