Home K - Pop 3 K-Movies Untuk Penonton Viu Dari TVN

3 K-Movies Untuk Penonton Viu Dari TVN

0

Korang bosan taktahu nak tengok cerita apa? Korang tahu tak dekat Viu ada banyak movie-movie menarik yang korang boleh layan sampai pengsan! Paling menarik adalah k-movie yang disajikan khas buat penonton Viu dari TvN!

Jom baca sinopsis k-movie apa yang menarik untuk korang tonton!

Confidential Assignment 

Confidential Assignment Korean Movie Review scaled

Filem yang dilakonkan oleh Hyun Bin ini merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang seorang detektif yang berasal daripada Korea Utara dan sedang memburu pemalsu wang di Korea Selatan.

Im Chul Ryung (Hyun Bin) merupakan detektif daripada unit khas di Korea Utara dan sedang mengendalikan kes wang palsu. Bersama kumpulannya, Chul Ryung telah menyusun sebuah misi untuk menangkap penjenayah dan dalang di sebalik jenayah ini.

Tanpa Chul Ryung mengetahui, orang atasan Cha Ki Sung (Kim Ju-Hyeok) memiliki agenda lain untuk misi ini. Dia telah mengacau plat pencetak duit ketika berada di gudang tersebut. Telah berlaku pergaduhan antara Chul Ryung & Ki Sung yang tidak boleh lagi dielakkan. Dalam pada masa yang sama, polis dan pemerintah Korea Selatan telah mengetahui tentang penjenayah tersebut.

Apakah kesudahan filem aksi ini?

Soar Into the Sun 

soar into the sun viu slide banner

Filem yang dilakonkan oleh Rain ini mengisahkan tentang keadaan Jeong Tae Hoon setelah melakukan demonstrasi berbahaya di ruang udara. Kerana memiliki sifat sombong, dia telah dikeluarkan daripada kumpulan Angkatan Udara sebagai anggota terbaik dan telah diturunkan kepada unit tempur.

Pada hari pertama pemindahannya ke F15K, dia telah bertemu dengan seseorang yang dianggap sebagai pakar dalam unit tersebut, iaitu Cheol Hee (Yoo Joo Sang). Konflik telah terjadi di antara mereka hampir setiap saat dan mereka juga memiliki sifat ingin berlawan antara satu sama lain.

Sementara itu, Jeong Tae Hoon turut berkawan dengan anggota lain, termasuk Yoo Se Yeong (Shin Se Kyung), dan telah jatuh cinta kepada wanita itu. Namun, Jeong Tae Hoon tetap dengan sifat angkuhnya iaitu tidak peduli pada orang lain sehingga la berlaku satu kemalangan yang telah meragut nyawa rakan setugas ketika mereka sedang melakukan misi regu. Sejak daripada itu, Tae Hoon & Se Yeong dipaksa untuk mengetepikan ego mereka dan menyelamatkan rakan mereka yang hilang.

Wah.. macam menarik je Soar Into The Sun ni!

In Our Prime 

prim2

Filem lakonan Choi Min Sik ini menceritakan tentang seorang pelajar yang cuba mengelak daripada mempelajari mata pelajaran Matematik.Bagi pelajar sekolah menengah biasa, matematik adalah salah satu mata pelajaran yang paling menggerunkan dan menakutkan dalam pertengahan dan akhir. Semakin ramai pelajar membelakangkan fungsi, logaritma, pembezaan dan kamiran.Ji-woo (Kim Dong-hwi) adalah salah seorang daripada mereka. Dia seorang budak pintar di sekolah menengah elit tetapi mengalami tekanan kerana gred matematiknya yang rendah akan menghalangnya daripada memasuki kolej berprestij.

Gurunya mencadangkan dia berpindah ke sekolah biasa untuk mendapat gred yang lebih baik, tetapi dia tidak boleh pergi kerana ibunya berasa sangat bangga dengan kemasukannya ke institusi terkenal itu.Di sekolah itu, Hak-sung (Choi Min-sik), seorang pelarian Korea Utara yang pernah terkenal sebagai ahli matematik genius, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan digelar “Tentera Rakyat Korea Utara” di kalangan pelajar kerana asal usulnya dan sikapnya yang tumpul dan sifat tidak suka bergaul.Pada suatu hari, Ji-woo kebetulan mengetahui bahawa Hak-sung mahir dalam matematik dan memintanya untuk mengajar subjek itu, sambil menambah bahawa dia merasakan dia boleh mendapat gred yang lebih baik dalam matematik jika dia belajar dari Korea Utara.

Hak-sung enggan mengajarnya sebagai cara untuk meningkatkan markah ujian Ji-woo tetapi menunjukkan kepadanya proses menyelesaikan fungsi dan persamaan satu demi satu.Semasa pembelajaran dua hala secara rahsia itu berlaku, Ji-woo mendapat gambaran tentang perinsip asas matematik bahawa cara dia mencapai jawapan adalah lebih penting daripada jawapan itu sendiri, manakala Hak-sung dapat menghadapi masa lalunya yang dia telah membuatkan dia menyendiri.

“In Our Prime” mempunyai plot yang mudah kerana banyak filem drama dewasa yang lain menggambarkan pertumbuhan protagonis dari zaman kanak-kanak hingga dewasa dengan bantuan seorang guru yang hebat.Ia mengandungi gambaran dialog dua hala dan pengukuhan ikatan antara Ji-woo dan Hak-sung, penonton mungkin rasa ia membosankan jika membandingkan filem ini dengan cerita sensasi yang penuh dengan aksi.

Fuh, lain macam ya cerita pasal subjek Matematik ni…

Menarik kan k-movie yang disajikan khas daripada TvN ni? Tonton k-movie ini hanya di aplikasi Viu dan langgani pakej premium serendah harga RM 29.90 untuk 3 bulan!