Home Entertainment Destined With You, Misteri Sumpahan Yang Mengikat Rowoon

Destined With You, Misteri Sumpahan Yang Mengikat Rowoon

0

Destined With You berjaya menarik perhatian para peminat setia drama siri Korea Selatan dengan menampilkan tema unik yang mengisahkan tentang sumpahan misteri yang dialami oleh Jang Shin Yu (Rowoon).

Sumpahan misteri ini menemukan Jang Shin Yu dengan pemilik kotak kayu lama yang menyimpan banyak mantra iaitu Lee Hong Jo (Jo Bo Ah). Namun kisah drama siri ini bersambung dengan pertanyaan adakah mantra Lee Hong Jo berfungsi pada Jang Shin Yu? Dapatkah dia keluar dari sumpahan yang sangat membebankan ini?

Membuatkan para penonton semakin tertanya-tanya dan tidak senang duduk dengan misteri sumpahan yang terjadi pada Jang Shin Yu, drama siri ”Destined With You” ini semakin mencuri perhatian.

Apakah yang sebenarnya terjadi kepada Jang Shin Yu? Jom sama-sama kita lihat penjelasan di bawah!

Destined with you1. Pada awalnya Jang Shin Yu menderita penyakit misteri dimana beberapa anggota tubuhnya sukar untuk digerakkan

 

IMG 31912. Sebenarnya penyakit itu disebabkan oleh sumpahan warisan keluarga turun temurun yang belum ditemui cara atau untuk menyembuhkannya

 

6f89e2ba 9181 47b6 b5bc 1ca1a5e401123. Perkara sebenar dan sinar harapan mula kelihatan apabila menjumpai kotak kayu tua dimana Lee Hong Jo adalah pemilik mutlaknya

 

IMG 31884. Kotak itu menyimpan banyak mantra yang ditulis oleh dukun terhebat pada masa lalu. Terbukti dari mantra cinta dan penyembuhan yang sangat hebat

 

b2fe0f61 85ab 4161 841a ccf7ba2b17e05. Memakai mantra penyembuhan, Jang Shin Yu berjaya melepaskan diri dari jerat rasa sakit yang menghantuinya

 

IMG 31876. Namun mantra cinta yang salah sasaran membuatkan Jang Shin Yu terkena pula sumpahan yang berbeza

 

8b1a1454 2712 4c3e 80c4 d301749c91167. Dia dipaksa jatuh cinta dengan Lee Hong Jo hingga terpaksa memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang sudah dua tahun bersama

 

a33bacd1 c55b 47ff 9a59 8e963dd597ba 18. Bersama-sama ingin melepaskan sumpahan cinta, kedua-duanya menerima fakta dah kenyataan yang mengejutkan

 

5d926c0f 658f 4139 bb6c 37c897a8c0ba 1

9. Mantra yang telah dilakukan merupakan takdir mereka yang menandakan mereka akan selalu terikat. Jika tidak, maka bencana besar akan menimpa!

 

Lalu bagaimanakah seterusnya kisah Jang Shin Yu dan Lee Hong Jo yang benar-benar mahu menolak kisah cinta mereka dan ingin kembali kepada pujaan hati sebelum ini? Anda rasa bagaimana?

Pastikan anda saksikan lanjutan “Destined With You” di episod seterusnya ya!

Baca lagi: 8 Fakta Watak Rowoon SF9 Dalam Destined With You
Baca juga: Jo Bo Ah, 6 Kdrama Menarik Dibintanginya