Home Entertainment Ji Chang Wook Menjadi Seorang Yang Pemarah Kerana Masa Lalunya?

Ji Chang Wook Menjadi Seorang Yang Pemarah Kerana Masa Lalunya?

0

“If You Wish Upon Me” merupakan drama baharu yang diilhamkan oleh organisasi sebenar di Belanda, dimana mereka memenuhi kehendak pesakit kanser.

Ji Chang Wook memegang watak sebagai Yoon Gyeo Re, seorang lelaki dengan kehidupan yang sukar.

Namun, apabila Yoon Gyeo Re terpaksa menjadi sukarelawan di sebuah hospital, dia mendapati hidupnya telah berubah sambil membantu merealisasikan hasrat pesakit.

Berikut adalah tiga perkara yang menarik dalam drama ini!

Kehidupan Ji Chang Wook yang dulunya malang dan dia hampir berputus asa, kini temui sinar baru

ji chang wook if you wish upon me cast lead

Sejak kecil, Yoon Gyeo Re (Ji Chang Wook) telah menjalani kehidupan yang penuh dengan nasib malang. Dia melangkah ke rumah anak yatim sendirian untuk melarikan diri daripada penderaan bapanya, dan dia berjuang untuk hidup hari demi hari.

Suatu hari secara tidak sengaja, Yoon Gyeo Re bertemu dengan Kang Tae Shik (Sung Dong Il), yang merupakan ketua “Team Genie” di hospital hospis, dan disitulah titik perubahan dalam hidupnya.

largephoto1516879

Ramai yang tak sabar untuk melihat perubahan Yoon Gyeo Re selepas menjadi sukarelawan di hospital tersebut.

Pasukan Genie membuat hasrat pesakit menjadi kenyataan

“If You Wish Upon Me” menggambarkan kehidupan pelbagai manusia yang akhirnya berkumpul di satu tempat.

dummy 3

Apa yang menarik perhatian penonton ialah setiap cerita yang dimiliki oleh setiap ahli Pasukan Genie termasuk kisah ketua Kang Tae Shik, Seo Yeon Joo (Sooyoung), Yeom Soon Ja (Yang Hee Kyung), Choi Duk Ja (Gil Hae Yeon), Hwang Cha Yong (Yoo Soon Woong), dan Yoo Seo Jin (Jeon Chae Eun).

Bagi merealisasikan hasrat terakhir pesakit, pasukan Genie akan berganding bahu dan berusaha untuk membuat pesakit ketawa dan gembira.

Pertemuan antara Ji Chang Wook, seorang yang pemarah dan Sooyoung yang ceria

Perkara menarik yang terakhir ialah Chemistry antara Yoon Gyeo Re dan Seo Yeon Joo.

dummy 1 1

Yoon Gyeo Re mempunyai tabiat yang akan menyakitkan dirinya iaitu dengan membuat tatu, dan Seo Yeon Joo pula seorang yang mementingkan kesihatan. Oleh kerana dua watak yang berbeza, ini telah menambahkan lagi kesegaran pada drama ini.

Dari hari pertama lagi, Seo Yeon Joo tidak berpuas hati dengan cara Yoon Gyeo Re yang tidak sopan. Namun, semakin lama Seo Yeon Joo meluangkan masa bersamanya, semakin dia sedar bahawa Yoon Gyeo Re berkelakuan sebegitu adalah kerana masa lalunya yang gelap.

Baca lagi: Bosan Dengan Drama ‘Kahwin Paksa’? Jom Tukar Selera Kepada Drama Adaptasi Korea Ini!

o img 85994 potret sooyoung snsd di if you wish upon me instagramatkbsdrama

Penonton pastinya tidak sabar untuk melihat bagaimanakah hubungan mereka akan berubah dari satu episod ke satu episod.

Jom tonton drama yang penuh dengan harapan ini di platform sini! Selamat menonton!