Home Kdrama/Kmovie Drama Korea The Winning Try, Pertarungan Pasukan Ragbi Paling Lemah Menentang Musuh dari Luar...

The Winning Try, Pertarungan Pasukan Ragbi Paling Lemah Menentang Musuh dari Luar dan Dalam

0

Drama Korea “The Winning Try” muncul sebagai salah satu drama berlatarkan drama berlatarkan dunia sukan yang ditayangkan pada tahun ini. Kisahnya berpusat di Sekolah Menengah Olahraga Hanyang, yang pasukan ragbinya dilabel sebagai pasukan paling lemah selama beberapa tahun berturut-turut.

Gelaran itu bukan tanpa sebab — setiap kali bertanding, mereka sering tewas dengan keputusan yang memalukan. Akibatnya, tidak ada lagi pelajar yang berminat untuk menyertai pasukan tersebut.

IMG 5524

Keadaan menjadi semakin sukar apabila ramai pihak mahu menyingkirkan terus pasukan ragbi itu daripada sekolah. Namun, segalanya berubah dengan kemunculan seorang jurulatih baharu, Ju Ga Ram (lakonan Yoon Kye Sang).

Walaupun kehadirannya membawa harapan, musuh-musuh tetap mencari jalan untuk menjatuhkan pasukan kerana Ju Ga Ram pernah terpalit dengan skandal, sehingga dianggap mencemarkan imej sekolah. Inilah yang menjadikan konflik drama ini semakin tegang.

Berikut adalah tujuh watak antagonis dalam “The Winning Try” yang pasti membuat penonton geram dan beremosi:

 

Winning try
1. Seong Jong Man (Kim Min Sang) – menggunakan kuasa sebagai penolong pengetua untuk menyingkirkan pasukan ragbi, malah tidak segan memanipulasi jurulatih.
273c62c5 0927 493f 894e 84627ff2d482
2. Na Gyu Won (Jang Hyuk Jin) – ketua jabatan pendidikan yang menyalahgunakan kedudukan demi kepentingan anaknya sebagai atlet.
1b2a14a6 a6bc 4772 a485 c1b86ffbd7c5
3. Jeon Nak Gyun (Lee Sung Wook) – orang kanan Seong Jong Man, gemar menindas bawahan dan berusaha menjilat demi menjatuhkan pasukan ragbi.
cd305cd4 eb02 4aef 8871 51e5e6554bf4
4. Bang Heung Nam (Jung Soon Won) – pada asalnya baik, namun demi mencari perhatian Seong Jong Man, beliau menentang pasukan ragbi. Sikapnya yang tidak tetap pendirian benar-benar menjengkelkan.
39998cdd a739 42a7 92eb 37bfc159f71b
5. Kim Min Jung (Song Young Kyu) – memilih berpindah sekolah kerana enggan namanya tercemar dengan reputasi buruk pasukan ragbi.
b9e4b8f0 461c 4e3d 85a2 8e5e730e40df
6. Kim So Hyun (Jo Yeon Hee) – bekas atlet menembak kebangsaan yang menekan anaknya untuk mencapai kejayaan, tanpa peduli perasaan anak itu sendiri.
2ba56e80 5b52 4993 93d4 5c5a6bc5ad9e
7. Na Seol Hyun (Sung Zi Young) – anak Na Gyu Won yang sering memperkecilkan jurulatih kerana yakin dengan pengaruh dan kuasa bapanya.

Watak-watak antagonis ini hanya mementingkan diri sendiri dan sanggup menyingkirkan pasukan ragbi tanpa memikirkan masa depan para pelajar yang memiliki bakat. The Winning Try bukan sahaja memaparkan perjuangan di padang, tetapi juga perjuangan melawan ketidakadilan dan kuasa yang menekan.

Jika anda menonton, watak manakah yang paling membuat anda beremosi dalam drama “The Winning Try” ini?

Baca lagi: 12 Drama Korea Bertema Idol yang Menggambarkan Mimpi, Cinta dan Harga Populariti
Baca juga: The Winning Try, Kisah Bangkit Semula Bekas Atlet Ragbi Korea yang Musnah Kerana Skandal Dadah
Baca juga: Semangat Juang dan Cinta di Lapangan Sukan, 3 Drama Korea 2025 Bertemakan Dunia Kejurulatihan