Home Artis Korea The Killing Vote: Temubual Eksklusif Bersama Park Hae Jin, Lim Ji Yeon...

The Killing Vote: Temubual Eksklusif Bersama Park Hae Jin, Lim Ji Yeon dan Park Sung Woong

0

Kdrama The Killing Vote yang telah ditayangkan sejak 10 Ogos 2023, telah menimbulkan rasa ingin tahu tentang lelaki misteri disebalik topeng anjing itu.

Berdasarkan webtoon popular Kakao, “The Killing Vote” memfokuskan pada hukuman mati di seluruh negara terhadap penjenayah yang melakukan jenayah kejam.

Siri ini menampilkan figura misteri yang dikenali sebagai “Gae Tal,” yang bermaksud “topeng anjing” dalam bahasa Korea. Memakai topeng yang kelihatan aneh, dia melaksanakan hukuman mati berdasarkan keputusan pengundian di seluruh negara.

IMG 5352

Warganegara yang berumur lebih 18 tahun akan menerima mesej pesanan bertanyakan sama ada individu tersebut perlu menerima hukuman mati atau tidak. Sebaliknya, pihak berkuasa sedang memburu orang misteri disebalik topeng anjing itu.

“The Killing Vote” menyajikan plot dan kisah yang membingungkan dan penuh misteri, siri SBS berasaskan webtoon yang ini juga mempamerkan senarai barisan pelakon yang berbakat.

Baru-baru ini, DaebaKing telah dijemput dan diberi peluang oleh Prime Video Malaysia untuk menemu bual secara eksklusif melalui e-mail bersama 3 bintang utama drama siri Korea “The Killing Vote”.

Berikut merupakan beberapa persoalan yang diajukan semasa sesi temubual tersebut:

The killing vote

DaebaKing: Nampaknya terdapat banyak siri Korea serupa yang mendalami keadilan dan plot balas dendam. Pada pendapat anda, apakah kelebihan drama ini? Apakah perkara-perkara menarik dari The Killing Vote?​

Park Hae-jin: Drama kami mempunyai banyak peranti dalam proses untuk mengetahui siapa watak yang baik, watak yang buruk, dan akhirnya siapakah “Topeng Anjing.” Ramai yang mungkin menjangkakan orang-orang tertentu adalah “Topeng Anjing” atau orang yang benar-benar tidak dijangka juga boleh jadi “Topeng Anjing.” Jadi, pastikan kaki anda tidak berganjak dari menikmati drama siri ini.

Park Sung-woong: Saya rasa undian hukuman mati negara itu sendiri adalah satu perkara yang menarik. Hukuman ditentukan oleh undi rakyat. Saya rasa konsep ini baru dan menarik.

Lim Ji-yeon: “The Killing Vote” adalah perkara yang sukar dilihat dalam realiti. Melalui siri ini anda boleh merasakan rasa katarsis dan keseronokan yang menyegarkan daripada cerita yang tidak dapat diramalkan.

IMG 5343
DaebaKing: Adakah akan ada babak percintaan dalam drama ini?

Park Hae-jin: Mungkin tidak ada jenis percintaan yang dinanti-nantikan ramai orang (ketawa), tetapi akan ada kisah persahabatan dan bromance yang menarik untuk ditonton.

Park Sung-woong: Tiada adegan percintaan.

Lim Ji-yeon: Saya rasa kasih sayang yang hangat melalui persahabatan dan hubungan kekeluargaan lebih ditekankan.

IMG 5344DaebaKing: Apakah jenis persediaan yang anda ada untuk peranan anda dalam The Killing Vote?

Park Hae-jin: Saya mencari pelbagai karya genre yang sama, bertemu dengan pegawai polis sebenar, merasakan rasa realisme, dan mendapatkan nasihat serta pandangan.

Park Sung-woong: Pertama sekali, hakikat bahawa dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Na-rae adalah titik permulaan persediaan saya. Saya tidak mahu menonjolkan jenis watak jahat yang saya lakonkan selama ini. Saya melakukan banyak usaha untuk menggambarkan Kwon Seok-ju sebagai antara yang baik dan jahat, supaya dia tidak kelihatan jahat.

Lim Ji-yeon: Saya berusaha menunjukkan Joo Hyun seadanya. Joo Hyun adalah dalam lingkungan umur saya dan saya rasa dia adalah watak yang kelihatan lebih mesra berbanding watak lain yang saya lakonkan baru-baru ini.

IMG 5355DaebaKing: Bromance anda yang sempurna dalam Man To Man disukai oleh peminat K-Drama, apakah yang boleh kami harapkan dalam pertemuan semula anda dalam The Killing Vote? Tolong kongsikan bagaimana chemistry kali ini berbeza berbanding 6 tahun lepas? Apakah perubahan yang anda perhatikan antara satu sama lain? Bagaimana perasaan anda bekerja bersama semula?

Park Hae-jin: Dalam “The Killing Vote,” anda juga boleh melihat jenis bromance yang berbeza, bromance yang lebih serius. Sejak masa berlalu, semasa kami bekerjasama, saya merasakan lakonan Park Sung-woong semakin mendalam dan saya juga telah berkembang berbanding 7 tahun lalu. Jika ada peluang, saya ingin bekerjasama dengannya lagi dalam cerita lain.

IMG 5342The Killing Vote baru sahaja ditayangkan sebanyak 6 episod daripada 12 episod sejak 10 Ogos lalu, banyak teka-teki masih menyelimuti Kdrama The Killing Vote. Tambahan pula sebahagian besar watak dalam Kdrama ini amat mencurigakan.

Jadi, pastikan anda semua peminat kdrama untuk tidak terlepas dari menonton “The Killing Vote”, yang disiarkan setiap hari Khamis hanya di Prime Video!

Baca lagi: 11 Misteri Di Awal Episod The Killing Vote, Gaetal Fokus Utama
Baca juga: The Killing Vote, 10 Watak Penting Yang Anda Perlu Tahu