Home Artis Korea Jo Bo Ah, 6 Kdrama Menarik Dibintanginya

Jo Bo Ah, 6 Kdrama Menarik Dibintanginya

0

Jo Bo Ah merupakan salah seorang pelakon wanita Korea Selatan yang sangat aktif dan produktif membintangi drama terbaik pada setiap tahun.

Dia memulakan karier lakonannya pada tahun 2011 melalui drama siri TV yang bertajuk I Live in Cheongdam-dong sebagai pelakon pembantu.

Kini, nama Jo Bo Ah sudah kukuh dalam industri seni dan dia menjadi salah seorang pelakon Kelas A di Korea Selatan dan selalu diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon utama dalam setiap drama yang dibintanginya.

Drama siri terbarunya adalah Destined With You, berikut merupakan enam cadangan drama siri Korea menarik yang dibintangi oleh Jo Bo-ah yang pasti rugi jika anda para peminat Kdrama terlepas peluang untuk menontonnya:

 

1. Goodbye to Goodbye (2018)

Jo bo ah
Goodbye to Goodbye ditayangkan pada 26 Mei 2018, Goodbye to Goodbye disiarkan di MBC TV. Drama siri yang diangkat dari novel ini mengisahkan tentang Young Hee (Chae Shi Ra) seorang wanita berusia 50-an yang tinggal sendirian di sebuah apartment. Dia telah berpisah dengan suaminya yang merupakan seorang juru terbang.

Sementara itu, Jung Hyo (Jo Bo Ah) wanita muda yang berusia 20-an sedang hamil, tetapi teman lelakinya meminta dia melakukan pengguguran kandungan. Jung Hyo pergi ke apartment Young Hee dan mengatakan kepadanya bahawa dia akan tinggal di sana sehingga dia melahirkan anaknya. Young Hee bersetuju kerana dia sendiri adalah ibu kepada kekasih Jung Hyo. Kedua-duanya mula hidup bersama. Walaupun mereka sering bergaduh, mereka juga memahami antara satu sama lain.

 

2. My Strange Hero (2018)

f9ab49a9 0e69 43b1 be33 52f9bc14c97c
Drama siri Jo Bo Ah seterusnya bertajuk My Strange Hero. Drama yang ditayangkan pada 10 Disember 2018 ini dibintangi oleh Yoo Seung Ho, Jo Bo Ah, dan Kwak Dong Yeon. Digarap oleh Kim Yoon Young, My Strange Hero mengisahkan tentang Kang Bok Su (Yoo Seung Ho) seorang pelajar yang baik hati dan selalu membantu kawan-kawannya yang mempunyai masalah. Walau dia bukan murid yang pintar, Bok Su tetap mempunyai ramai kawan.

Sifatnya yang baik tidak membuatnya berdiam diei sahaja sewaktu melihat kejahatan berlaku di depan mata. Bok Su berkawan rapat dengan Son Soo Jeong (Jo Bo Ah). Soo Jeong juga membantu Bok Su dalam pelajaran. Kehidupan persekolahan Bok Su yang menyenangkan berubah menjadi huru hara, suatu hari berlaku salah faham antara Bok Su dengan Soo Jeong dan Bok Su dituduh menyebabkan seorang pelajar bernama Oh Se Ho (Kwak Dong Yeon) jatuh dari bumbung sekolah.

 

 

3. Forest (2020)

a72c7f4f 9e4e 4be8 89cf 0d39f0e3dcf5
Pada tahun 2020, Jo Bo Ah kembali membintangi drama yang bertajuk Forest. Kali ini dia bergandingan dengan Park Hae Jin. Drama siri ini ditayangkan di KBS bermula pada 29 Januari 2020. Forest menceritakan tentang Kang San Hyuk (Park Hae Jin) seorang anggota pasukan penyelamat 119 yang merupakan jejaka tampan dan bijak, tetapi dia tidak mempunyai ingatan mengenai masa kecilnya. Dia hanya berhasrat untuk mengumpul duit dengan melakukan apa-apa sahaja.

