Home Artis Korea 10 Pelakon Popular Ini Bintangi Kdrama Hits Penulis Park Jae Bum

10 Pelakon Popular Ini Bintangi Kdrama Hits Penulis Park Jae Bum

0

Mungkin anda sudah tidak asing lagi dengan kdrama popular Vincenzo. Penulis skrip drama hits tersebut adalah Park Jae Bum. Dia selalu menyelitkan isu sosial dalam karya-karyanya, ditambah dengan elemen komedi gelap dan aksi yang menambah kemeriahan cerita.

Park Jae Bum juga terkenal melalui kdrama bertemakan medikal, seperti Good Doctor, God’s Quiz, dan Blood. Ramai artis yang tidak dapat dilupakan apabila mendapat watak dalam drama karya Park Jae Bum tersebut.

Contohnya sepeti nama-nama pelakon Korea di bawah ini yang pernah membintangi kdrama siri hits dari penulis Park Jae Bum. Siapakah mereka?

 

1. Nam Goong Min dalam Good Manager (2017)

KdramaDrama bergenre bussines comedy, Good Manager menampilkan Nam Goong Min sebagai pelakon utamanya. Nam Goong Min membawa watak sebagai pengurus Kim yang sangat bersemangat,. Dia digambarkan sebagai seorang akauntan berbakat yang ingin membanteras pegawai-pegawai tinggi yang mengamalkan rasuah di syarikat besar TQ Group.

 

2. Lee Jun Ho dalam Good Manager (2017)

eb676787 298a 4d6d bb68 1c7e3bd4e02eMasih dalam drama siri Good Manager, pelakon Lee Jun Ho juga membawa watak sebagai watak utama yang bernama Seo Yul. Dia merupakan pendakwa raya berjaya yang bertanggungjawab perihal kewangan di TQ Group. Wataknya juga digambarkan sangat tajam, karismatik, dan juga bercita-cita tinggi.

 

3. Joo Won dalam Good Doctor (2013)

e60a7fc3 26ba 48f4 a90c 0700ad2a94ebHasil lakonannya sebagai Park Shi On, seorang doktor bedah genius yang menghidap autistik dalam drama medika Good Doctor, Jo Woon berjaya meraih empat anugerah berprestij di KBS Drama Awards 2013. Senarai anugerah tersebut adalah Top Excellence Awards, PD Awards, Netizen’s Award, dan Best Couple Award untuk keserasian semulajadi antara dia dan Moon Chae Won.

Bukan hanya berjaya di Korea Selatan sahaja, Good Doctor juga menarik hati para peminat KDrama dari pelbagai negara. Bahkan, drama medikal yang ditulis oleh Park Jae Bum ini telah dibuat remake oleh negara Cina, Jepun, dah juga Amerika.

 

a330b809 86a8 44ca a375 6273317bbc6f4. Jo Sang Wook dalam Good Doctor (2013)
Selain Jo Woon, pelakon Jo Sang Wook juga membintangi drama siri Good Doctor. Drama tersebut mengisahkan tentang seorang doktor bedah genius bernama Park Shi On yang menghidap sindrom Savant. Sindrom tersebut membuatkan umur mentalnya seperti kanak-kanak berusia 10 tahun dan membuatnya susah untuk bersahabat.

Jo Sang Wook membawa watak sebagai pakar bedah kanak-kanak bernama Kim Do Han, rakan Park Shi On yang selalu berdebat dengannya mengenai kes perubatan. Pelakon yang dilahirkan pada 1978 ini juga berjaya membawa pulang trofi Excellence Award di KBS Drama Awards 2013 untuk wataknya dalam drama tersebut.

 

5. Ryu Deok Hwan dalam God’s Quiz (2010), God’s Quiz 2 (2011), God’s Quiz 3 (2012), dan God’s Quiz 4 (2014)

ffa2ae15 a10c 4d4d a880 595ed4ce7c39Sebelum berjaya dengan Good Doctor, Park Jae Bum juga pernah menulis skrip drama medikal lain yang berjudul God’s Quiz. Drama ini mengisahkan tentang seorang doktor genius Korea yang bernama Han Ji Won (Ryu Deok Hwan). Selain menjadi doktor, dia juga memegang jawatan sebagai ketua jabatan pasukan dalam penyiasatan salah laku medikal, setelah banyak kejadian aneh dan kematian misteri di hospital tempatnya bekerja.

