Home Entertainment Idola Wanita Ini Kantoi Berada Di Dalam Bilik Menunggu ENHYPEN

Idola Wanita Ini Kantoi Berada Di Dalam Bilik Menunggu ENHYPEN

0

Pada 7 Julai 2022, fromis_9 dan ENHYPEN telah membuat persembahan di “M! Countdown.” Namun, baru-baru ini, rakaman di sebalik tabir ENHYPEN telah dikongsi dalam talian, dan pengguna internet yang peka telah melihat kelibat seorang idola wanita di ruang menunggu ENHYPEN.

YouTuber Korea Selatan, Sojang mengumpulkan bukti dan memuat naik video bertajuk “[fromis_9] Kantoi, saya sedang ‘dating’ di ruang menunggu.” Video tersebut telah dimuat naik pada 16 Ogos 2022.

1

Dalam video tersebut, Jake dilihat sedang bersiap sedia untuk naik ke atas pentas. Sedang dia bersiap di ruang menunggu, kelihatan kaki seorang wanita di sebelahnya.

Walaupun pada mulanya ada yang percaya ia adalah seorang kakitangan, tidak lama kemudian ia terbukti kaki Roh Jisun fromis_9.

3

Orang ramai mendapati ia adalah Jisun kerana dia memakai kasut dan pakaian yang sama ketika dia membuat persembahan di M!Countdown.

Semasa kamera mengikuti Jake, Roh Jisun kelihatan di latar belakang video. Walaupun wajahnya kabur, senyumannya yang cerah, gaya rambut dan pakaiannya tidak dapat disangkal lagi.

Kemunculannya di ruang menunggu ENHYPEN mendapat reaksi yang pelbagai. Ada yang tertanya-tanya sama ada kedua-dua kumpulan itu – fromis_9 dan ENHYPEN – hanyalah kawan rapat (?).

Mereka bersetuju bahawa jika benar memang mereka berkawan rapat, maka melawat antara satu sama lain di ruang menunggu itu ialah perkara normal.

2

Walau bagaimanapun, peminat ENHYPEN tidak bersetuju. Bilik menunggu dalam program muzik diketahui kecil, bermakna ruang peribadi adalah terhad. Ada yang melihat ini sebagai Roh Jisun sengaja ingin membuat kontroversi ini.

Komen peminat ENHYPEN:

“fromis_9 terkenal kerana obses dengan lelaki. Mereka juga menggangu THE BOYZ.”

“Kenapa si f**ker ni cuba kacau ENHYPEN?”

Baca lagi: Siapakah Dia? Song Hye Kyo Ada Hubungan Istimewa Dengan Lelaki Ini?
Baca lagi: “Gambar Betul Ke Photoshop?”- V BTS & Jennie BLACKPINK Digosipkan Bercinta