Home Entertainment Gadis Rookie Ini Telah Berkahwin 7 Hari Sebelum Hari Debutnya!

Gadis Rookie Ini Telah Berkahwin 7 Hari Sebelum Hari Debutnya!

0

Yoonseul PEACH A! telah berkongsi bahawa dia akan berkahwin!

Pada 30 September lalu, Yoonseul daripada kumpulan gadis rookie PEACH A! berkongsi di Instagram peribadinya bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Minho pada 1 Oktober.

Untuk pengetahuan, dia dilahirkan pada tahun 1991 dan kini sudahpun berusia 31 tahun tetapi usia suaminya itu tidak diketahui.

Kumpulannya, PEACH A!, merupakan kumpulan dengan 4 ahli yang terdiri daripada Ella, Joohee, Yoonseul dan Riye di bawah agensi Better Company & KNJ Music.

Baca lagi: Goo Hye Sun Dedah Punca Sebenar Naik Berat Badan, Tapi Ini Yang Netizen Perasan!

Baca lagi: ITZY Lia Buat Pembedahan Plastik Baru-baru Ini? Inilah Sebabnya

PEACH A! sebelum ini dikenali sebagai PEACH DAY dan merancang untuk debut pada 14 Oktober tahun lalu (2021), namun, disebabkan beberapa masalah, mereka tidak dapat debut dan terpaksa re-brand semula nama kumpulan, serta seorang ahli iaitu Narin telah meninggalkan kumpulan itu.

Mereka kini akan debut pada 8 Oktober 2022 pada 12PM KST. Butiran lanjut mengenai penampilan sulung mereka kini tidak diketahui lagi.