Home Entertainment 5 Kdrama Yang Menggamit Nostalgia

5 Kdrama Yang Menggamit Nostalgia

0
Drama-drama dari Korea Selatan menjadi salah satu hiburan masyarakat dunia yang sehingga ke hari ini masih disukai dan diminati. Gelombang Kdrama bermula pada awal tahun 2000 apabila munculnya drama siri paling fenomenal seperti Winter Sonata dan juga Autumn in My Heart.
Selain dua Kdrama yang sememangnya menjadi ingatan buat ramai peminat Kdrama ini, terdapat banyak lagi kisah drama Korea setiap bulan yang selalu muncul buat tontonan semua peminat. Setiap Kdrama memaparkan pelbagai kisah dengan bermacam genre dari genre drama, aksi, timantik hingga thriller.
Drama Korea Selatan dapat ditonton melalui layanan Over The Top (OTT) sehingga peminat dijamin tidak akan kehabisan bahan tontonan. Sejumlah Kdrama benar-benar memberi impak dan menjadi ingatan sehingga sekarang.

Jom kita lihat senarai beberapa Kdrama yang pernah menjadi bualan dan kini mengganit nostalgia kenangan lama setiap kali kita menonton kembali drama-drama siri ini.

1. Full House (2004)
D81B32FC 13A8 492B 8D69 798E98A41BAA

Full House menceritakan tentang kisah kahwin kontrak yang benar-benar meletup pada waktu itu. Drama siri yang dibintangi Song Hye Kyo dan Rain tersebut malah telah di-remake ke dalam beberapa beberapa versi hingga ke negara-negara seperti Thailand, Filipina, Taiwan, dan Vietnam. Kdrama Full House sebanyak 16 episod ini masih boleh ditonton di iQIYI, Viu, dan juga Netflix.

2. Princess Hours (2006)

AB2D89C5 44BE 42EB 8CCB E1012470865CKdrama Princess Hours boleh ditonton berulang-ulang di platform Viu. Kisah mengenai Putera Mahkota Lee Shin mencari jodoh sebelum mewarisi takhta ayahnya menjadikan Kdrama Princess Hours sangat mengasyikkan untuk ditonton. Khabarnya Princess Hours bakal membuat tayangan ulang tahun istimewa dan bakal dikeluarkan oleh syarikat produksi Group8 dan dijadualkan tayang pada separuh kedua 2024.


3. Coffee Prince (2007)

A8D9931B 1CA8 4DD5 9F46 FA6811AF8087

Kdrama Coffee Prince telah memperkenalkan Gong Yoo dan Yoon Eun Hye hingga nama mereka dikenali seperti sekarang. Drama siri ini menceritakan tentang pemilik cafe yang jatuh cinta kepada pekerjanya. Coffee Prince ditayangkan di Netflix, WeTV, serta VIU.

4. Boys Over Flowers (2009)

D3E28CEE 4F6E 4F4B 8542 C43C5BD8424D

Sementara itu, Boys Over Flowers juga merupakan Kdrama yang wajib ditonton dan akan membuat peminat dan penonton setia bernostalgia. Siri drama ini boleh ditonton di iQIYI, Netflix, VIU, dan Bilibili TV, kisah gadis miskin yang bertemu empat lelaki tampan dan kaya raya di sekolah terkenal. Lee Min Ho dan Goo Hye Sun membawa watak utama juga menjadi faktor mengapa Kdrama ini wajib ditonton sekali lagi.


5. Secret Garden (2010)

4758B863 A489 401D AEE3 EABF48CCD349

Senarai terakhir kita adalah drama Secret Garden yang menampilkan Hyun Bin sebagai bintang utama. Peminat Kdrama Crash Landing On You (2019) tentu ingin mengetahui bagaimana lakonan Hyun Bin pada tahun 2010 bukan? Kdrama ini boleh ditonton di Viu, iQIYI, dan Netflix. Kdrama ini mengisahkan tentang Joo Won dan Ra Im yang saling bertukar tubuh selepas mereka mengambil minuman keras dari seorang individu misteri.
Itu sahaja senarai kita buat masa ini, jadi antara 5 Kdrama yang tersenarai, mana satukah Kdrama yang paling menggamit nostalgia bagi anda?
Baca Lagi: 7 Pelakon Korea Tampil Berkulit Gelap Demi Watak
Baca Juga: Duty After School Kdrama Terbaru Kisah Pelajar Sekolah Menentang Alien