Home Entertainment Taxi Driver 2 Ini 5 Sebab Perlu Tonton

Taxi Driver 2 Ini 5 Sebab Perlu Tonton

0

Taxi Driver 2 terus memecahkan rekod tayangan mereka pada setiap episod.

Tidak putus pujian diberikan kepada drama ini  samada daripada media dan penonton itu sendiri.

daebaking.co 5 sebab perlu menonton taxi driver 9Menurut Nielsen Korea, episod pertama ”Taxi Driver 2”  meraih rating sebanyak 12.1% pada 17 Februari 2023. Selain itu, tayangan episod pertama musim kedua ini juga mencapai rating penonton lebih tinggi dari musim pertama.

Dengan mencapai rating tertinggi, “Taxi Driver” musim 2 menjadi drama Korea yang terbanyak ditonton pada hari Jumaat dan Sabtu.

daebaking.co 5 sebab perlu menonton taxi driver 2 8

Taxi Driver 2  mengisahkan tentang tentang Syarikat Rainbow Taxi yang menawarkan perkhidmatan membalas dendam kepada mangsa jenayah yang gagal mendapatkan keadilan undang undang.

Bagi korang yang tertanya kenapa Taxi Driver perlu ditonton , ini lima sebab kenapa korang perlu menonton Taxi Driver 2.

1. Para Pelakon

Kehebatan lakonan para pelakon Taxi Driver 2 memang tak perlu dipertikaikan lagi.

daebaking.co 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Tonton Taxi Driver 2 5

Kesemua pelakon telah berjaya membawa wakta masing – masing dengan sangat cemerlang dari segi reaksi muka dan lontaran skrip sehingga penonton  terbawa bawa ke dalam cerita.

Dan pada musim kedua ini masih mengekalkan anggota kumpulan “Rainbow Taxi ” yang asal iaitu Lee Je Hoon , Pyo Ye-Jin , Kim Eui Sung , Jang Hyuk Jin dan Bae Yoo Ram.

daebaking.co 5 sebab perlu menonton driver 2

Ini sekaligus mengukuhkan dinamik yang di bawa oleh mereka dari  musim pertama mereka.

Apatah lagi di musim kedua ini menonjolkan lebih banyak kerjasama antara kru Rainbow Taxi.

2. Kes Diinspirasikan Daripada Kes Sebenar
Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi kebanyakan kes di  dalam drama Taxi Driver diinspirasi daripada kes sebenar yang berlaku di Korea Selatan.

Antaranya kes pembunuhan ibu kepada Kim Do Ki sendiri yang terinspirasi dari kes  sebenar Nam Gyu Jung , seorang psikopat yang telah membunuh lebih daripada 14 orang.

daebaking.co 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Tonton Taxi Driver 2 3

Pemilihan pelakon juga dibuat berdasarkan kemiripan dengan watak sebenar penjenayah di dalam kes. Setiap karakter digarap untuk menyerupai  watak sebenar termasuk perincian kecil seperti gaya pemakaian yang dipakai.

Dengan segala perincian ini , setiap kes terasa lebih nyata . Cuba korang lihat perincian diantara pelakon dengan watak sebenar di dalam setiap kes Taxi Driver.

daebaking.co 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Tonton Taxi Driver 2 2

daebaking.co 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Tonton Taxi Driver 2 4

DAEBAKING.co 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Tonton Taxi Driver 2 1

3. Interaksi Antara Kim Do Ki dan Ahn Go Eun.

Pasti ramai yang menantikan bilakah akan tiba moment romantik antara Kim Do Ki (Lee Je Hoon) dan Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin).

Drama Taxi Driver mempunyai unsur percintaan yang sangat minima, tetapi masih ada penonton yang berharap mereka berdua akan menjadi pasangan kekasih. Apatah lagi apabila ada babak Kim Do Ki melamar Ahn Go Eun.

Mungkinkah akan berlaku di musim kedua ini?  Adakah mereka akan menjadi pasangan baru di Taxi Driver.

Baca lagi: Midnight Museum Drama Supernatural Terbaru Di Viu

4. Pemandu Teksi Baru On Ha Jun

Rainbow Taxi  menerima ahli terbaru mereka , On Ha Jun ( Shin Jae Ha) yang akan menjadi pemandu teksi terbaru mereka.

Oh Ha Jun adalah seorang pemuda yang mempunyai karakter yang ceria dan lurus.

Karekternya yang sangat berbeza dengan Kim Do Ki menambahkan lagi dinamik di dalam kumpulan Rainbow Taxi .

Interaksi antara Kim Do Ki dan dan Oh Ha Jun pasti akan mengundang ketawa anda semua.

Baca lagi: Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali.

daebaking.co 5 sebab perlu menonton drama taxi driver 2 55

5. Madam Lim

Cukup sekadar menyembut namanya. Pasti ramai yang sudah terbayangkan karakter di Taxi Driver ini yang memiliki personaliti dan imej yang unik dengan lakonannya yang mencuit hati.

Lim Bok Ja atau lebih dikenali sebagai Madam Lim ( Shim So Young ) adalah watak antagonis dari China yang menjadi ketua organisasi sindiket penipuan.

daebaking.co Taxi Driver 2 Ini 5 Sebab Perlu TontonWalaupun bersikap gangster dan kejam , dia telah jatuh cinta kepada Kim Do Ki yang menyamar sebagai Wang Tao Zi.

Interaksi antara mereka berdua sangat mencuit hati dan telah melonjak nama Madam Lim sehingga Shim So Young dianugerahkan sebagai SCENE STEALER AWARD di SBS Drama Award 2021.

Dan sekarang Madam kembali untuk Taxi Driver 2.

Korang mesti tak sabar untuk melihat interasksi terbaru antara Madam Lim dan Kim Do Ki kan?

 

Jangan buang masa lagi korang kena tengok drama yang memang best ini kalau tak rugilah korang.

Jadi jom lah kita layan drama Taxi Driver 2 di Viu. Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang.

@viu.malaysia

Leklu ! 😅😅 #ViuMalaysia #ViuOriginal #TaxiDriver2 #FirstonViu #LeeJeHoon #KimEuiSung #PyoYeJin #JangHyukJin #KimDoGi #scene #fyp

♬ original sound – Viu Malaysia – Viu Malaysia

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Taxi Driver 2  tanpa gangguan iklan.