Apakah sebab Girls’ Generation memutuskan untuk berehat selama 5 tahun selepas ulang tahun ke-10 mereka?

Dalam “Soshi Tam Tam” Episod 7 JTBC, para ahli menitiskan air mata apabila mereka menceritakan tentang rehat panjang mereka buat kali pertama.

“Soshi Tam Tam” Episod 7,” telah disiarkan pada 16 Ogos. Siaran diteruskan dengan YoonA memainkan peranan sebagai pengurus Sooyoung selama sehari, manakala Tiffany dan Sunny ditugaskan kepada Yuri.

snsd group1 scaled 1

Semasa penyiaran, mereka menjadi emosi apabila mereka mengenang kembali masa selepas ulang tahun debut ke-10 mereka pada tahun 2017, masa di mana mereka berehat dari sebarang aktiviti Girls Generation.

Topik itu bermula apabila Tiffany dan Sunny makan di restoran Han River View dan kemudian mereka berpindah ke kafe untuk berbual dengan lebih mendalam.

Tiffany mendedahkan bahawa puncanya berehat adalah bukan kerana keutamaan peribadinya tetapi ia disebabkan keadaannya.

soshi tam tam episode 7 girls generation opens up about reason for 5 year hiatus 1

Tiffany mengalami insomnia, dimana dia sukar untuk tidur dan tangannya sering menggigil di waktu malam akibat daripada minum minuman tenaga yang banyak.

Namun, selepas berehat selama 5 tahun, Tiffany mengatakan bahawa dia kini merasakan lebih sihat termasuklah dari segi mental.

“Terdapat banyak masalah dan ada kalanya saya fikir saya sesat, tetapi melihat kita berlapan berkumpul semula seperti ini, ada sebabnya (untuk berehat itu) dan oleh sebab kita mempunyai masa untuk diri sendiri dalam tempoh lima tahun itu, ia terasa lebih jelas apabila kita berkumpul sekarang. Saya tidak menyesal.”

soshi tam tam episode 7 girls generation opens up about reason for 5 year hiatus 2

Tiffany menitiskan air mata sambil berkata:

“Saya bersyukur kerana kita berada di sini sekarang dan menghabiskan masa dengan baik. Saya berkata demikian kepada ahli.”

Baca lagi: 2 Bulan Selepas Menyambut Anak Pertama, Choi Tae Joon Sampaikan Berita Gembira Ini Pula

Baca lagi: Bekas Idola Lelaki Ini Terpaksa Bekerja Di Café Selepas Kumpulannya Dibubarkan

soshi tam tam episode 7 girls generation opens up about reason for 5 year hiatus 3

Ahli-ahli yang mendengar cerita Tiffany dan Sunny di studio juga turut beremosi. Hyoyeon kemudian menghiburkan ahli dengan berkata:

“(Selepas berehat), masing-masing cakap yang kita akan cari haluan baru, tetapi kita rasa seperti kehilangan sesuatu. Walaupun ahli mempunyai syarikat yang berbeza, bukankah kita berkumpul sekarang kerana kita mempunyai semangat yang sama?”

 

Previous articleIdola Wanita Ini Kantoi Berada Di Dalam Bilik Menunggu ENHYPEN
Next articlePeminat Kecewa Jake ENHYPEN Melakukan Hal Ini Hanya Kerana Bertemu Perempuan Cantik?