Home Entertainment Ahli Perniagaan Bermasalah Menjadi Pilihan Hati Park Min-young, Agensi Beri Respons

Ahli Perniagaan Bermasalah Menjadi Pilihan Hati Park Min-young, Agensi Beri Respons

0

Park Min-young buka mulut mengenai gosip cinta dengan ahli perniagaannya yang dikatakan kaya-raya.

30000747628 1280 1

Dispatch telah melaporkan bahawa pelakon terkenal itu menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Kang Jung-hyun, dan netizen mempercayai lelaki itu melakukan pelbagai aktiviti yang mencurigakan.

Lapor berita lain, kakak Park Min-young turut disenaraikan sebagai pengarah luar kepada INBIOGEN, salah satu daripada syarikat milik Kang Jung-hyun yang ditulis di kad perniagaan nya dan syarikat itu turut dipercayai milik nya.

park minyoung 1 1

Respon agensi:

“Ini Kwon Jin Young, CEO Hook Entertainment.

Gosip mengenai cinta Park Min-young, kami memohon maaf atas kelambatan dalam memberi respons kerana agensi memerlukan masa untuk mengesahkan fakta tersebut.

Pertama, dia sudah berpisah dengan individu yang dikhabarkan bercinta dengan nya.

Dan, tidak benar bahawa Park Min-young menerima wang daripada individu tersebut. Kakaknya juga bakal meletakkan jawatan sebagai pengarah luar di syarikat INBIOGEN.

Bagi Park Min-young pula, dia sedang memberi keutamaan untuk pengambaran drama ‘Love In Contract’ dengan jaya buat masa ini. Jadi dia telah menjanjikan untuk membuat yang terbaik bagi memastikan tiada masalah ketika tayangan.

Selain daripada itu, pelakon tersebut akan lebih berhati-hati mengenai tindakan sendiri selain sesiapa sahaja termasuk keluarga bagi menjalankan tanggungjawab sebagai figura awam dan pelakon.

Kami meminta maaf dan meminta agar memahami Park Min-young bagi memberi fokus kepada pengambaran yang berbaki lagi.”

Susah juga macam ni kan…

Sumber: Kimchi Daily

Baca artikel terdahulu: “Saya Lagi Suka Lelaki Muda”- Sandara Park Dedah ‘Celebrity Crush’ Pilihan Hati