Home New Post Padah Bila Bawa Anak2 Tengok Malbat Misi Bakara,Semangat Adik2 Ini Raih Pujian...

Padah Bila Bawa Anak2 Tengok Malbat Misi Bakara,Semangat Adik2 Ini Raih Pujian Netizen

0

Sekarang ini kecoh di mana-mana tentang filem di pawagam yang penuh dengan aksi iaitu Malbatt : Misi Bakara.
MALBATT: Misi Bakara merupakan sebuah filem aksi perang ketenteraan Malaysia 2023 yang diarahkan, diterbitkan dan ditulis oleh Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari. Ia berdasarkan dari kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2023 di Malaysia dan Singapura.

malbat

Ramai yang sudah melihat filem ini dan masing-masing memberikan rating yang tinggi. Selain daripada itu, dapat dilihat semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda terutamanya setelah melihat filem ini. Menerusi klip video yang tular di tiktok @megat_nakashima, dapat dilihat situasi di kawasan perumahan di mana dua orang anak kecil menaiki kereta kebal buatan ayahnya sendiri. Di ruangan komen ramai yang kagum dengan binaan ayahnya itu selain memuji semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak tersebut.

“Luar biasa terbaik.. Pakcik tabik kat anak anak ni… Mmg semangat.. Nanti boleh jadi macam pakcik bertempur di Bakara dulu… Sunray Callsign 22.”

“Bapaknyer mesti kreatif ala Mcgyver ni”

“Wowwww terbaik la. Moga korg berdoa jd perwira negara”

“padu la, terbaik org tuanya melayan kerenah anak…”

Dapat dilihat juga artis seperti hairul azreen sendiri meninggalkan komen pada video tersebut.

“Terbaik HABIS”

Baca juga : Bila Pertama Kali Masuk Televisyen, Gelagat Hairul Azreen Di Set Berita Buat Ramai Terhibur

Baca juga : Bila Anak Sekolah Cina, Gelagat Ayah Ini Yang Semangat Menyanyi Buat Netizen Terhibur

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@zaraleo81 : Hihihi comel je…kalo auntie naik habis bersepai tayar

@Rin Honey Comma : seronok tngk budak² main mcm ni… lagi bagus drpd kerap tngk telefon je

@Longkaimelayu20 :APC ni patut msk perbarisan kt putrajaya..

@siti hazimin : nasib anak saya dh Umur 13 tahun .. kalau tak mcm ni lh jadi nya..tahniah encik…

@ekin_|MultiViralTikTokShope : anak acik dah nangis nangis ni suruh buat kereta kebal jugak…

@ctmaz73 : wow! hebat adik..ni kalu team MALBAT tgk ni dicariknya bdk2 ni

@Linda Yusof : Perghhh mmg Kreatif & Terbaik..Klu la muat, acik pun teringin nak naik nak oiii

@inamulsyafminm : Terbaik lah sebijik apc cam dalam malbat misi bakara

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram