Home Entertainment Red Balloon Episod Akhir Puas Hati atau Sakit Hati?

Red Balloon Episod Akhir Puas Hati atau Sakit Hati?

0

Kisah suami curang dan kawan baik tikam belakang benar-benar menghiris hati para penonton. Ketika hati merasa kesian dengan watak yang dianiaya dan dicurangi, timbul pula persoalan patutkah dia dicurangi?

C61A8112 3F87 40E0 8007 CC84663C3D0C F971140B 6D9C 49E1 8B68 FDCC632E3388

Tanggungjawab terhadap rumah tangga yang diletakkan ketepi kerana mengejar kerjaya kadang-kadang membuatkan pasangan rasa terabai dan tidak disayangi. Tapi adakah curang menjadi pilihan utama yang dibolehkan? Bagaimana pula menghadapi situasi keluarga mertua yang toksik dengan ahli keluarga yang tidak pernah memahami?

C5DB81B7 FDD3 450C A871 D355E5FB412D

Drama siri Red Balloon merungkai banyak persoalan dan permasalahan hidup yang kadang kala memang simbolik dengan kehidupan dan tekanan masyarakat masa kini.
Drama Korea ‘Red Balloon’ memasuki episod terakhir pada minggu akhir, 26 Februari 2023. Siri televisyen Korea Selatan ini dibintangi oleh Hong Soo-hyun, Seo Ji-hye, Lee Sang-woo dan Lee Sung-jae.
BAED416B D086 4A55 8E0D 40CDB9B4B855Sepanjang penayangan, ‘Red Balloon’ berjaya memukau perhatian para penonton. Jalan cerita yang banyak liku dan sarat konflik hampir ditonjolkan dengan baik oleh setiap karakter, Kdrama ini ternyata mampu menempa kedudukan rating tertinggi iaitu kira-kira 10.2 peratus menjelang akhir tayangannya.
Bagaimanakah perselisihan akhir antara watak utama Han Ba Da (Hong Soo-hyun) dan Cho Eun Kang (Seo Ji-hye)? Setelah mengetahui kelakuan buruk Eun Kang, Ba Da memilih untuk memutuskan tali persahabatan antara dirinya dan Eun Kang.
Dia mencuba untuk membaiki keadaan dengan melibatkan seluruh anggota keluarga suaminya. Apakah Ba Da berhasil membalas dendam yang kian bersarang? Atau Eun Kang bakal berhasil merebut kedudukan Ba Da ?

5748ADA8 5ACA 4B46 B5F6 D59EB4114EAC

B32130D7 61C4 412F 967F 452FD1BA1668‘Red Balloon’ menceritakan tentang persahabatan antara Ba Da dan Eun Kang. Berbeza dengan Ba Da, Eun Kang berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Dia tinggal bersama orang tuanya, adik dan pakciknya dalam sebuah rumah sederhana. Awalnya persahabatan mereka baik-baik saja, hingga timbul rasa iri dalam hati Eun Kang. Dia berusaha menggoda suami Ba Da,iaitu Go Cha Won (Lee Sang-woo) hingga akhirnya terjadilah sebuah kecurangan yang menghancurkan hati Ba Da.
Kisah cinta tiga segi dan gambaran setiap karakternya sangat memancing emosi dan membuatkan drama TV Chosun ini kian popular. Drama yang diarahkan oleh Jin Hyung Wook dan ditulis oleh Moon Young Nam ini memiliki 20 episod semuanya. ‘Red Balloon’ juga dibintangi oleh Lee Sung-jae dan Jung Yoo-min yang berperan sebagai Cho Eun San, adik Eun Kang.

444CCA7B 0CE2 4C3C 92E0 69E7A5F1E9B4Jadi bagaimanakah pengakhiran kisah Red Balloon pada pendapat anda yang sudah menontonnya? Makan hati atau puas hati?

CBEEB6B2 B2DC 4499 BA68 BAA01D48EF2B 43079D75 B91E 4A17 AEE9 782EE4F653CA

Baca Lagi: Senarai Kdrama Lakonan Hong Soo Hyun Selain Red Balloon
Baca Juga: Aura Park Seo Joon Dalam Setiap Penampilannya