Home Entertainment 11 Misteri Di Awal Episod The Killing Vote, Gaetal Fokus Utama

11 Misteri Di Awal Episod The Killing Vote, Gaetal Fokus Utama

0

Drama siri Korea terbaru The Killing Vote (2023) berjaya membuat para penonton tidak senang duduk. Sebuah undian kejam melalui pesanan ringkas selular dilakukan untuk mengambil keputusan menjatuhkan hukuman kepada penjahat yang berjaya lepas dari jeratan dan hukuman undang-undang.

Watak misteri yang bernama Gaetal berusaha membuktikan bahawa hukuman yang berlaku waktu ini sangat lemah. Namun dalam proses dia membuktikan undang-undang negara adalah lemah dan tidak adil, dia tetap seorang pembunuh kejam.

Berikut ini merupakan beberapa misteri di awal penayangan drama siri The Killing Vote yang akan membuat anda tidak senang duduk. Jom sama-sama kita lihat:

 

The killing vote
1. Identiti asal Gaetal serta motifnya adalah misteri utama dalam drama ini

 

1efe5118 26cf 4969 a027 0f269cc24516
2. Berdasarkan pergerakan Gaetal yang rapi dan tersusun, ada kemungkinan dia bertindak dengan kumpulan atau pembantu yang lain

 

06ff0006 d2ed 421b 84dd c7a2155b86ad
3. Sumber dana dan tenaga yang dikerahkan Gaetal juga sangat besar. Ramai yang bertanya-tanya, dari manakah dia mendapat dana untuk setiap aksi dan rancangannya

 

06b7a144 f657 4111 b1d0 a777785cad8e
4. Gaetal mengutarakan kata-kata Kwon Seon Joo (Park Sung-woong), pakar undang-undang yang kini menjadi banduan. Apakah hubungan antara Gaetal dan Kwon Seon Joo?

 

cfd147e0 932a 4c5f bd5b 030f2a18699a 1
5. Ketika disoal siasat oleh pihak polis, Kwon Seon Joo seperti menyembunyikan sesuatu. Adakah dia juga melindungi Gaetal?

 

daf1861f 4477 49c4 abd9 b566f9744bde
6. Detektif Kim Moo Chan (Park Hae Jin) yang mengetuai siasatan kes Gaetal mempunyai hubungan tersendiri dengan Kwon Seon Joo. Apakah yang terjadi kepada mereka pada masa lalu?

 

1d9a0cc2 be07 4109 8684 53d0e15e0362
7. Sementara itu ahli politik Min Ji Yeong (Kim Yu Mi) tampak menikmati undian untuk membunuh penjenayah secara atas talian, adakah dia juga mempunyai hubungan dengan Gaetal?

 

82d706af a341 4938 a316 96b1bec6b003
8. Anak Min Ji Yeong, Lee Min Soo (Kim Kwon) juga tampak amat mencurigakan. Apakah yang disembunyikannya?

 

f91b9834 011b 4047 8a0e ba41a143714b

9. Joo Hyun (Lim Ji Yeon) yang membantu Kim Mo Chan sering menggaru belakang telinga ketika gugup. Apakah yang terjadi kepadanya?

 

IMG 2365
10. Hubungan Joo Hyun dengan kakaknya, wartawan Chae Do Hee (Choi Yu Hwa) kelihatan tidak baik. Apakah latar belakangnya?

 

b510e7d9 366d 42b9 af3c 10019f84fedd
11. Siapakah yang akan disokong oleh orang ramai, polis atau Gaetal, serta adakah polis akan berhasil menyiasat Gaetal?

Misteri dalam drama siri The Killing Vote akan terungkap satu demi satu dalam 12 episod yang tersedia. Anda boleh menikmati adrenalin rush di setiap babak menegangkan yang ditampilkan drama ini. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: Kdrama Thriller Baharu “The Killing Vote”, Kisah Misteri Orang Bertopeng Anjing
Baca juga: The Killing Vote, 10 Watak Penting Yang Anda Perlu Tahu