Drama medikal yang dibaluti misteri ini ditayangkan OCN dengan jumlah empat musim. Untuk musim pertama God’s Quiz, telah ditayangkan pada 8 Oktober 2010.

 

6. Ahn Jae Hyun dalam Blood (2015)

e5e0f148 044c 4957 a2fa af0e5c91e96eSebuah lagi drama medikal yang ditulis oleh Park Jae Bum ialah Blood yang dilancarkan pada tahun 2015. Drama siri yang menggabungkan unsur supernatural ini mengisahkan tentang seorang pakar bedah di Hospital Kanser Taemin, dimana dia memiliki identiti rahsia sebagai vampire.

Ahn Jae Hyun diberi kepercayaan untuk membawa watak Park Ji Sang, vampire yang juga merupakan doktor yang genius. Walaupun dilihat sangat dingin dan tidak mempunyai perasaan, Park Ji Sang sebenarnya mempunyai hati yang lembut. Dia rela menyimpan rasa haus darahnya untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

 

7. Kim Nam Gil dalam The Fiery Priest (2019)

d7dbeacb 2616 43d0 abf0 8d48bde6f22dKdrama komedi penyiasatan ini mengisahkan tentang seorang pendeta bernama Kim Hae Il (Kim Nam Gil) yang selalu berubah-ubah mood. Dia bertemu dengan seorang detektif pengecut dan pendakwa raya melalui satu kes pembunuhan. Kedua-duanya perlu bekerja sama untuk menyiasat kes kematian seorang pastor senior.

Hasil penampilannya dalam The Fiery Priest, Kim Nam Gil meraih Anugerah Daesang pertamanya di SBS Drama Awards 2019. Lakonannya sebagai pastor menjadi salah satu watak ikonik yang pernah dimainkan oleh Kim Nam Gil.

 

8. Song Joong Ki dalam Vincenzo (2021)

8857e3ba c619 46fc a680 148cb1551dbeSiapa yang tidak kenal peguam mafia Itali ini? Vincenzo Cassano merupakan salah satu watak paling ikonik untuk Song Joong-ki dalam drama Korea. Drama yang juga mengusung tema penyiasatan komedi ini sewaktu penayangannya telah berjaya meraih rating tinggi hingga menaikkan nama para pelakonnya.

 

9. Taecyeon dalam Vincenzo (2021)

KdramaSelain Song Joong Ki, pelakon popular Taecyeon 2PM juga membintangi kdrama Vincenzo sebagai pelakon utama. Dia membawa watak sebagai Jang Jung Woo, seorang pelatih Firma Guaman Wusang dari Amerika. Sebenarnya Jang Jung Woo merupakan CEO Babel Group sebenar yang bernama Jang Han Seok.

Jang Han Seok merupakan villain utama untuk drama Vincenzo. Karakternya digambarkan sebagai pemimpin Babel Group yang keji dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai keinginannya.

 

10. Kwak Dong Yeon dalam Vincenzo

c965e1bf 86c4 42d0 a0b9 1363f21e117eKwak Dong Yeon juga membintangi drama popular karya Park Jae Bum, Vincenzo. Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1997 ini berlakon sebagai Jang Han Seo. Sia merupakan bos boneka Babel Group yang juga merupakan adik tiri Jang Han Seok. Walaupun wataknya juga keras, tetapi Jang Han Seo selalu berada di bawah tekanan abangnya.

Semua sepuluh pelakon di atas pernah membintangi drama karya penulis skrip popular Park Jae Bum. Penulis skrip ini dikenali dengan kualiti cerita dan watak-watak unik dalam dramanya. Bukan hanya itu sahaja, drama karyanya juga selalu meraih kejayaan besar hingga dibuat remake banyak negara.

Baca lagi: 8 Fakta Watak Rowoon SF9 Dalam Destined With You
 Baca juga: 10 Kdrama Terbaru Tayang September 2023