Home Entertainment 10 Artis Korea Umum Kehamilan Sebelum Berkahwin

10 Artis Korea Umum Kehamilan Sebelum Berkahwin

0
Sepertinya sudah menjadi lumrah bagi berberapa orang artis korea untuk mengumumkan kehamilan sebelum berkahwin, budaya sama seperti orang barat dan selebriti Hollywood lain.
Song Joong Ki baru-baru ini juga mengumumkan kehamilan pasangannya, Katy Louise Saunders. Setelah khabar kehamilan tersebut, tidak lama selepas itu biasanya para artis Korea juga akan mengumumkan rancangan perkahwinan mereka.
Walaupun setiap pengumuman mereka akan membuatkan para peminat terkejut, ramai juga kalangan peminat yang menyambut pengumuman tersebut dengan gembira. Selebriti korea memang terkenal cukup tertutup dan berahsia berhubung kehidupan peribadi mereka. Perkara peribadi seperti hubungan istimewa ataupun kisah keluarga, biasanya jarang mereka kongsikan kepada umum dan para peminat.
Namun, beberapa orang selebriti merasakan lebih selesa berkongsi hal peribadi dengan para peminat. Artis- artis korea ini mengumumkan kehamilan sebelum berkahwin, siapakah mereka?

1. Park Shin Hye dan Choi Tae Joon
102ED8BC 6408 4BD4 BD55 FA68465BEDE7

Pasangan artis ini mengumumkan rancangan perkahwinan mereka setelah menjalin hubungan asmara selama lebih kurang empat tahun. Bukan itu sahaja, Park Shin Hye juga dikhabarkan sedang hamil sewaktu meraikan majlis perkahwinnannya. Kedua-duanya meraikan majlis perkahwinan secara tertutup pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki selepas empat bulan mengikat tali perkahwinan.


2. Bobby iKON

0FC9C775 1665 4971 A1D3 D4DEF0B5B7B1

Berita mengenai perkahwinan Bobby iKON sangat menggeger para peminat. Seiring dengan berita perkahwinannya, rapper iKON ini juga mengumumkan bahawa dirinya bakal menjadi seorang bapa.

3. Chen EXO
BACB81BA 12A0 4C47 9149 8B502C04C4E0

Pada awal tahun 2020, Chen EXO telah membuat ramai peminat patah hati dengan berita perkahwinannya sekaligus kehamilan bakal isterinya. Kini bintang idol bersuara merdu ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata dari perkahwinannya tersebut.

4. Minhwan dan Yulhee
69C81ECD 6ED3 43E8 A0FA F58CF32C5A78

Kedua-duanya adalah bintang idol K-Pop yang popular, pasangan yang berkahwin pada usia muda ini juga sempat mengejutkan para peminat dengan berita kehamilan Yulhee. Kini keduanya muncul dalam acara KBS, Mr. House Husband dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.

5. Song Joong Ki

2DD15FB9 39AA 4080 9E2B AED95A830D33

Pasangan yang sebelum ini kantoi dengan para peminat dan media apabila dilihat bersama di Bali ini juga baru saja mengumumkan perkahwinan pada 30 Januari 2023 lalu. Malah pelakon ‘Reborn Rich’ ini juga mengumumkan bahawa Katy sedang mengandung anak pertama dan kini pasangan suami isteri ini sedang menunggu kehadiran cahaya mata mereka.

6. Ali
C459EC86 A95B 4D7D A497 4D888F9260B2

Ali penyanyi ternama Korea Selatan ini memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang bukan dari golingan selebriti pada tahun 2019, berita perkahwinan dan kehamilan Ali juga tutut membuat ramai orang terkejut.

7. Heo Min dan Jung In Wook

C0598E17 19BA 4F86 81B1 8C6A6906F0A0

Sewaktu berkahwin dengan Jung In Wook, Heo Min sedang hamil 6 bulan. Pasangan artis komedi dan pemain baseball ini berkahwin pada tahun 2017.

8. Soyul dan Moon Hee Jun

E2FD0598 05E7 41EF A662 F94E6A95382C

Moon Hee Jun dan Soyul juga pernah mengejutkan peminat dengan khabar perkahwinan mereka yang boleh dikatakan secara tiba-tiba. Kini pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel dan mereka turut tampil dalam acara ‘The Return of Superman’ pada tahun 2019-2020.

9. Park Hwanhee
EEB20260 B673 4CE4 9846 7573105257FB

Pelakon yang dikenali melakui wataknya dalam drama ‘Jirisan’ ini juga diketahui sedang hamil sewaktu berkahwin pada tahun 2011. Park Hwanhee berkahwin dengan rapper Vasco, namun keduanya memutuskan untuk bercerai 15 bulan selepas perkahwinan mereka.

10. Park Myungsoo

B5CA5249 4BC4 4EDC B824 030F4A013A73Pelakon komedi popular ini juga mengumumkan kehamilan pasangannya sebelum mendirikan rumah tangga. Park Myungsoo berkahwin dengan seorang doktor, kini Park Myungsoo telah dikurniakan seorang anak perempuan dan sering berkongsi gambar-gambar anak kesayangannya di media sosial.
Baca Lagi: The Secret Romantic Guesthouse Bakal Menemui Peminat Mac Ini
Baca Juga: 5 Kdrama Yang Menggamit Nostalgia