Home Entertainment “Saya Lagi Suka Lelaki Muda”- Sandara Park Dedah ‘Celebrity Crush’ Pilihan Hati

“Saya Lagi Suka Lelaki Muda”- Sandara Park Dedah ‘Celebrity Crush’ Pilihan Hati

0

Dara dah nak masuk umur 40 tahun tetapi masih lagi ‘single’ sampai sekarang. Mesti ramai yang tertanya-tanya kisah cinta si cantik jelita ni kan?

Sandara Park telah muncul dalam episod 12 program ‘Ladies With No Appetite’ yang boleh ditonton di saluran Youtube ‘HeungManuel Studio’. Ketika kemunculan dalam siaran Youtube tersebut, Youtuber Pungja telah hadir sebagai tetamu dan telah bertanya kan kepada Dara mengenai lelaki idaman nya.

Ahli 2NE1 yang cantik jelita itu menjawab,

“Saya berminat seseorang yang lebih comel dan kuat. Paling penting, dia mesti lah muda.”

sandara

Kemudian, Pungja telah bertanya kepada Sandara mengenai selebriti Korea Selatan yang menjadi pujaan hati wanita jelita itu. Pada awalnya, Sandara teragak-agak untuk menjawab, namun akhirnya Sandara mendedahkan mengenai selebriti Korea Selatan yang telah menarik minatnya.

“Seseorang yang rapat dan ciri lelaki idaman saya ialah Woo Bin. Yang kedua pula, Jung Hae-in.”

Tontoni episod 12 program itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lelaki idaman Sandara Park!

Sumber: Kimchi Daily

Baca artikel terdahulu: Dikecam Kerana Makeup kelihatan Matang, Demi Peminat, Ini Tindak Balas Pantas IVE