Home Entertainment Midnight Museum Drama Supernatural Terbaru di Viu

Midnight Museum Drama Supernatural Terbaru di Viu

0

Menghadapi masalah untuk tidur di waktu malam? Saat orang lain sudah enak di buai mimpi anda masih lagi segar tidak dapat tidur.

Midnight Museum adalah drama yang terbaik untuk menemani anda.

Midnight Museum adalah drama bersiri terbaru daripada Thailand yang membawakan genre supernatural dan misteri. Diarahkan oleh pengarah terkenal Thailand Attaporn Teemakorn dan ditulis oleh Chalermpong Udomsilp.

daebaking Midnight Museum Drama Supernatural Terbaru di Viu 1
Dibarisi pelakon popular Thailand seperti :

  •  Thanapob Leeratanakachorn as Khatha
  •  Gun Atthaphan Phunsawat as Dome
  •  Apinya Sakuljaroensuk as Anthika
  •  Foei Patara Eksangkul as Traiphop
  •  Tipnaree Weerawatnodom as June
  •  Ployphach Phatchatorn Thanawat as Bam

Daebaking.co Midnight Museum Drama Supernatural Terbaru di Viu 2

Midnight Museum mengisahkan Dome (Gun Atthaphan Phunsawat ) yang berkerja sebagai seorang barista di sebuah kafe.

Dome mula bimbang memikirkan nasibnya apabila dia mendengar berita pemilik kafe itu bercadang untuk menutup kafe itu sekaligus menjadikan dia hilang pekerjaan.

Dalam dia memikirkan nasibnya, dia menerima tawaran pekerjaan yang tidak disangka daripada pelanggan tetap kafe mereka Khatha ( Thanapob Leeratanakachorn).

daebaking.co midnight museum 3

Khatha merupakan pelanggan tetap kafe mereka yang selalu memesan kopi namun tidak pernah meminumnya. Khatha juga merupakan pemilik kepada Midnight Museum yang hanya di buka selepas matahari terbenam.

Walaupun tawaran pekerjaan itu agak pelik kepada Dome, dia terpaksa menerimanya kerana tidak mempunyai pilihan pekerjaan yang lain.

Baca lagi: Taxi Driver 2. Rainbow Taxi Club Kini Kembali.

daebaking.co Midnight Museum Drama supernatural terbaru Viu 12

Pada hari pertama dia mula berkerja Dome bertemu kembali dengan Khatha di Midnight Museum.

Khatha bertanya samada Dome mengingatinya sebelum ini, namun Dome hanya mengingati Khatha sebagai pelanggan tetap kafenya sahaja.

Soalan itu kelihatan peting kepada Khatha kerana dia jelas kecewa dengan jawapan Dome, namun dia tidak bertanya lebih lanjut sebaliknya terus membawa Dome ke dalam Midnight Museum untuk diperkenalkan kepada Traiphop (Foei Patara Eksangkul).

Daebaking.co Midnight Museum Drama Supernatural Terbaru Viu

Traiphop adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga muzium tersebut.

Triphob membawa Dome untuk melihat sekeliling muzium namun Dome mula mengalami sakit kepala dan kesakitan badan apabila melalui beberapa kawasan tertentu di muzium itu.

Triphob juga menunjukkan kepada Dome kesemua artifak yang ada di Midnight Museum. Ada artifak di muzium itu yang sebenarnya mempunyai sumpahan.

Kesemua artifak di muzium itu dikumpul oleh Khatha sepanjang hidupnya. Ini membuatkan Dome terfikir berapa usia Khatha yang sebenarnya.

Dome juga di ingatkan oleh Triphob, supaya tidak memasuki bilik larangan Zone 16.

Dome diberikan uniform untuk mula bertugas, walaupun baru sahaja memakai uniform yang diberikan dia mula merasakan kesakitan yang tidak dapat dijelaskan.

daebaking.co Midnight Museum Drama Supernatural terbaru Viu 12 2

Dome terjumpa dengan seorang perempuan yang beruniform sama sepertinya. Dia memberitahu Dome bahawa Midnight Museum ini sebenarnya mempunyai hantu kerana ada artifak di dalam yang mempunyai tenaga dan kisah mereka yang tersendiri.

Mendengarkan itu Dome mula berasa resah dan cuba melupakan apa yang diberitahu perempuan itu dan terus memulakan kerjanya.

Sewaktu melalui bilik Zone 16, Dome merasakan daya tarikan yang amat kuat cuba menarik dirinya untuk terus memasuki bilik Zone 16.

Dia tahu dia telah dilarang dan diberikan amaran untuk tidak memasuki bilik Zone 16, tetapi dia tidak mampu untuk melawan daya tarikan yang dirasainya.

daebaking.co Midnight Museum Drama Supernatural Terbaru Viu 2

Baca lagi: Pemandu Teksi Untuk Hantu.

Di Zone 16, Dome menemui pelbagai artifek yang pelik dan luar biasa, sehingga dia marasakan daya tarikan untuk menyentuh salah satu artifak di situ. Dirinya sempat dihalang oleh Khatha tetapi ternyata telah terlambat.

Kerana kehadiran Dome di Zone 16 telah mengaktifkan satu artifak yang mempunyai sumpahan.

Khatha terpaksa mengunakan kebolehannya untuk menenangkan “sumpahan” yang ada di artifak itu. Dalam menenangkan “sumpahan” itu, Khatha telah kehilangan beberapa artifak yang ada di bilik Zone 16.

daebaking.co mignight museum 1

Dome berasa bersalah dengan kejadian tersebut dan berjanji akan bertanggungjawab terhadap kejadian itu. Tetapi bukan Zone 16 sahaja yang menjadi rahsia Midnight Museum.

Apa lagi misteri yang tersembunyi di Midnight Museum?

Sebuah muzium yang hanya di buka selepas matahari terbenam dan hanya boleh ditemui oleh mereka yang ingin menemukannya sahaja.

Jom lah kita layan drama Midnight Museum di Viu.

Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang.

 

Korang semua patut langgan Viu Premium tau, baru lah tak stress tengok setiap episod terbaru Midnight Museum tanpa gangguan iklan.