Home Entertainment Takut Dikecam Netizen, Rambut EXID Hani Dikaburkan?!

Takut Dikecam Netizen, Rambut EXID Hani Dikaburkan?!

0

Minggu ini menandakan kemunculan semua EXID dengan album single ulang tahun ke-10 mereka ‘X,’ diiringi dengan video muzik ‘FIRE.’ Dengan konsep yang sangat bergaya, peminat terperasan yang rambut Hani telah dikaburkan.

Selalunya di Korea, mereka akan mengaburkan benda tajam seperti pisau, logo jenama atau tatu yang dianggap tidak sesuai untuk ditayangkan.

Walau bagaimanapun, kali ini, EXID mengaburkan rambut Hani dalam kedua-dua MV YouTube dan juga keluaran Bugs yang boleh dibeli peminat.

1664520461 vlcsnap 2022 09 30 07h28m06s461

Peminat membuat spekulasi bahawa kekaburan itu dimasukkan selepas MV itu dirakamkan kerana kemungkinan aduan mengenai rambut bertocang Hani yang dianggap “masalah budaya.”

Kemudian pengaburan dipilih untuk mengelakkan kos yang tinggi untuk merakam semula bahagian tersebut. Video muzik daripada kumpulan seperti BLACKPINK juga terpaksa disunting berkali-kali kerana tuduhan tentang budaya ini.

1664520724 vlcsnap 2022 09 30 07h29m28s714

Walau bagaimanapun, dalam satu bahagian di atas ini, rambut Hani tidak dikaburkan dan gaya rambutnya agak kelihatan pada skrin yang lebih besar.

Baca lagi: ‘Semua Nak Jisoo BLACKPINK’- Dua Jenama Besar Rebut Jisoo Untuk Duta Produk

Baca lagi: Gadis Rookie Ini Telah Berkahwin 7 Hari Sebelum Hari Debutnya!

Muzik Video EXID-Fire:

Sumber: [1]