Home Entertainment Gambar Perkahwinan Nam Goong Min & Jin Ah Reum Yang Belum Pernah...

Gambar Perkahwinan Nam Goong Min & Jin Ah Reum Yang Belum Pernah Dilihat

0

Gambar-gambar yang tidak pernah didedahkan sebelum ini akhirnya dikongsikan oleh pasangan selebriti Nam Goong Min dan juga Jin Ah Reum.

Gambar-gambar pada majlis pertunangan dan perkahwinan kedua-duanya yang sebelum ini dirahsiakan kini boleh ditonton oleh semua peminat.

Pada 9 Mac 2023, Jim Ah Reum telah mendedahkan gambar-gambar di sekitar majlis pertunangan dan perkahwinan yang belum dikongsi sebelum ini.

8B6222CB 8B58 4F3E 8D4D 7BB5CE0514A9

Dalam gambar-gambar yang telah dikongsi, Jim Ah Reum kelihatan sangat anggun dalam gaun perkahwinan kain renda potongan duyung.
A2A72AEF 24A6 4F70 8F8D D81C408CA9F4Selepas menatap gambar-gambar mempesona Jim Ah Reum, para peminat memuji-muji kecantikan dan keanggunannya, “cantik bagaikan bidadari”, “cantiknya”, “sangat menawan”, dan “pengantin jelita”.

Setelah tujuh tahun bersama, Nam Goong Min akhirnya mengumumkan khabar gembira mengenai perkahwinannya dan Jin Ah Reum melalui kenyataan rasmi pihak agensi 935 Entertainment pada 28 September 2022.

Baca Lagi: Kim Sae Ron Mohon Ringankan Hukuman Kes Memandu Mabuk

Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumah tangga pada bulan Oktober tahun lepas (2022). Kedua-dua pasangan selebriti ini mendapat perhatian meluas dari media dan peminat seluruh dunia selepas video lamaran Nam Goong Min tersebar.

Keduanya melangsungkan perkahwinan di sebuah hotel mewah iaitu Shilla Hotel Seoul dengan menjemput sahabat terdekat dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

B259054A 59D8 4D5C A2CF 74F6AB88E53C 56A47ED4 35D1 495F AA89 A318837E8A15Majlis perkahwinan gilang gemilang Nam Goong Min dihadiri oleh ramai rakan artis seperti Park Shin Hye dan Lee Je Hoon.

Isteri kesayangan Nam Goong Min ini dikenali sebagai model dan pelakon. Kedua-duanya bertemu melalui sebuah projek filem pendek iaitu Light My Fire yang turut diarahkan oleh Nam Goong Min pada tahun 2015.

0EE32272 3110 4AF4 A45F E56F7B512AFCFilem tersebut merupakan debut Nam Goong Min sebagai seorang pengarah. Jin Ah Reum diberi tanggung jawab untuk memegang watak utama pada waktu itu.

Akhirnya mereka berdua terlibat dengan cinta lokasi dan mula menjalin hubungan secara romantik pada bulan Ogos tahun 2015. Walau bagaimanapun hubungan Nam Goong Min dan Jin Ah Reum diketahui ramai pada bulan Februari tahun 2016.

Perbezaan usia tidak menjadi penghalang buat hubungan Nam Goong Min dan Jin Ah Reum. Pasangan suami isteri ini berbeza jarak umur 11 tahun. Nam Goong Min yang lahir pada 12 Mac 1978 kini berusia 44 tahun. Manakala Jin Ah Reum yang lahir pada 9 November 1989 kini sudah berusia 33 tahun. Semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

Baca Juga: Jung Sung Il The Glory Pernah Hidup Miskin