Home Entertainment ‘Semua Nak Jisoo BLACKPINK’- Dua Jenama Besar Rebut Jisoo Untuk Duta Produk

‘Semua Nak Jisoo BLACKPINK’- Dua Jenama Besar Rebut Jisoo Untuk Duta Produk

0

Dua jenama besar cuba merebut Jisoo BLACKPINK bagi menjadikan nya sebagai duta global kepada produk mereka. Jenama tersebut ialah Dior & Cartier.

Dalam sebuah komuniti atas talian, netizen dipercayai telah berkongsi sebuah berita mengenai jenama mewah, Cartier yang dipercayai cuba untuk merampas Jisoo dengan menawar kan kontrak kepada Jisoo untuk duta global produk mereka. Cartier telah menggandakan jumlah kontrak yang ditawarkan oleh Dior kepada Jisoo.

1664741647 j1

Jisoo telah mengadakan promosi sebagai duta global produk kecantikan dan fesyen Dior juga produk barang perhiasan Cartier. Untuk rekod, Dior dan Cartier dimiliki oleh LVMH & Richemont, kedua-dua syarikat jenama mewah yang menduduki ranking tertinggi dan sentiasa bersaing sesama sendiri.

LVMH Dior sering dikatakan menawar harga kontrak yang mahal kepada duta global mereka, dan syarikat itu dimiliki oleh Bernard Arnault. Jisoo juga pernah dilihat bersama dengan anak lelaki Bernard, Antoine Arnault.

1664741668 j2

Netizen percaya bahawa faktor yang menarik perhatian Cartier untuk mengambil Jisoo apabila keuntungan Dior menaik kepada 400% di kalangan generasi MZ (berusia dalam lewat 20-an ke awal 30-an) selepas Jisoo menjadi duta kepada produk mereka.

Hebatnya penangan Jisoo BLACKPINK ni ya! Sampai kan dua jenama besar berebut nak ambik dia jadi duta! Caya lah!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: ITZY Lia Buat Pembedahan Plastik Baru-Baru Ini? Inilah Sebabnya