Home Entertainment 8 Fakta Watak Rowoon SF9 Dalam Destined With You

8 Fakta Watak Rowoon SF9 Dalam Destined With You

0

Rowoon SF9 diberi kepercayaan untuk membawa watak utama dalam drama siri Korea Selatan terbaru iaitu Destined with You bersama dengan Jo Bo Ah.

Rowoon SF9 membawa watak sebagai seorang lelaki yang hampir sempurna dalam segala sudut dan perkara. Namun, hidupnya sebenarnya tidak sehebat dan sebaik yang dilihat oleh mata orang ramai, jejaka ini mendapat satu sumpahan keluarga yang sangat sukar untuk disembuhkan dan seolah-olah tiada penawar.

Bagaimanakah sebenarnya watak yang dibawa oleh si kacak Rowoon SF9 dalam drama siri Destined with You ini?

Jom sama-sama kita baca lapan fakta watak dan peranan yang dibawa oleh Rowoon SF9 dalam drama siri terbaru ini. Peminat Rowoon SF9 sudahkah anda bersedia?

 

 

Rowoon
1. Rowoon SF9 melakonkan watak yang bernama Jang Shin Yu. Dia adalah seorang peguam di sebuah firma undang-undang yang terkenal

 

 

ceaafe2e 0d56 4eba 87cc a542aff6676e IMG 2747 b2fe0f61 85ab 4161 841a ccf7ba2b17e0
2. Kerjayanya sebagai peguam memang bukan calang-calang dan tidak dapat diragukan lagi. Dia terkenal kerana mampu memenangi pelbagai kes yang ditanganinya

 

 

af4c149b eecc 4a86 8b84 ff85b991a2ba
3. Selain mempunyai karier yang bagus, Jang Shin Yu juga berasal dari keluarga yang dipandang tinggi. Ibu bapanya juga sangat mengambil berat tentang dirinya

 

 

91a26799 0149 42ad a525 44304691cf8e 1 a76a101e 1b93 446c 9bf6 287ee1da7ef7
4. Malangnya, Jang Shin Yu menderita sejenis penyakit yang dikutuk dari turun-temurin, sebuah sumpahan keluarga yang sangat sukar untuk dihilangkan. Sumpahan itu sangat mengganggunya

 

 

0b50dfb9 3d7c 47e6 9d76 11144f7bc8b3
5. Akibat sumpahan tersebut keadaan Jang Shin Yu semakin memburuk, tangannya kelihatan menggeletar apabila memegang sesuatu

 

 

aba75a93 0e63 4bd4 aa43 52f021e941c0
6. Doktor mengatakan bahawa Jang Shin Yu akan mengalami stroke dan lama-kelamaan tidak akan bisa berbicara dengan baik

 

 

aedeb4e9 eb49 42ce 9938 557afab9af9e
7. Untuk menghilangkan sumpahannya, dia perlu meminta bantuan Lee Hong Jo (Jo Bo Ah) yang merupakan pemilik buku lama yang mengandungi mantra penyembuhan

 

 

9c904fe2 a54a 455f a64c f54518616cbb 1
8. Untuk menyembuhkan dirinya, Jang Shin Yu memutuskan untuk pindah bekerja ke Bandar Onju tempat Lee Hong Jo bekerja apabila mendapat tawaran kerja di sana

Kisah perjuangan Jang Shin Yu untuk menghilangkan sumpahan keluarga yang ada pada dirinya cukup menarik untuk diikuti. Selain itu, hubungan romantik antara dia dan Lee Hong Jo akan membuat para penonton tersenyum sendiri.

Baca lagi: 7 Bintang KPop Sebagai Watak Utama Untuk Kdrama JTBC 2023
Baca juga: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023
Baca lagi: 10 Kdrama Terbaru Tayang September 2023