Jung Young Jae (Jo Bo Ah) adalah seorang pakar bedah yang sangat terkenal di sebuah hospital. Kedua-duanya bertemu di sebuah hutan misteri. Walaupun mereka tidak menginginkannya, tetapi mereka perlu hidup bersama di hutan tersebut. Di sana, kedua-duanya menemui kebahagiaan. Tidak lama, mereka pun menemui rahsia tentang diri mereka dan hutan itu.

 

4. Tale of the Nine Tailed (2020)

74bb9600 5208 45cf 9ea2 1a114f81981b
Pada tahun yang sama iaitu 2020, Jo Bo Ah juga turut membintangi drama Tale of the Nine Tailed. Drama TvN yang ditayangkan pada 7 Oktober 2020 ini adalah sebuah spin-off dari drama yang berjudul The Untold Story Of The Tale Of The Nine-Tailed. Tale of the Nine Tailed mengisahkan tentang seekor makhluk mistik dengan penampilan rubah ekor sembilan, yang disebut Gumiho bernama Lee Rang (Kim Bum).

Dia dapat berubah menjadi manusia dan mengembara untuk membersihkan roh-roh manusia sambil membuat huru hara. Sementara itu, Nam Ji Ah (Jo Bo Ah) adalah seorang penerbit televisyen yang berbakat. Dia sedang bekerja untuk program yang meliputi cerita tentang mitos-mitos urban. Nam Ji Ah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiasat tentang kehidupan seorang Gumiho.

 

5. Military Prosecutor Doberman (2022)

e01883cb 2fda 4911 b0f1 7c6bf69ae1ea
Military Prosecutor Doberman adalah drama siri yang dibintangi oleh Ahn Bo Hyun dan Jo Bo Ah sebagai pelakon utama. Disiarkan di TvN bermula pada 1 Mac 2022, Military Prosecutor Doberman mengisahkan tentang Do Bae Man (Ahn Bo Hyun) yang menjadi pendakwa raya tentera untuk meraih kejayaan dan kekayaan. Baginya, pekerjaan hanyalah sebuah cara untuk menemui kejayaan. Dia mendapat panggilan ‘Doberman’ kerana memiliki prinsip tidak pernah melepaskan sesuatu dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menang.

Sementara itu, Cha Woo In (Jo Bo Ah) berasal dari keluarga chaebol dan bekerja sebagai pendakwa raya tentera yang baru. Dia memiliki sifat yakin diri dan tidak takut pada orang yang mempunyai kekuasaan. Cha Woo In berusaha menjadi seorang pendakwa raya tentera yang mencipta keadilan dan sangat melawan kejahatan yang tidak adil. Walaupun pada awalnya mereka mempunyai tujuan yang berbeza, akhirnya Do Bae Man dan Cha Woo mula bekerja sama untuk menghancurkan kejahatan di dalam pasukan tentera.

 

6. Destined With You (2023)

Kdrama
Destined With You merupakan drama terbaru yang dibintangi oleh Jo Bo Ah. Dalam drama ini, dia bergandingan dengan Rowoon SF9. Drama terbaru JTBC ini ditayangkan pada 23 Ogos 2023. Destined With You menceritakan tentang kisah cinta seorang pegawai kerajaan, Lee Hong Jo (Jo Bo Ah) yang merupakan pekerja yang rajin dan selalu melakukan yang terbaik di pejabatnya.
Sementara itu, Jang Shin Yu (Rowoon SF9) adalah peguam yang sangat cekap yang sangat bijak dan tampan. Sayangnya, dia menderita penyakit yang merupakan sebuah sumpahan yang sudah lama menimpa keluarganya selama beberapa generasi. Untuk menghilangkan sumpahan tersebut, dia perlu mencari buku terlarang. Lee Hong Jo secara tidak sengaja mempunyai buku terlarang yang sudah dikunci selama 300 tahun. Jang Shun Yu berusaha keras untuk mencari Lee Hong Jo.

Selain aktif dalam dunia seni lakonan dengan membintangi drama-drama terbaik, Jo Bo Ah juga kerap kali tampil dalam program variety show. Pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1991 ini memang selalu memberikan persembahan terbaiknya!

Baca lagi: Apakah Pengakhiran 8 Superhero di “Webtoon Moving”?
Baca juga: 10 Kdrama Terbaru Tayang September 2023