Home Entertainment Taecyeon Dan Abangnya Berusaha Menyelesaikan Kes Pembunuhan Bersiri, Jom Kenali Pelakon ‘Blind’

Taecyeon Dan Abangnya Berusaha Menyelesaikan Kes Pembunuhan Bersiri, Jom Kenali Pelakon ‘Blind’

0

Bulan baru drama baru. Kali ni tvN mempersembahkan barisan pelakon yang hebat-hebat. Antaranya Ok Taecyeon 2PM, Ha Seok Jin dan Jung Eun Ji dari Apink.

Blind press photo

Drama ini menceritakan tentang ketiga-tiga pelakon yang terlibat dalam kes pembunuhan bersiri dan mangsa merupakan ahli juri. Mereka berusaha untuk membongkar kebenaran disebalik kematian mangsa.

Sekarang jom kita tengok watak untuk setiap pelakon:

Ok TaecYeon 2PM sebagai Ryu SungJun

4840538c23ac3772f9c2ca813070a6c0

Ryu SungJun ialah seorang detektif yang bersemangat yang cuba mendedahkan kebenaran yang tidak pernah dilihat oleh orang lain.

Dia menyiasat kes pembunuhan dan ketagih dengan keseronokan untuk menggari pergelangan tangan penjenayah. Dia sangat peka dengan bukti yang ditinggalkan oleh pembunuh bersiri.

Demi mencari keadilan, dia bersungguh-sungguh mencari bukti dan sanggup bergaduh dengan sesiapa pun, asalkan dia dapat menangkap pelakunya.

Khususnya, abangnya Ryu SungHoon bertanggungjawab dalam perbicaraan untuk kes ini, yang menggandakan lagi keazaman SungJun untuk menyelesaikan kes itu.

Ha SeokJin sebagai Ryu SungHoon

blind ha seokjin cast image

Ryu SungHoon ialah abang kepada Ryu SungJun dan merupakan seorang hakim perfeksionis. Selepas lulus peperiksaan peguam dan menamatkan pengajian dari Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman, dia bekerja keras mengikut undang-undang.

Dia hanya fikirkan tentang kerja sahaja sehinggakan tiada hubungan istimewa dengan sesiapa pun dan dia juga memperoleh nama samaran “hakim solo legenda.”

SungHoon kemudian menghadapi halangan yang tidak dijangka. Ketika penjenayah yang disabitkannya dipenjarakan, para juri yang menghadiri perbicaraan itu mula mati seorang demi seorang.

Akhirnya, Ryu SungHoon sendiri berusaha mencari dan menangkap penjenayah sebenar yang mengganggu perbicaraannya dan membawanya ke muka pengadilan.

Jung EunJi Apink sebagai Jo Eun Gi

blind apink jung eunji cast image

Jo Eun Gi ialah seorang pekerja sosial yang baik. Dia seorang yang berani dan pemurah. Selepas mengalami kesusahan dalam hidupnya, dia bertekad untuk menjadi pekerja sosial yang menjaga kanak-kanak dengan baik.

Artikel berkaitan: Bercinta Sejak Tahun 2013, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Choi Sooyoung

Artikel berkaitan: Kenali Anak-Anak Bintang Kshow, ‘Dad,Follow Me Now’

Blind poster 09022

Drama 16 episod ini telah mula ditayangkan pada 17 September dan akan berakhir pada 6 November 2022. Korang boleh layan drama penuh misteri ini setiap sabtu dan ahad di platform Viu.

Tonton drama ‘Blind’ di sini.