Home Entertainment The Secret Romantic Guesthouse Bakal Menemui Peminat Mac Ini

The Secret Romantic Guesthouse Bakal Menemui Peminat Mac Ini

0
Pelakon cantik jelita Shin Ye Eun pada tahun lalu telah mencuri perhatian dalam drama siri Revenge of Others dan The Glory, kini si cantik manis ini bakal kembali menyapa para peminat melalui Kdrama terbaru lakonannya pada tahun ini.

0C6519B8 B122 448F 836F B8D3F9B89C1A

Berikut merupakan beberapa keping gambar watak yang dilakonkan oleh para pelakon dan pandangan setiap pelakon mengenai drama terbaru yang bertajuk The Secret Romantic Guesthouse, drama baru yang sememangnya dinanti-nantikan peminat.
Drama yang sebelumnya dikenal dengan beberapa judul termasuk The Love Story of Flower Scholars, Flower Scholars’ Love Story, dan Romantic Guest House ini adalah drama baru SBS yang akan ditayangkan pada 20 Mac 2023 ini.
Dalam drama sejarah romantik misteri ini, Shin Ye Eun bergandingan dengan Ryeo Woon, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo.
Shin Ye Eun membawa watak pemilik rumah tamu Yihwawon, sementara Ryeo Woon, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo akan membawa watak tiga cendekiawan yang menawan. Oh Man Seok, Han Chae Ah, In Gyo Jin, Lee Mi Do, Lee Joon Hyuk, Hyun Woo, dan Hwang Bo Reum Byeol juga berlakon dalam drama ini sebagai pelakon pembantu.

 

1. The Secret Romantic Guesthouse adalah drama romantik misteri terbaru yang akan ditayangkan di SBS. Shin Ye Eun akan membawa watak sebagai Yoon Dan Oh iaitu seorang wanita yang menguruskan sebuah rumah penginapan yang diberi nama Yihwawon. Para tetamu di rumah tumpangan miliknya kebanyakannya terdiri daripada para sarjana, termasuklah tiga orang cendekiawan yang menyimpan banyak rahsia.
7114981E E06C 4483 B987 A834CF3156A6
2. “Semua watak memiliki karakter yang jelas dan drama ini secara keseluruhannya menggabungkan pelbagai genre. Saya rasakan drama ini akan menjadi sangat menarik dan merangkumi seluruh ruang lingkup yang boleh saya ekspresikan,” kata Shin Ye Eun mengenai drama terbarunya ini.
3. Ryeo Woon akan membawa watak salah seorang daripada tiga cendekiawan tampan yang bernama Kang San. Kang San adalah seorang pemuda yang sangat berkarisma dan berdikari, dia adalah seorang sarjana yang mempelajari seni pertahanan diri. Walau dari segi luaran dia kelihatan sangat serius, Kang San sebenarnya mempunyai hati yang lembut.

318A87CC 2DC4 4E78 BBA1 09DAE58C5C03

4. “Walaupun saya merasa tertekan kerana ini adalah drama sejarah pertama saya, tetapi setelah membaca skrip, saya terus jadi tertanya-tanya dan ingin tahu mengenai karakter Kang San. Saya rasa karakter tersebut mempunyai banyak persamaan dengan saya dan saya benar-benar merasakan pesonanya,” kata Ryeo Woon mengenai drama ini.
5. Sementara itu, Kang Hoon akan membawa watak sebagai Kim Si Yeol iaitu seorang sarjana seni yang penuh semangat. Walaupun kelihatan seperti seorang pemalas yang suka main-main dan menjalani kehidupan santai, tetapi Kim Si Yeol sebenarnya adalah seorang yang berani yang selalu melawan ketidakadilan.

26F2897B 13D5 463D 8C52 7654689BD655

6. “Skrip drama ini sangat menyenangkan dan semua watak mempunyai kekuatan masing-masing. Saya rasa karakter Kim Si Yeol juga sangat menawan.” kata Kang Hoon mengenai The Secret Romantic Guesthouse.
7. Tidak ketinggalan Jung Gun Joo yang akan membawa watak sebagai Jung Yoo Ha. Dia adalah seorang sarjana yang sensitif dan pintar, tetapi menyimpan seribu luka emosi dalam hatinya. Walaupun menyimpan rasa sakit dan kesedihan, Jung Yoo Ha adalah cendekiawan yang mempunyai tekad dan semangat yang kuat.

25F7D82B 2CC9 49B0 9C4D 90BF8B2CEB25

8. “Salah satu genre yang selalu ingin saya cuba adalah drama sejarah. Jika dilihat dengan lebih dekat, Jung Yoo Ha memiliki sisi yang sangat lembut dan saya benar-benar ingin menggambarkan aspek itu dari dirinya,” kata Jung Gun Joo mengenai drama terbarunya ini.
Demikian beberapa gambar para pelakon dan sesi soal jawab sewaktu mempromosi drama The Secret Romantic Guesthouse, drama sejarah baru ini menampilkan Shin Ye Eun, Ryeo Woon, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo. Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana agaknya jalan cerita dan lakonan setiap pelakon dalam drama siri ini. Nantikan tayangannya pada bulan Mac ini!
Baca Lagi: 5 Kdrama Yang Menggamit Nostalgia
Baca Juga: Red Balloon Episod Akhir Puas Hati atau Sakit Hati?