Home Entertainment Bekas Idola Lelaki Ini Terpaksa Bekerja Di Café Selepas Kumpulannya Dibubarkan

Bekas Idola Lelaki Ini Terpaksa Bekerja Di Café Selepas Kumpulannya Dibubarkan

0

Pada 16 Ogos, rancangan realiti MBC, “DNA Mate,” penyanyi solo Choi Yena, juga bekas ahli IZ*ONE telah membuat lawatan mengejut ke kafe tempat abangnya Choi Sungmin bekerja.

Pada hari tersebut, abang Yena dilihat bekerja tanpa henti kerana pesanan yang banyak. Jo Joon Hyun memujinya, berkata:

 “Awak kelihatan sangat matang dan seorang yang rajin.”

tumblr 546c6fac63cdbb465e258f55c30ae4d0 272f5f6a 1280

Dalam siaran itu, “adik-beradik Choi” menunjukkan hubungan rapat diantara mereka. Sungmin menunjukkan kasih sayang dan perhatiannya terhadap adik perempuannya, Yena dengan mengambil gambar cantiknya.

Tetapi apa yang menarik perhatian peminat K-pop ialah apabila mengetahui bahawa Choi Sungmin sebenarnya adalah seorang bekas idola K-pop.

this male idol now works at caf after groups disbandment 1

Kim Jong Eun dengan berhati-hati bertanya kepada Choi Sungmin:

“Kamu lebih dikenali sebagai abang Choi Yena, tetapi sebenarnya, kamu adalah idola dari Co-ed School (SPEED), bukan?”

Choi Sungmin bersetuju dan menjawab:

“Saya membuat debut saya pada tahun 2010 dengan Co-Ed School.”

Untuk pengetahuan, co-ed school ialah kumpulan sepuluh ahli yang ditubuhkan oleh Core Contents Media (sekarang dikenali sebagai MBK Entertainment), terdiri daripada idola lelaki dan wanita. Kemudian, kumpulan itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu, SPEED (Lelaki) dan Five Dolls (Perempuan).

co ed school

Di tengah-tengah populariti kumpulan itu, SPEED dibubarkan pada 2015 dan Choi Sungmin memutuskan untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon. Tetapi dia kini bekerja sambilan di sebuah kafe untuk mencari rezeki.

Menurutnya, sebagai pelakon/selebriti, pekerjaan itu tidak mempunyai pendapatan tetap, jadi dia mengambil keputusan untuk bekerja sambilan di kafe untuk mendapatkan wang untuk kelangsungan hidupnya.

this male idol now works at caf after groups disbandment 2