Home Entertainment Senarai Kdrama Lakonan Hong Soo Hyun Selain Red Balloon

Senarai Kdrama Lakonan Hong Soo Hyun Selain Red Balloon

0

Pelakon cantik dan manis Korea Selatan kini sedang hangat menjadi tumpuan kerana membintangi drama bersiri Red Balloon. Hong Soo Hyun menyambut ulang tahunnya yang ke-42 baru-baru ini pada hari Rabu yang lepas iaitu 15 Februari 2023.

31BF46E7 F44A 4AE2 9957 F35ED674F02F

Pelakon berbakat besar ini sememangnya laku dalam industri lakonan dan hiburan di Korea Selatan. Si jelita ini telah membintangi banyak drama bersiri dan kebanyakan drama lakonannya mendapat sambutan yang hangat.

Bintang tersohor ini lahir pada 15 Februari 1981 dan Hong Soo Hyun sudah mempamerkan kemampuan lakonannya dalam banyak drama hits termasuk The Princess’ Man, Goodbye Dear Wife, Jang Ok Jung, Mad Dog, dan banyak lagi. Terkini dia membintangi drama Red Balloon dan Our Blooming Youth.

Jom kita soroti beberapa drama bersiri yang dibintangi oleh Hong Soo Hyun yang sememangnya wajib tonton!

 

 

1.) The Rich Son (2018)

9B78162F 738A 4127 A444 D5A9EE4246D3

Hong Soo Hyun turut membintangi drama siri kekeluargaan MBC yang mempunyai 100 episode pada tahun 2018. Drama yang bertajuk The Rich Son ini juga dibintangi oleh Kim Ji Hoon, Kim Joo Hyun, Lee Gyu Han, dan ramai lagi. Kim Ji Hoon membawa watak sebagai Lee Gwang Jae iaitu anak dari keluarga kaya raya.

Dia berusaha melunasi hutang yang ditinggalkan oleh ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia. Kim Joo Hyun melakonkan watak sebagai Kim Young Ha, wanita yang membantu Lee Gwang Jae pada setiap langkah pemuda itu. Hong Soo Hyun memegang watak sebagai Kim Kyung Ha.

2.) Cheat on Me If You Can (2020-2021)

96444DA8 5892 4C51 A177 AC2C91A0FC27Cheat on Me If You Can adalah drama siri popular lakonan Hong Soo Hyun pada tahun 2020-2021, dia bergandingan dengan Jo Yeo Jeong, Go Joon, Kim Young Dae, Yeon Woo, dan ramai lagi. Drama siri ini menampilkan Jo Yeo Jeong sebagai penulis novel genre misteri pembunuhan yang bernama Kang Yeo Joo.

Dia berkahwin dengan seorang peguam penceraian bernama Han Woo Sung (Go Joon) yang menandatangani kontrak dengan isterinya yang berbunyi, “Jika kamu curang, kamu mati”. Sementara itu, Hong Soo Hyun membawa watak sebagai Baek Soo Jung iaitu salah seorang wanita yang berlaku curang dengan Han Woo Sung.

 

3.) Police University (2021)

690BFBF1 DA0F 40C4 9724 883645FE38F7Drama siri terbaik Hong Soo Hyun yang juga tidak boleh dilepaskan untuk tontonan adalah Police University yang ditayangkan pada tahun 2021. Drama siri ini adalah kisah ketika seorang profesor di sebuah universiti polis bekerja sama dengan para pelajarnya di mana salah seorang dari mereka adalah seorang hacker.

Jinyoung B1A4 dan Krystal melakonkan watak sebagai pelajar yang bernama Kang Sun Ho dan Oh Kang Hee, sementara Cha Tae Hyun membawa watak sebagai Yoo Dong Man iaitu seorang detektif yang mengubah kerjaya dan menjadi seorang profesor. Hong Soo Hyun membawa watak Choi Hee Soo yang menyembunyikan rahsia di balik wajahnya.

4.) Red Balloon (2022)

24472D4D ED0B 4073 BFD8 A02A17E303B0

Seo Ji Hye, Lee Sung Jae, Hong Soo Hyun, dan Lee Sang Woo membintangi drama siri Red Balloon di TV Chosun yang meraih rating tinggi. Seo Ji Hye membawa watak sebagai Jo Eun Gang iaitu seorang tutor yang menyimpan impian tinggi dan membara dalam hatinya.

Hong Soo Hyun menjadi sahabat Jo Eun Gang iaitu Han Ba Da yang juga adalah seorang pereka barang kemas yang terkenal. Han Ba Da mengahwini Go Cha Won (Lee Sang Woo), lelaki tampan dan menawan yang bekerja sebagai seorang doktor kulit.

5. Our Blooming Youth (2022)

7CDE1CC3 BA13 4102 BD30 E4A1F5C479C2

Drama siri terbaru juga lakonan Hong Soo Hyun yang kini masih lagi on going adalah Our Blooming Youth di tvN dan Prime Video. Drama ini menceritakan kisah putera Lee Hwan (Park Hyung Sik) yang terkena sumpahan misteri dan seorang gadis bijak pamdai yang dituduh membunuh anggota keluarganya bernama Min Jae Yi (Jeon So Nee).

Sewaktu si jejaka menyelamatkan gadis ini dari tuduhan palsunya dan gadis ini menyelamatkan sang jejaka dari sumpahannya, hubungan romantik mereka mula berkembang. Sebagai salah seorang dari keluarga diraja, Lee Jong Hyuk memegang watak sebagai ayah Lee Hwan yang merupakan Maharaja Joseon, dan Hong Soo Hyun memerankan membawa watak sebagai Maharani.

Menarik bukan senarai drama siri lakonan Hong Soo Hyun. Jadi jika anda belum menonton mana-mana drama siri yang disenaraikan, sudah tiba masanya untuk mencari alat kawalan jauh masing-masing pada waktu lapang dan terus menonton salah satu dari drama yang tersenarai, yang pastinya semua Kdrama yang telah disebut memang menarik dengan jalan cerita luar biasa masing-masing.

Baca Lagi: 10 Filem Korea Pilihan di Viu Malaysia

Baca Juga: Fakta Menarik Tentang Hyun Bin