Home Entertainment Bercinta Sejak Tahun 2013, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Choi Sooyoung

Bercinta Sejak Tahun 2013, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Choi Sooyoung

0

Nampaknya nama Sooyoung makin dikenali di serata dunia dengan kemahiran lakonannya yang mengagumkan. Baru-baru ini, peminat disajikan dengan lakonan Choi Sooyoung yang hebat dalam If You Wish Upon Me bersama Ji Chang Wook dan Sung Dong Il.

Di dalam drama itu, Sooyoung memegang watak Seo Yeon Joo, seorang jururawat di hospis, seorang yang ceria dan hidup dengan penuh harapan.

Di hospis itu juga, Yeon Joo bertemu dengan Yoon Gyeo Rye (Ji Chang Wook), seorang anak yatim piatu dan merupakan bekas banduan yang mempunyai personaliti yang berlawanan dengan Yeon Joo.

Anda boleh menonton semua episod ‘If You Wish Upon Me’ di sini!

Girls' Generation's Sooyoung Is Brimming With Fury In New Drama “If You Wish Upon Me” With Ji Chang Wook | Soompi

Walaupun sibuk dengan penggambaran drama, Sooyoung masih aktif dalam industri muzik. Malah, baru-baru ini Girls Generation telah membuat kemunculan semula mereka dengan lagu bertajuk ‘Forever 1’.

Jom kita lihat fakta menarik tentang ahli Girls Generation dan pelakon Choi Sooyoung ini:

Choi Sooyoung dilahirkan pada 10 Februari 1990.

Girls' Generation's Sooyoung Was Confident She'd Debut In The Group No Matter What—Here's Why - Koreaboo

Dilahirkan pada 10 Februari 1990, zodiak Sooyoung merupakan Aquarius. Selain terkenal dengan sifat berfikiran ke hadapan, Aquarius juga seorang yang sentiasa inginkan perubahan.

Pada 2018, dia mereka pakaian dengan stylist Seo Soo Kyung dan mencipta jenama “Beaming Effect”.

Dalam pada masa yang sama, menerusi mereka pakaiannya itu, dia berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang retinitis pigmentosa, gangguan yang dialami bapanya yang menyebabkan bapanya kehilangan penglihatan.

Dia memulakan kerjaya diusia 12 tahun.

Yuriple ~ on Twitter: "Sooyoung's Route 0 days 😂😍💖 #Route0 #Sooyoung https://t.co/9XtjwMt7Q4" / Twitter

Sooyoung memulakan kerjaya pada tahun 2002 sebagai penyanyi duo Korea-Jepun yang dipanggil Route 0.

Mereka mengeluarkan tiga single sebelum dibubarkan pada tahun berikutnya. Sooyoung kembali ke Korea Selatan pada 2004 dan menjadi ahli Girls’ Generation tiga tahun kemudian.

Dia berjaya memegang watak utama yang pertamanya pada tahun 2014.

My Blooming Days - AsianWiki

Walaupun dia mempunyai beberapa peluang berlakon sejak pertengahan tahun 2000-an, namanya dikenali selepas dia membintangi The Spring Day Of My Life, dimana dia memegang watak sebagai seorang wanita muda yang sakit tenat.

Artikel Berkaitan: 3 K-Movies Untuk Penonton Viu Dari TVN

Artikel Berkaitan: Ji Chang Wook Menjadi Seorang Yang Pemarah Kerana Masa Lalunya?

Dong-ha & Bom-yi (BomHa) My Spring Days OST MV 2 (MBC, 2014) 내 생애 봄날 / The Spring Day of My Life FMV - YouTube

Dia kemudian telah mendapat anugerah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Miniseries” di Anugerah Drama MBC 2014 dan Anugerah Kecemerlangan untuk Pelakon di Anugerah Drama Korea 2015.

Sejak itu, Sooyoung telah mendapat tawaran hebat lain seperti Tell Me What You Saw, Run On, So I Married An Anti-Fan, dan New Year Blues.

Sooyoung meninggalkan SM Entertainment pada 2017 dan menulis single solo pertamanya, “Winter Breath.”

Fakta menarik yang seterusnya ialah dia telah menulis lagu “Winter Breath” dua tahun sebelum lagu itu dikeluarkan, di mana ketika itu dia berasa kehilangan dan keseorangan seperti dia tidak tahu apa tujuan hidupnya.

Sooyoung mendapat banyak nasihat daripada teman lelaki Jung Kyung Ho.

Semua orang sudah tahu bahawa Sooyoung telah bercinta dengan pelakon Jung Kyung Ho sejak 2013, jadi secara semulajadi, orang ramai ingin tahu tentang hubungan mereka dan bagaimana Kyung Ho membantunya dari segi lakonan.

Girls' Generation's Sooyoung and actor Jung Kyung Ho continue their love for the ninth year | allkpop

Semasa bercakap tentang “Run On”, Sooyoung ditanya tentang maklum balas Kyung Ho, dan dia berkongsi, “Sekarang ini, saya sering ditanya sama ada saya akan pilih kerja atau cinta. Bagi saya, saya tidak fikir cinta dan kerja itu berasingan.

Sebaliknya, saya fikir kedua-duanya adalah sebahagian daripada hidup saya. Saya melakukan yang terbaik dengan menukar keutamaan saya apabila perlu. Dia banyak membantu saya dengan memberi nasihat tentang lakonan. Saya sangat bersyukur sebab ada dia”