Home Entertainment The Killing Vote: Adakah Lee Min Soo Adalah Gaetal, Si Topeng Anjing?

The Killing Vote: Adakah Lee Min Soo Adalah Gaetal, Si Topeng Anjing?

0

The Killing Vote memfokuskan tentang isu sistem hukuman melalui undian atas talian daripada rakyat. Semua ini bertujuan supaya penjenayah yang diberi hukuman ringan atau dibebaskan dapat dihukum setimpal.

Drama siri The Killing Vote ini dibintangi oleh Park Hae Jin, Park Sung Woong, dan Lim Ji Yeon sebagai pelakon utama.

Episod 6 The Killing Vote menampilkan Lee Min Soo (Kim Kwon) yang berkemungkinan ada kaitan dengan Gaetal, sosok yang memakai topeng anjing. Gaetal adalah orang yang mengambil tindakan undang-undang melalui tangannya sendiri.

Lalu, muncul teori yang menyebut bahawa Lee Min Soo mungkin adalah kaki tangan atau dialah sebenarnya Gaetal itu sendiri. Jom kita lihat ulasan di bawah ini!

 

1. Identiti Lee Min Soo

The killing voteDahulu Lee Min Soo bernama Lee Yun Seong. Dia adalah guru Sekolah Menengah Seonro, tempat di mana adik Joo Hyun (Lim Ji Yeon), Joo Min (Kwon Ah Reum) bersekolah. Sekolah tersebut ternyata adalah sekolah yayasan yang diuruskan oleh keluarga anggota dewan Min Ji Young (Kim Yu Mi), ibu Lee Min Soo.
Dia tamat sekolah dan melanjutkan pelajaran dengan bersekolah di rumah dan merupakan lulusan universiti luar negara. Dia dikategorikan sebagai seorang pelajar pintar sejak kecil.

Lee Min Soo mengambil jurusan undang-undang. Namun, dia paling mahir tentang komputer. Dia pernah mendapat tempat ke 4 dunia untuk kemahiran menggodam. Dengan ilmu undang-undang dan komputer ini, dia semestinya mahir dalam ilmu kemanusiaan dan sains. Dia juga menghidap sakit jantung.

 

2. Hubungan Lee Min Soo dan Kwon Seok Joo

GaetalKwon Seok Joo (Park Sung Woong) adalah jiran depan rumah Lee Min Soo. Sewaktu pembunuhan anak Kwon Seok Joo terjadi, Lee Min Soo dilepaskan kerana kekurangan bukti. Akibatnya, rakannya iaitu Byun Woo Taek (Ahn Young Hoon) yang ditangkap. Pada waktu diminta untuk memberikan keterangan, Lee Min Soo hanya melihat Byun Woo Taek memegang beg merah muda.
Selain itu, ibu Lee Min Soo, anggota dewan Min Ji Young, hadir semasa perbicaraan Byun Woo Taek.

Selepas dinyatakan tidak bersalah, dia tersenyum jahat. Ibu bapa Byun Woo Taek adalah pekerja di rumahnya. Beberapa hari kemudian, Kwon Seok Joo dihadapkan ke muka pengadilan kerana telah membunuh Byun Woo Taek. Min Ji Young hadir semasa perbicaraan tersebut. Mendengar keputusan Kwon Seok Joo ditahan, Min Ji Young tersenyum tipis.

 

3. Bukti Lee Min Soo adalah Gaetal

67ec7b79 75c9 4d0e b556 41e48d800e6eSewaktu pertama kali Lee Min Soo ditanya tentang hukuman melalui sistem undian oleh Joo Min, dia ada menyebut bahawa pemilihan tersebut adalah yang pertama. Seolah-olah Lee Min Soo sudah tahu akan ada lagi pemilihan kedua. Faktanya, pemilihan undian berterusan lagi.

Lee Min Soo sering membuka laman sesawang LOKI, dia bertindak sebagai ‘Justice’ ketika berkomunikasi dengan ‘Executor’. Anehnya, selepas dia memberi persetujuan, Gaetal muncul membuat pengumuman kepada rakyat jelata.

Kemudian, ada satu babak di mana Kim Mu Chan (Park Hae Jin) keluar dari kereta Uhm Eun Kyung (Jung Hae Na) yang terbakar disebabkan oleh Gaetal. Ternyata, ada orang merakam video. Video tersebut dirakam oleh 2 orang pelajar Sekolah Menengah Seorae yang disuruh oleh Lee Min Soo. Keesokan harinya, video tersebut dilancarkan oleh Gaetal kepada khalayak ramai.

Episod 6 menampilkan dia mengenakan topeng anjing seperti Gaetal dan menghadiahkan video tersebut kepada ibunya. Ada beberapa persamaan antara Lee Min Soo dengan Gaetal iaitu mereka memiliki botol air minuman, pakar undang-undang, dan juga merupakan penggodam yang handal.

 

4. Mungkin dia menyerupai Gaetal secara kebetulan

0b4a3330 1e56 4055 ab95 260041cfaa36Jung Jin Wook (Lee Wan) memberikan kenyataan kepada Kim Mu Chan bahawa Gaetal akan menghukum seseorang yang layak dihukum atas jenayahnya. Ini semua bermaksud, Gaetal memantau setiap penjenayah yang tidak serik melakukan kejahatan.

Namun, jika ini dikaitkan dengan Lee Min Soo kelihatannya sangat berbeza dengan watak Gaetal. Lee Min Soo suka berfoya-foya dengan wanita bahkan tidak takut untuk membunuh orang yang tidak bersalah. Ibunya juga tahu bahawa dia telah membunuh isteri Bae Gi Chul (Kim Han Soo).

Watak Gaetal ini memang masih menjadi tanda tanya buat para penonton. Lee Min Soo adalah Gaetal hanyalah sebuah teori. Siapakah Gaetal yang sebenarnya?

Baca lagi: The Killing Vote: Temubual Eksklusif Bersama Park Hae Jin, Lim Ji Yeon dan Park Sung Woong
Baca juga: 11 Misteri Di Awal Episod The Killing Vote, Gaetal Fokus Utama