Home Entertainment 13 Filem Hollywood Untuk Ditonton Di Pawagam Pada Mac 2023

13 Filem Hollywood Untuk Ditonton Di Pawagam Pada Mac 2023

0

Filem adalah media hiburan yang menyeronokkan dan banyak memberi kepuasan kepada para peminat, kadang-kadang filem juga sering memberi banyak manfaat kepada masyarakat yang menonton.

Pada bulan Mac 2023, terdapat beberapa buah filem keluaran penerbit Hollywood yang akan menyapa dan menghibur para pencinta filem. Dari John Wick 4 hingga Creed III, filem-filem yang akan disiarkan pada bukan Mac 2023 terdiri daripada pelbagai genre.

Baca Lagi: Siapakah Donnie Yen Kepada John Wick Dalam John Wick Chapter 4?

Berikut adalah filem-filem Hollywood yang ditayangkan di pawagam berdekatan anda pada bulan Mac 2023 ini.

1.) Creed III

FB3CD657 30A8 4E47 8250 B786C8E6A022Memetik hantaran dari laman Instagram @creedmovie, filem Creed III adalah sekuel ketiga siri filem Creed dan filem ke-9 dalam francais filem Rocky. Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Michael B. Jordan dan Jonathan Majors, filem ini ditayangkan di pawagam pada 3 Mac 2023.

2.) Operation Fortune: Ruse de Guerre
97A5C999 D5C4 422F A555 AFBA1842E9FD

Dipetik dari laman rasmi operationfortune.movie, filem Operation Fortune: Ruse de Guerre mengisahkan tentang Jason Statham yang berupaya menangkap mafia penyeludupan senjata haram. Filem yang juga dibintangi oleh Aubrey Plaza dan Hugh Grant ini ditayangkan di pawagam pada 3 Mac 2023.

3.) 65
BD0508AB E8FB 46E8 84DA 2177D959E17B

Memetik dari laman rasmi 65.movie, filem 65 mengisahkan tentang Adam Driver yang perlu bertahan hidup pada zaman dinosaur setelah mengalami sebuah insiden yang tidak terduga. Filem yang diterbitkan oleh Sam Raimi ini ditayangkan di layar perak pada 10 Mac 2023.

4.) Champions

14CD68B1 9B18 4037 8C05 3D45F8C41F8AChampions adalah filem kesukanan bergenre komedi yang merupakan sebuah remake dari filem Sepanyol dengan tajuk yang sama. Memetik dari laman Instagram @championsthefilm, filem ini mengisahkan tentang seorang jurulatih bola keranjang yang bermasalah dan filem ini ditayangkan di pawagam pada 10 Mac 2023.

5.) Scream VI
B2324F95 CA1D 4F6F A951 858EFAC30384Scream VI adalah filem ke-6 dari francais filem Scream dan dibintangi oleh Mellisa Barrera, Jasmin Savoy Brown, dan Jack Champion. Laman screammovie.com mengatakan film ini melanjutkan kekejaman Ghostface di layar perak pada 10 Mac 2023 yang lalu.

 

6.) Inside

87671D2B 2E2F 4E50 8E34 1C455BBA40CD

Inside adalah filem thriller psikologi yang mengisahkan tentang seorang perompak yang terjebak di rumah mewah yang hanya berisi karya seni mahal. Laman Instagram @insidethefilm menjelaskan bahawa filem ini dibintangi oleh Willem Dafoe dan ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2023.

7.) Shazam! Fury of the Gods
A1CBBB80 1B87 4D7A B570 9A4479196BEF

Shazam! Fury of the Gods adalah sekuel filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2019. Masih dibintangi oleh bintang utama iaitu Zachary Levi, filem ini akan memaparkan pengembaraan Billy Batson dalam membanteras kejahatan. filem ini ditayangkan di layar perak pada 17 Mac 2023.

8.) John Wick: Chapter 4
50ADDF56 C61F 404C A0CF 97631D8CFC91

Melanjutkan kisah Keanu Reeves sebagai bekas pembunuh upahan, John Wick: Chapter 4 akan ditayangkan di pawagam pada 24 Mac 2023. Laman studio filem lionsgate.com menyatakan filem ini juga dibintangi oleh Bill Skarsgard, Donnie Yen, dan Rina Sawayama.

9.) The Lost King
0804AEE7 1695 4452 A0A3 50048F7C7BB2

The Lost King adalah filem yang diadaptasi dari buku The King’s Grave: The Search for Richard III karya Philippa Langley dan Michael Jones. Memetik dari laman warnerbros.com, filem yang telah ditayangkan di England pada 2022 ini akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 24 Mac 2023.

10.) Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves
D5B1FC65 CAE6 4BC2 AB2B 2CC6B5B1B303

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves adalah filem arahan Jonathan Goldstein dan John Francis Daley yang diadaptasi daripada sebuah permainan video dengan nama yang sama. Laman rasmi dungeonsanddragons.movie menyatakan filem ini akan dibintangi pelakon-pelakon ternama seperti Chris Pine, Sophia Lillis dan juga Michelle Rodriguez. Filem ini bakal menemui anda di pawagam pada 31 Mac 2023.

11.) A Good Person
78525AC5 2E0F 42EF 9691 8A9FB447B92A

A Good Person adalah filem yang menggandingkan Florence Pugh dan Morgan Freeman. Memetik dari laman Instagram @agoodpersonmov, filem yang akan ditayangkan pada 24 Mac 2023 ini mengisahkan tentang hubungan persahabatan yang terjalin tanpa diduga selepas berlakunya sebuah insiden yang sangat tragis.

12.) Spinning Gold
901AA7DD FD81 4098 B094 3570F2C4690E

Spinning Gold adalah filem biopik yang mengisahkan tentang perjalanan hidup Neil Bogart dalam membangunkan salah satu label muzik yang dimiliki Universal Music Group. Laman Instagram @spinninggoldmovie berkongsi bahawa filem muzikal ini akan ditayangkan di pawagam pada 31 Mac 2023.

 


13.) A Thousand and One

D8AF0930 1D44 4DFB 8D5F 696072ABE114Senarai kita yang terakhir adalah sebuah filem drama dari Amerika yang telah mendapat penghargaan di Sundance Film Festival 2023 iaitu A Thousand and One. Filem ini mengisahkan tentang drama ibu dan anak yang berusaha untuk bertahan hidup di bawah tekanan urban. Dipetik laman rasmi studio filem focusfeatures.com, filem ini akan bertemu penonton layar perak pada 31 Mac 2023.

Demikian sahaja cadangan beberapa buah filem Hollywood yang ditayangkan di pawagam pada bulan Mac 2023 ini. Untuk pengetahuan semua, pihak pengedar filem mempunyai hak penuh terhadap tarikh tayangan filem-filem tersebut. Mungkin sahaja tarikh tayangan di pawagam berubah-ubah dan paling malang, ada juga antara filem yang langsung tidak ditayangkan kerana pembatalan tayangan.

Antara senarai filem Hollywood yang telah dikongsikan, filem mana satukah pilihan anda?

Baca Juga: Sekitar Majlis Perkahwinan Puteri Iman Puteri Diraja Jordan